Saturday 27 September 2014

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.
Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

PAS yang saya kenali Oleh Lim Hong Siang

PAS yang saya kenali
Oleh Lim Hong Siang

Gelombang "Reformasi" meledak sebelum saya memasuki dewan peperiksaan SPM. Saya tidak mengenali PAS ketika itu. Imej PAS dibentuk melalui bacaan komentar dalam media bahasa Cina. Negara Islam, hukum hudud, konservatif, ektremis dan sebagainya, antara inilah yang paling memahat dalam minda.

Pengalaman bersemuka dengan orang PAS hanya bermula selepas memasuki universiti. Kami dibawa senior untuk menghadiri ceramah politik. Ketika itu saya amat teruja dengan ucapan Mahfuz Omar yang berapi-api. Kemudian kami diatur untuk berdialog dengan Hu Pang Chaw (bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS), melawat ke Kelantan untuk melihat dengan mata sendiri keadaan sebenarnya.

Pemikiran kami dipengaruhi senior pada ketika itu, yang aktif dalam DEMA - satu pertubuhan mahasiswa. Kami lebih cenderung untuk mempertahankan Barisan Alternatif, maka DAP dianggap sebagai "penghalang", yang menggagalkan pertukaran kerajaan. Kami berkempen untuk calon Parti KeADILan ketika PRU11 pada tahun 2004. Seringkali kami ditanya oleh pengundi Cina yang tebal prejudisnya terhadap agama, bagaimana ulamak boleh mentadbir negeri, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang ekonomi?

Terpegun juga kami di situ, kerana gagal memberi jawapan. Akhirnya kami dicelikkan seorang senior, "Padahal pemimpin tertinggi hanya memainkan peranan untuk memastikan agar halatuju pentadbiran tidak terpesong dari landasan demokrasi. Soal teknikal dalam pentadbiran boleh diuruskan oleh teknokrat dan birokrat." Kami menganggap jawapan itu memuaskan, lalu kita menggunakan jawapan skema ini berkali-kali untuk meyakinkan mereka yang masih keraguan.

Ini kisah lama. Generasi kami melalui proses kematangan secara berperingkat-peringkat. Pada satu peringkat saya mulai bersikap kritis terhadap PAS. Saya masih ingat pengalaman saya sebagai wartawan, hadir di sidang media Mujahid Yusof Rawa, yang pada ketika itu bersungguh-sungguh untuk berdialog dengan masyarakat Cina selepas PRU11.

Beberapa soalan dilontarkan oleh wartawan Cina lain, berdasarkan prejudisnya terhadap PAS. Mujahid ketika itu berjaya menyanggah tuduhan-tuduhan dalam soalan itu dengan fakta, kerana sememangnya PAS tidak seburuk sebagaimana yang digambarkan. Akhirnya saya mengajukan soalan, bagaimana PAS mendakwa dirinya mendukung kebebasan bersuara, sedangkan dirinya mengharamkan tulisan Farish Noor dan Khalid Jaafar di Harakah, ketika itu.

Giliran Mujahid terpegun seketika dengan soalan itu. Bagaimanapun soalan-soalan sedemikian kerap ditimbulkan pada zaman pasca PRU11 dan sebelum PRU12. Saya masih ingat pengalaman Dr.Dzulkefly Ahmad diasak oleh NGO dalam satu forum, bagaimana PAS mendakwa dirinya memperjuangkan kebebasan berpersatuan, sedangkan PAS mengambil sikap yang agak keras terhadap Sister-In-Islam, sehingga mencadangkan agar ianya diharamkan?

Namun saya sedar keperluan politik ketika itu. Saya nampak bagaimana sekumpulan pemimpin PAS, seperti Mohamad Sabu, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad, Syed Azman dan lain-lain lagi, turun untuk memprotes kenaikan harga minyak. Maka semakin yakinlah saya bahawa adanya sekumpulan pemimpin dalam PAS yang memperjuangkan nasib rakyat. Lebih penting, susuk tubuh pemimpin inilah yang dijadikan contoh untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa PAS juga komited dalam perjuangan pendemokrasian politik dan ekonomi. Ikon-ikon ini digunakan untuk memecah imej stereotaip masyarakat Cina, bahawa pemimpin PAS hanya memperjuangkan isu agama semata-mata.

