Saturday 20 September 2014

KEARAH MEMAHAMI PENUBUHAN & PERJUANGAN PAS HAMPIR 63 TAHUN

KEARAH MEMAHAMI PENUBUHAN & PERJUANGAN
PAS HAMPIR 63 TAHUN
Satu-satunya parti Melayu yang ditubuhkan sebelum merdeka yang masih wujud dan kekal dengan identiti asalnnya ialah Parti Islam SeMalaysia ( PAS )

Cadangan penubuhan PAS diilhamkan pada 21 Zulkaedah 1370H bersamaan 23 Ogos 1951 dan penubuhan PAS secara rasminya ialah 24 November 1951 bersamaan 26 Safar 1371H.Pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula jauh lebih awal sejak bermulanya pergerakan refomasi Islam di Tanah Melayu.
Pergerakan reformasi ini merupakan rentetan dari refomasi di Timur Tengah,khususnya di Mesir,yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad ke 19.Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu di mana Syed Shiekh Al-Hadi telah menyebabkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam ( 1906-1908 ) dan akhbar Al-Ikhwan ( 1926-1931 ).
Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh dalam masyarakat Melayu sehingga ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Partai Kebangsaan Melayu Se-Malaya @ lebih dikenali sebagai MNP yang diasaskan pada bulan Oktober 1945.Menyedari peri-pentingnya pengaruh ini,MNP seterusnya telah menubuhkan sayap @ bahagian Islam dalam struktur organisasinya.Sayap @ bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggungjawab melahirkan MATA ( Majlis Agama tertinggi Se-Malaya ) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948.
Riwayat Hizbul Muslimin bagaimanapun tidak lama.Hasil dari desakan Dato’Onn Jaafar,yang ketika itu memimpin UMNO,Inggeris telah mengistiharkan pengharaman Hizbul Muslimin untuk menangkap pemimpin2nya.Hizbul Muslimin telah disebut oleh Dato’Onn Jaafar sebagai Red Islamic Party iaitu menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahaya.Beliau juga telah menyebut penubuhan Hizbul Muslimin sebagi ‘ Bahaya Dari Gunung ‘ kerana penubuhannya yang bertempat di Gunung Semanggol Perak.Walaupun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti apabila bermula Darurat pada bulan Jun 1948,semangat perjuangan yang kental di kalangan pendukung2 PAS akhirnya telah merintis kepada penubuhan PAS pada 24 November 1951
Mulai daripada tarikh tersebut,PAS telah mula berjuang sebagai sebuah parti politik alternatif kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ) & Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ).Sokongan rakyat kepada perjuangan PAS telah teruji melalui pilihanraya umum pertama pada 1955.Dalam pilihanraya yang melibatkan 52 kerusi,PAS telah Berjaya memenangi 1 kerusi di Perak.Dalam pilihanraya ke 2 pada 1959,PAS telah mencapai kemenangan yang besar,iaitu dengan kejayaan membentuk kerajaan di Kelantan & Terengganu.Walaupun kerajaan PAS di Terengganu telah ditumbangkan,PAS tetap menguasai Kelantan sehingga tahun 1977.
Tahun 1969 adalah merupakan suatu tahun yang penting dalam sejarah Malaysia.Parti Perikatan telah mengalami kekalahan yang teruk sehingga mengakibatkan tercetusnya Tragedi 13 Mei.Selepas tragedi ini,untuk kepentingan Negara,PAS telah bersama-sama membentuk kerajaan campuran di semua peringkat dengan Perikatan.Beberapa pemimpin PAS telah dilantik menjadi Menteri Kabinet.Pada tahun 1974,PAS telah menjadi ahli gabungan Barisan Nasional.Dalam pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut,calon2 PAS telah bertanding diseluruh Negara & mencapai kemenangan besar.
Penglibatan PAS dalam BN berakhir berikutan terjadinya krisis di Kelantan pada tahun 1977.Sejak daripada tahun tersebut,PAS telah melalui perubahan besar dengan penyertaan golongan muda seperti Ustaz Fadhil Mohd Nor & Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang serta pimpinan PAS sezaman dengan mereka.
MENGAPA PAS DITUBUHKAN
Terdapat sebahagian ahli PAS & orang ramai yang keliru dengan penubuhan Parti Islam SeMalaysia.PAS bukan ditubuhkan kerana didorong oleh tuntutan politik tanahair.PAS bukan ditubuhkan kerana tidak puas hati dengan kepincangan yang berlaku dalam UMNO.PAS juga bukan ditubuhkan kerana kehendak individu pemimpin tertentu.
Tetapi PAS ditubuhkan atas tuntutan ISLAM.Selain daripada tuntutan dakwah dan tuntutan menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran,para alim ulamak dan cendiakawan Islam yang awal telah bersependapat dalam memutuskan perlunya wujud sebuah Harakah Islam di negara yang tidak menjalankan hukum Islam dan Negara yang tidak menjamin keselamatan AQIDAH serta kebajikan umat Islam.
Firman Allah ;
‘ Hendaklah ada satu golongan daripada kamu yang menyuruh kepada kebajikan,menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran.Itulah golongan orang yang mencapai kemenangan ‘ – Surah Ali Imran 104
Bagi melaksanakan tanggungjawab ini,golongan yang peka dan bertanggungjawab atau dikenali sebagai ‘ gerakan Islam ‘ @ Harakah Islam tidak boleh hanya bergantung dengan lisan semata-mata ( ceramah & kuliah ).Sebaliknya Harakah Islam perlu mendapat ‘ kuasa ‘ bagi memastikan bahawa tuntutan Islam ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.Dalam konteks bernegara. ‘ kuasa ‘ yang dimaksudkan ialah ‘ kuasa politik ‘.
Ini sesuai dengan kaedah usul fiqh yang menyebut ;
‘ Jika tiada terlaksana sesuatu yang wajib itu sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana,maka tidak dapat tidak perkara tersebut juga menjadi wajib ‘
Bagi mendapat kuasa politik dalam Negara Malaysia kini,tidak dapat tidak Harakah Islam mesti ( wajib ) melibatkan diri dlam pilihanraya.Tetapi bagi melibatkan diri dalam pilihanraya,Harakah Islam ini mestilah ( wajib ) mendaftarkan diri sebagai parti politik dan tidak boleh bergerak sebagi badan dakwah semata-mata atau badan bukan kerajaan.Oleh itu,maka Harakah Islam ini menubuhkan Parti Islam SeMalaysia bagi memenuhi tuntutan berpolitik secara sah dalam Negara.Lantaran,menyertai dan bekerja untuk mencapai cita-cita dalam menegakkan Negara yang tunduk kepada peraturan Allah juga wajib.
Sesungguhnya PAS tidak beriman dengan sistem demokrasi negara tetapi PAS mengambil manfaat daripada peluang yang diberikan ( melalui sistem demokrasi pilhanraya ) untuk menyatakan risalah Islam bagi menegakkan perundangan Islam & memerintah Negara dengan cara Islam sebagaimana yang dituntut oleh Islam.Inilah cara aman yang membenarkan PAS untuk terus menyampaikan risalah Islam & membela Islam serta ummah.Bertolak dari sinilah maka PAS menjadikan ISLAM sebagai dasar perjuangannnya sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan parti ( FASAL 3 BAB KE 2 & FASAL 5 BAB KE 3 MUKA SURAT 2 ) iaitu PAS memperjuangkan wujudnya didalam Negara ini sebuah masyarakat & pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam & hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah….
UMAT ISLAM DAN HARAKAH ISLAM – PAS
Sebahagian ulamak berpendapat,apabila tidak ada Negara Islam maka menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk menubuhkan Harakah Islam kerana bai’ah,wala’ dan taat setia ummah hanya bolehh diberikan kepada kepimpinan Islam dalam Negara yang melaksanakan peraturan Islam.
Perlu ditekankan disini bahawa PAS menjadikan Kepimpinan Ulamak sebagai kepimpinan ummah,Kepimpinan Ummah oleh Ulamak ini seharusnya tidak terbatas oleh sempadan geografi,bahasa,kaum atau bangsa.Biarpun Negara diperintah oleh pemimpin yang beragama Islam,kepimpinan ummah seluruhnya harus kekal pada ulamak kerana ulamak adalah pewaris nabi-nabi.
SIKAP PAS TERHADAP PARTI-PARTI POLITIK & NGO ( BADAN BUKAN KERAJAAN )
Pada prinsipnya,kewujudan PAS tidak sama seperti mana parti-parti politik lain.PAS ditubuhkan atas tuntutan Islam.Dasar PAS ialah Islam dan PAS boleh bekerjasama dengan parti-parti dan NGO yang menerima dasar PAS.
Kerjasama dengan parti-parti politik dan NGO adalah digalakkan selagi mana ianya tidak menjejaskan kepentingan Islam,parti dan ummah seluruhnya.PAS sentiasa mengalu-alukan usaha yang dapat mencari titik pertemuan dan mengelakkan dari pemusuhan dengan mana-mana pihak.Kerjasama ini tidak seharusnya mencairkan ahli PAS dari sudut prinsip,dasar,indentiti,fikrah dan wala’ serta taat kepada kepimpinan PAS.




‘ TERUS BERISTIQAMAH ’

No comments:

Post a Comment