Friday 11 April 2014

PANEL KAWALAN PAM

ini pun projek idea kitorang gak. Nak mudahkan kerja, susah sekali, lepas amat mudah nak buat troubleshooting. tapi memikirkan litar... pening jugaklah. Kalau dah minat, bagus kalau applykan (bahasa rojak) tu kat tem[pat kerja.... hati puas, kerja pun sonang.... Alahai Jang, sonangnya kamu!!!!


PANEL KAWALAN PAM

OBJEKTIF
Memandangkan beberapa masalah timbul akibat dari operasi pam air (water pump) yang tidak dapat dipantau, maka panel kawalan ini dibuat. Antara fungsi yang tunjukkan dan dikawal oleh panel ini adalah :-
1 - Lampu penunjuk (pilot lamp) yang akan menyala apabila pam dihidupkan. Setiap pam mempunyai lampu penunjuk sendiri.
2 - Litar pemasa (timer relay) yang akan membenarkan pam dihidupkan secara berterusan untuk satu jangka masa yang ditetapkan.
3 - Litar pemutus menggunakan geganti (relay) akan mematikan (trip) bekalan kuasa ke pam, jika masa pemasa (2) sampai.
4 - Seterusnya, litar amaran yang memberitahu jika ada pam yang telah dimatikan secara automatic.
5 – Disediakan satu butang “reset” untuk menghidupkan kembali pam yang telah dimatikan oleh litar (3).



PENERANGAN LITAR
Litar ringkas adalah seperti dibawah:-

Dari litar tersebut, panel kawalan disambungkan kepada beberapa lokasi komponen yang berbeza.

Gambar dan kedudukan panel kawalan adalah seperti dibawah:-



Untuk mengetahui lebih lanjut cara kawalan litar diatas, lihat kepada sambungan litar yang disertakan.


CARA PERJALANAN LITAR KAWALAN
Litar diatas direka untuk mengawal dua pam yang berbeza, tetapi berkongsi satu lampu amaran. Kedua-dua pam tersebut dikawal secara individu. Merujuk kepada litar diatas, cara kawalan adalah seperti dibawah:-

PAM 1

1. Apabila tekanan air turun lebih rendah dari yang di set pada suis tekanan (pressure switch), P/S1 akan berada dalam keadaan tertutup (ON). Ini akan menyebabkan R1 di hidupkan. (perlu diingat 1R3(NC*) dalam dalam keadaan sentiasa tertutup. Ianya akan terbuka bila R3 dihidupkan).
2. Apabila R1 hidup, 1R1(NO**) akan menjadi tertutup (ON), ini akan menghidupkan T2, pam dan lampu penunjuk (PILOT LAMP 1). Disini juga T2 memulakan kiraan masanya.


3. Sekiranya tekanan air naik dan sampai ketekanan yang disetkan untuk “mematikan” “pressure switch”, maka P/S1 kembali kepada OFF. Ini akan menyebabkabkan R1 akan mati, dan pam akan berhenti. Tetapi jika pam dihidupkan melebihi dari masa yang di set pada T2, R3 akan dihidupkan. R3 akan ‘dikunci’ oleh 1R3(NO), selagi butang ‘reset’ tidak ditekan atau punca kuasa (power supply) tidak dimatikan. Apabila R3 hidup, sesentuh 1R3(NC) pula akan berada dalam keadaan terbuka (OFF), dan ini akan menyebabkan R1 mati, dan seterusnya pam juga dimatikan.
4. Litar akan kembali kepada operasi asal apabila butang ‘reset’ ditekan.
5. Carta alir operasi bagi kawalan litar diatas adalah :-

Nota :

NO : normally open (biasanya terbuka) 
NC : normally close (biasanya tertutup)



Setiap pam dikawal secara individu, maka lampu penunjuk pam yang beroperasi juga secara individu. Cara kerja litar pam 1 dan pam 2 adalah sama.

Penerangan gambar adalah seperti dibawah:-


kesimpulan

Dengan pemasangan litar kawalan diatas diharapkan memudahkan kerja-kerja pemantauan operasi pam. Apa yang paling penting, ianya dapat mengatasi masalah seperti pam berjalan tanpa air (dry running), kerosakan terhadap suis tekanan tidak akan merosakkan bahagian lain pam dan air yang terlupa ditutup akan menyebabkan pam akan mati secara automatic. Dengan kata lain, diharapkan dapat memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan memanjangkan jangka hayat pam.

Lampiran


Gambar pemasangan






1 comment: