Monday 22 September 2014

Malaysia Pusat Perhambaan Moden Dalam Industri Elektronik?

Adakah Malaysia Pusat Perhambaan Moden Dalam Industri Elektronik? 




Satu siasatan yang ditaja oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat mendapati pekerja asing yang bekerja dalam industri elektronik di Malaysia merupakan salah satu bentuk perhambaan moden. 
Media antarabangsa seperti New York Times, The Guardian dan Al-Jazeera melaporkan terdapatnya satu bentuk perhambaan moden dalam industri elektronik di negara ini



Laporan yang disediakan oleh satu organisasi bebas, Verite dimana laporan itu menyebut satu dari tiga pekerja asing yang bekerja dalam industri elektronik bekerja dalam keadaan dibawah kondisi yang boleh dikatakan seperti hamba. 


Ini bermakna, 32% dari 350,00 pekerja asing yang bekerja di lebih 200 kilang elektronik diambil bekerja secara paksa. Pekerja asing itu antaranya diambil dari Bangladesh, India, Myanmar, Nepal dan Vietnam. 


Laporan itu telah menemubual seramai 501 warga asing dimana 92% terpaksa membayar sejumlah wang untuk menjamin pekerjaan di Malaysia. 


Bagi yang tidak mampu menyediakan yuran tersebut yang dianggap melebihi dari had standard industri berkenaan, 77% daripada mereka terpaksa membuat pinjaman. Lebih separuh daripada mereka ini terpaksa membuat bayaran yang lebih lama untuk melangsaikan hutang tersebut. 92% pula terpaksa bekerja lebih dari 60jam dan terpaksa membuat kerja lebih masa hanya untuk melangsaikan hutang mereka. Dalam laporan itu menunjukkan 85% merasakan adalah mustahil untuk berhenti bekerja disebab oleh hutang yang agak tinggi


Selain itu, pekerja asing yang ditemubual turut mendakwa bahawa passport mereka telah diambil secara tidak sah. 71% percaya bahawa passport mereka yang diambil oleh majikan mereka. 


Setelah mereka berada di tempat kerja, mereka dieksploitasi dan di dera. Keadaan tempat tinggal mereka juga tidak sesuai untuk didiami. Mereka ditempatkan disebuah bilik yang dikongsi seramai 8 orang dan tiada tempat untuk menyimpan barang peribadi. Bagi pekerja asing wanita pula, mereka sering diganggu secara seksual oleh majikan mereka dan diugut akan diberhentikan kerja. 


Jika pekerja asing ini berhenti atau pulang ke negara mereka, mereka akan dikenakan denda yang besar dan juga hutang yang membebankan. Pekerja asing ini juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kembali pasport mereka. Seorang pekerja Nepal yang ditemubual berkata, beliau terpaksa membayar sebanyak hampir RM5,000 kepada agensi pekerjaan dan terpaksa membuat pinjaman dengan faedah yang terlalu tinggi.


Verite melaporkan bahawa industri elektronik terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia kerana kebertanggungngan kepada pihak ketiga untuk mencari pekerja warga asing. Laporan ini dibuat setelah Amerika Syarikat menurun taraf Malaysia di tempat paling akhir dalam laporan tahunan perdagangan manusia. 

Apakah jawapan Malaysia terhadap laporan ini? Sudah pasti anda boleh meneka apakah jawapan SOP para menteri. "Ini adalah laporan tidak betul dan cubaan media antarabangsa yang ingin mencemar imej Malaysia di mata dunia dan cemburu dengan kejayaan Malaysia di peringkat antarabangsa". Apa reaksi anda pula? 
Tag : Artikel

No comments:

Post a Comment