Pada kadar 6%, pengguna akan akhirnya membayar 24% GST ke atas harga belian. |
Secara prinsipnya, kenyataan tersebut adalah tidak betul. Ini adalah kerana, GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas nilai tambah di setiap peringkat rantaian pembekalan. Walaupun GST dikenakan di setiap peringkat rantaian pembekalan, peniaga boleh menuntut semula GST yang dikenakan ke atas input. Mekanisme tersebut bermakna pengguna akhir pada hanya membayar GST pada kadar 6% dan bukannya 24%.
|
Mekanisme pengiraan GST adalah seperti berikut:
Jadual di bawah menunjukkan contoh pengiraan GST pada setiap peringkat rantaian pembekalan pada kadar GST 6% dan margin keuntungan 20%:
Jumlah GST yang dikutip oleh Kerajaan = RM3.00 + RM0.60 + RM0.72 = RM4.32
GST akan dikenakan pada setiap peringkat rantaian pembekalan bermula daripada peringkat pengilangan sehingga peringkat akhir iaitu pengguna. Mekanisme pengiraan adalah seperti berikut:
Peringkat pengilang:
Menjual kepada pemborong pada harga RM50 pada kadar GST 6%.
GST penjualan yang perlu dibayar kepada Kerajaan adalah RM3.00 (RM50 x 6%)
Harga jualan kepada pemborong adalah RM53.00 (RM50 + RM3.00)
Peringkat pemborong:
Pemborong membeli dari pengilang pada harga RM53.00 (RM50 + RM3.00 GST)
RM3.00 adalah cukai input kepada pemborong Pemborong menjual kepada peruncit pada harga RM60 pada kadar cukai GST 6% Harga jualan kepada peruncit adalah adalah RM63.60 (RM60 + RM3.60 GST) RM3.60 adalah cukai output ke atas jualan pemborong
Setelah membuat offset antara cukai output RM3.60 dengan cukai input RM3.00, GST yang perlu dibayar kepada Kerajaan di dalam penyata GST adalah RM0.60 (RM3.60 - RM3.00)
Peringkat peruncit: Membeli dari pemborong pada harga RM63.60 (RM60 + RM3.60 GST) RM3.60 adalah cukai input kepada peruncit Menjual kepada pengguna pada harga RM72 pada kadar cukai GST 6% Harga jualan kepada peruncit adalah RM76.32 (RM72 + RM4.32 GST) RM4.32 adalah cukai output keatas jualan peruncit Setelah membuat offset antara cukai output RM4.32 dengan cukai input RM3.60, GST yang perlu dibayar kepada Kerajaan di dalam penyata GST adalah RM0.72 (RM4.32 – RM3.60) |
Terakhir Dikemaskini Rabu, 06 November 2013 15:56 YA KE 6% AJE KENA BAYAR. |
No comments:
Post a Comment