Ia memakan tempoh bertahun-tahun untuk membina semula keyakinan khalayak umum terhadap PAS. Ramai Cina yang masih ragu-ragu, takut bahawa PAS akan bersikap angkuh seperti UMNO setelah berkuasa. Mungkin PAS tidak mengambil pendekatan perkauman, tetapi diganti dengan agama. Maka kami cuba menonjolkan betapa indahnya Islam yang ditampilkan PAS. Tokoh-tokoh seperti Mat Sabu dijadikan jambatan, untuk membawa masyarakat Cina mengenali semula Islam yang ditampilkan PAS. Barulah masyarakat Cina mula menghayati nilai Islam, dan menyanjung Tok Guru Nik Aziz melalui kesederhanaan cara hidup beliau.

Kesemua ini dilonggok sedikit demi sedikit, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun - sehinggalah kita mengecapi hasilnya dalam PRU13. Hasil perjuangan ini bukan datang dengan tohmahan atau tuduhan tanpa bukti ke atas benda yang belum kita tahu. Ia datang dengan curahan titisan peluh mereka yang memperjuangkan perubahan dan pendemokrasian di Malaysia.

Secara terus-terang saya terkilan dengan apa yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini, khususnya muktamar kali ini. Belum berkuasa sudah ada orang PAS yang menggunakan istilah "jentik" terhadap "non-muslim". Malah label-label dihamburkan begitu sahaja secara terbuka tanpa bukti. Ada pula yang secara angkuh mempertikaikan kelayakan Wan Azizah untuk mentadbir. Pemimpin yang selama ini menyumbang untuk menggilap imej PAS seperti Mat Sabu, cuba dihina. Malah muktamar PAS membenarkan perwakilan untuk membaca doa bagi mengutuk rakan seperjuangannya!

Saya tidak terdaya untuk mempertahankan gelagat sebegini. Molek bunyinya untuk mendakwa "kita meraih perbezaan pandangan", "mendengar luahan dari hati pemimpin" dan sebagainya. Namun orang umum tidak mempertikaikan perbezaan pandangan dalam PAS, yang dipertikaikan adalah cara untuk menangani perbezaan pandangan. Hatta Mahathir Mohamad, musuh politik kita sekalipun kita doakan agar beliau dipanjangkan umur, mengapa dibacakan doa untuk mengutuk pemimpin dalam parti?

Orang yang kuat agama sentiasa menyeru agar kita bersyukur. Bersyukur kepada Tuhan mempunyai maksud tersurat, bahawa apapun kejayaan kita padahalnya disempurnakan Tuhan, dengan mempertemukan kita dengan orang-orang yang sudi membantu kita. Maksud tersiratnya saya tafsirkan sebagai "padahal kehebatan kita tidak ke mana tanpa faktor-faktor lain yang turut sama menyumbang".

Hari ini kita menyaksikan bagaimana sekumpulan perwakilan cuba menyerang tokoh-tokoh yang membina semula keyakinan orang ramai terhadap PAS seketika dahulu. Mereka menyerang kedua-dua orang ADUN yang menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, seolah-olah tidak sedar bahawa dua orang inilah yang menjadi "penyelamat Pakatan Rakyat di Selangor" di mata kebanyakan penyokong.

Saya tidak pasti apakah ini PAS yang saya kenali. Hu Pang Chaw yang seketika dahulu cuba membuktikan bahawa masyarakat Cina boleh menyokong PAS - kini sudah tiada tempat di dalam parti. Tokoh yang seketika dahulu turun untuk bertembung dengan FRU, kini dijadikan sebagai musuh dan parasit dalam parti.

Loceng amaran membingitkan telinga, apabila saya membaca komen-komen dalam laman sosial. Ada yang kata lebih baik PKR dan DAP meninggalkan PAS sebelum diheret untuk tenggelam bersama PAS. Saya tidak terkata apa-apa, melainkan menterjemahkan semula apa yang saya nampak kepada kalian. (Harakah, 26-28 September 2014, edisi Jumaat)

bumiputra discount 15% ???????

Cuba kita bc dan fahamkan isi surat ini Surat saya kpd Kementerian Perumah Dan Kerajaan Tempatan.
Kapada,
YB Dato .....
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Precinct 5, Putrajaya,
68600 Wilayah Persekutuan
YB Dato',
Per: TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA DENGAN MEMANIPULASIKAN DISKAUN.
1. Saya Hassan Md. Ali, pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 1979-1985 dan juga sebagai pemaju perumahan dari 1985-1995.
2. Baru baru ini saya keProperty Fair di Subang Parade, Subang, Selangor.
Tertarik dgn sebuah tawaran dari syarikat pembangunan perumahan yang sedang memajukan Tanjung Puteri, Johor.
Diskaun yg ditawarkan adalah spt berikut;
Utk bumiputra: 15% Bukan Bumi: 6%.
Keluasan unit: 700ksp.
Harga unit: RM1.0 juta.
Pinjaman akan diusaha sehingga 90%.
Bagi pembeli bumiputra, hanya perlukan sediakan 10% shj sebagai downpayment. Bermakna pembeli bumiputra perlu membayar RM85,000.
Bagi bukan bumiputra downpayment 4% (6% discount is taken as part payment of 10% d/pymt).
Bermakna hanya RM40,000.
3. Sebagai seorang pemaju perumahan, saya menyiasat lebih lanjut lagi.
Selain dari membayar downpayment sebanyak RM 85,000, pembeli bumiputra dikhendaki membayar segala kos spt (legal fee, stamp fee, loan fee) yg jumlahnya lebih kurang RM42,000.
Sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya perlu meyedikan RM40,000 dan lain2 kos akan ditanggung olih Pemaju.
4.Tidak meyedari saya membuat pengiraan dan membuat perbandingan 'entry cost' antara bumiputra dan bukan bumiptra,
ternyata pembeli bumiputra terpaksa meyediakan sejumlah RM127,000 sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya memerlukan RM40,000 untuk membelinya.
Seolah2 kaum bumiputra yg memberi subsidi kapada pembeli bukan bumiputra sebanyak RM45,000.
Bermakna walaupun harga bagi bumiputra dikurangkan sebanyak $150,000 dari harga asal, tetapi perbedzaan harga sebenar diantara bumi dan bukan bumi hanya RM37,000 atau 4% sahaja.
5. Bagi pembeli bumiputra utk membayar downpayment sebanyak RM127,000 bagi unit seluas 700ksp adalah
terlalu mahal dan sudah tentu unit2 yg diperuntukan utk bumiputra susah dijual kelak kerana unit tersebut hanya bolih dijual kpd pembeli bumiputra sahaja.
Olih kerana 'entry kosnya' hampir 3 kali lebih besar dari kaum bukan bumiputra maka sudah tentulah unit2 bumiputra tidak laku dijual dan pemaju mempunyai alasan yg kukuh untuk memohon perlepasan dari Kementerian YB. Dato' supaya unit tersebut dibebaskan dari peruntukan bumiputra.
6. Sekali pandang seolah mereka bersama2 kerajaan yg ingin menolong kaum bumiputra memiliki harta di negara ini, tetapi apabila diperincikan kira2nya, pembelian unit bumiputra yg adalah lebih mahal dari yg sepatutnya dan penglibatan pemaju untuk membantu kaum bumiputra utk memiliki harta saperti yang disarankan olih kerajaan adalah satu gimmik dan dijadikan perolok2kan olih pemaju.
7. Saya sempat membentangkan kira2 diatas kpd wakil pemaju hartanah tetsebut dan dgn sinis dia menjawab "Every chinese developer are doing this just to make sure every Melayu and Bumiputera won't have any chance of acquiring new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung"
Saudara2ku,
Semenjak kita berWhatsapp, sudah berapa kali saya ungkapkan perkara2 spt ini.
NEGARA KITA TELAH TERJUAL.
Ternyata org cina dah sampai peringkat tak memerlukan keujudan org melayu dinegara Melayu kerana sumbangan org melayu terhadap ekonomi negara ini terlalu kecil.
Bank saperti;
Public Bank,
Hong Leong Bank, Stanchart,
Citibank, HSBC bolih hidup tanpa pelanggan melayu.
Pemimpin melayu banyak buat duit dgn memberi pelepasan unit2 bumiputra kpd unit bebas..

Monday 22 September 2014

Malaysia Pusat Perhambaan Moden Dalam Industri Elektronik?

Adakah Malaysia Pusat Perhambaan Moden Dalam Industri Elektronik? 




Satu siasatan yang ditaja oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat mendapati pekerja asing yang bekerja dalam industri elektronik di Malaysia merupakan salah satu bentuk perhambaan moden. 
Media antarabangsa seperti New York Times, The Guardian dan Al-Jazeera melaporkan terdapatnya satu bentuk perhambaan moden dalam industri elektronik di negara ini



Laporan yang disediakan oleh satu organisasi bebas, Verite dimana laporan itu menyebut satu dari tiga pekerja asing yang bekerja dalam industri elektronik bekerja dalam keadaan dibawah kondisi yang boleh dikatakan seperti hamba. 


Ini bermakna, 32% dari 350,00 pekerja asing yang bekerja di lebih 200 kilang elektronik diambil bekerja secara paksa. Pekerja asing itu antaranya diambil dari Bangladesh, India, Myanmar, Nepal dan Vietnam. 


Laporan itu telah menemubual seramai 501 warga asing dimana 92% terpaksa membayar sejumlah wang untuk menjamin pekerjaan di Malaysia. 


Bagi yang tidak mampu menyediakan yuran tersebut yang dianggap melebihi dari had standard industri berkenaan, 77% daripada mereka terpaksa membuat pinjaman. Lebih separuh daripada mereka ini terpaksa membuat bayaran yang lebih lama untuk melangsaikan hutang tersebut. 92% pula terpaksa bekerja lebih dari 60jam dan terpaksa membuat kerja lebih masa hanya untuk melangsaikan hutang mereka. Dalam laporan itu menunjukkan 85% merasakan adalah mustahil untuk berhenti bekerja disebab oleh hutang yang agak tinggi


Selain itu, pekerja asing yang ditemubual turut mendakwa bahawa passport mereka telah diambil secara tidak sah. 71% percaya bahawa passport mereka yang diambil oleh majikan mereka. 


Setelah mereka berada di tempat kerja, mereka dieksploitasi dan di dera. Keadaan tempat tinggal mereka juga tidak sesuai untuk didiami. Mereka ditempatkan disebuah bilik yang dikongsi seramai 8 orang dan tiada tempat untuk menyimpan barang peribadi. Bagi pekerja asing wanita pula, mereka sering diganggu secara seksual oleh majikan mereka dan diugut akan diberhentikan kerja. 


Jika pekerja asing ini berhenti atau pulang ke negara mereka, mereka akan dikenakan denda yang besar dan juga hutang yang membebankan. Pekerja asing ini juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kembali pasport mereka. Seorang pekerja Nepal yang ditemubual berkata, beliau terpaksa membayar sebanyak hampir RM5,000 kepada agensi pekerjaan dan terpaksa membuat pinjaman dengan faedah yang terlalu tinggi.


Verite melaporkan bahawa industri elektronik terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia kerana kebertanggungngan kepada pihak ketiga untuk mencari pekerja warga asing. Laporan ini dibuat setelah Amerika Syarikat menurun taraf Malaysia di tempat paling akhir dalam laporan tahunan perdagangan manusia. 

Apakah jawapan Malaysia terhadap laporan ini? Sudah pasti anda boleh meneka apakah jawapan SOP para menteri. "Ini adalah laporan tidak betul dan cubaan media antarabangsa yang ingin mencemar imej Malaysia di mata dunia dan cemburu dengan kejayaan Malaysia di peringkat antarabangsa". Apa reaksi anda pula? 
Tag : Artikel