Saturday, 12 April 2014

DIY - KAWALAN LAMPU MENGGUNAKAN PHOTO SEL

Tahu tak apa benda ni. Inilah yang dipanggil Photo Sel. Ianya berfungsi untuk menghidupkan litar (ON) bila cuaca gelap dan mematikan litar (OFF) bila cuaca cerah. 

Senang aje sambungannya, macam dibawah. Tapi kena ingat, sambungan adalah (ikut sambungan Jepun) :-


BLACK - LIVE (SUPPLY)
WHITE - NEUTRAL(SUPPLY/LOAD)
RED -  LIVE (LOAD)
Perhatikan betul-betul sambungan. Salah sambung tak menyala...


Nota : sekiranya sambungan dibuat pada hari cerah, litar yang betul, bekalan yang betul dan litar lengkap di ON, maka lampu akan menyala lebih kurang 1 minit, sebelum ia padam. sekiranya tak menyala, kena cheklah semula wiring atau komponen yang digunakan.

Ataupun ambil kertas hitam (gelap) tutupkan photo sel diatas, lebihkurang 1 minit lampu akan menyala. Kalau ini pun tak berhasil, check litar atau komponen yang digunakan.





Harga barang : dibawah RM50.00 (pada hari ini 11/04/2014, akan datang tak tahu lagi).

kebiasaannya, kalau upah orang, terbang gak (lebih kurang) RM100.00, yelah kena fikir pelbagai kos terlibat, dari wire, masa, idea, pengangkutan... kalau tak camne nak meniaga.



SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment