Saturday 17 May 2014

Rahsia Anwar Ibrahim terbongkar, ramai orang tidak tahu

Rahsia Anwar Ibrahim terbongkar, ramai orang tidak tahu

http://agendsai.blogspot.com | .
Khamis, Mei 15, 2014
(Oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN)

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Terserlah ketakutan Mahathir
Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.

Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh  beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.

Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.

Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar.

Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.

Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini.

Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.
Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.

Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.

how's your mother's life?



(copy from facebook status)
BEST STORY THAT WILL MAKE YOU CRY
One young man went to apply for a managerial position in a big company. He passed the initial interview, and now would meet the director for the final interview.
The director discovered from his CV that the youth's academic achievements were excellent. He asked, "Did you obtain any scholarships in school?" the youth answered "no".
" Was it your father who paid for your school fees?"
"My father passed away when I was one year old, it was my mother who paid for my school fees.” he replied.
" Where did your mother work?"
"My mother worked as clothes cleaner.”
The director requested the youth to show his hands. The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.
" Have you ever helped your mother wash the clothes before?"
"Never, my mother always wanted me to study and read more books. Besides, my mother can wash clothes faster than me.
The director said, "I have a request. When you go home today, go and clean your mother's hands, and then see me tomorrow morning.
The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back home, he asked his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, happy but with mixed feelings, she showed her hands to her son.
The youth cleaned his mother's hands slowly. His tear fell as he did that. It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled, and there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother winced when he touched it.
This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes everyday to enable him to pay the school fees. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his education, his school activities and his future.
After cleaning his mother hands, the youth quietly washed all the remaining clothes for his mother.
That night, mother and son talked for a very long time.
Next morning, the youth went to the director's office.
The Director noticed the tears in the youth's eyes, when he asked: "Can you tell me what have you done and learned yesterday in your house?"
The youth answered," I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes'
“I know now what appreciation is. Without my mother, I would not be who I am today. By helping my mother, only now do I realize how difficult and tough it is to get something done on your own. And I have come to appreciate the importance and value of helping one’s family.
The director said, "This is what I am looking for in a manager. I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life.”
“You are hired.”
This young person worked very hard, and received the respect of his subordinates. Every employee worked diligently and worked as a team. The company's performance improved tremendously.
A child, who has been protected and habitually given whatever he wanted, would develop an "entitlement mentality" and would always put himself first. He would be ignorant of his parent's efforts. When he starts work, he assumes that every person must listen to him, and when he becomes a manager, he would never know the sufferings of his employees and would always blame others. For this kind of people, who may be good academically, they may be successful for a while, but eventually they would not feel a sense of achievement. They will grumble and be full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying our children instead?
You can let your child live in a big house, eat a good meal, learn piano, watch on a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experience it. After a meal, let them wash their plates and bowls together with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way. You want them to understand, no matter how rich their parents are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your child learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done.
Try to forward this story to as many as possible...this may change somebody's fate.

Thursday 15 May 2014

BELIA MALAYSIA GEMUK

BELIA MALAYSIA GEMUK

Menurut pemerhatian penulis, belia Malaysia, iaitu mereka yang berusia 20 ke 40 tahun – hampir kesemuanya gemuk-gemuk. Pada mulanya, penulis beranggapan bahawa belia Melayu sahaja yang mempunyai masalah kegemukkan. Tetapi, apabila diteliti,  belia Cina dan India juga menghadapi masalah yang sama.
Dalam mencari jawapan, penulis bertemu dengan beberapa statistik yang selari dengan pemerhatian penulis. Diwartakan bahawa 29.4% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, dan 15.1% adalah obes (gemuk melampau). Ini bermaksud, hampir 1/3 rakyat Malaysia gemuk-gemuk. Jika diketepikan populasi 40 tahun keatas dan 20 ke bawah (yang rata-ratanya kurus), memang padanlah dengan pemerhatian penulis bahawa belia Malaysia (20 ke 40 tahun), majoritinya gemuk.
Ini adalah fenomena yang ganjil. Lazimnya, orang Asia bertubuh lansing dan kurus-kurus. Jika pembaca lihat ke negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina dan Vietnam, populasi mereka tidak kira generasi apa sekalipun, kurus-kurus belaka. Begitu juga negara Asia yang lain seperti China dan India. Mereka kurus. Apa yang membuatkan belia kita lain dari kebiasaan hingga mereka jadi gemuk?
Malaysia Obes Asia Tenggara
Yang pasti adalah kesan-kesan negatif yang akan melanda generasi ini kelak. Apabila mereka melepasi 40 tahun, ramai yang akan menghidapi penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol. Serangan jantung, stroke dan mati mengejut akan berleluasa. Malah, cerita-cerita serangan jantung, stroke dan mati mengejut dikalangan mereka yang berumur 30an, sudah tidak asing lagi.
Bukan sahaja ia mendatangkan kesan buruk pada kesihatan umum, ia mencemarkan imej profesionalisme negara. Belia kita dipandang malas dan lembab. Saingan sengit di persada global memerlukan para belia berketerampilan, kelihatan tajam dan tangkas. Dengan berimejkan gemuk, malas dan lembab, peluang mereka adalah tipis.

Punca-punca gemuk dari pandangan konvensional
Telah banyak diperkatakan mengenai faktor kegemukkan rakyat kita melalui kempen-kempen kesihatan, ceramah-ceramah, forum-forum dan sebagainya. Sumber maklumat adalah dari pakar-pakar perubatan, pemakanan, kecantikan, serta jurulatih kelansingan dan kecergasan. Secara kovensional-nya punca kegemukkan boleh dibahagi kepada dua, iaitu pemakanan berlebihan dan kurangnya senaman.
Pemakanan mengandungi gula dan lemak yang berlebihan membuatkan seseorang gemuk. Makanan sebegini mudah didapati di Malaysia. Masakan goreng, burger, nasik lemak, roti canai, teh tarik, nasik kandar dan seumpamanya boleh didapati di mana-mana, pada bila-bila masa, dengan harga yang berpatutan. Tabiat belia bersosial di kedai-kedai mamak  membuatkan mereka makan makanan-makanan tidak sihat ini. Begitu juga mereka yang sibuk bekerja dan tidak sempat memasak.
Gaya hidup sedantari, yakni tidak aktif, turut menggemukkan belia kita. Kerja di kantor berhawa dingin, ke mana-mana berkenderaan, melepak di kedai mamak sampai larut malam, bangun lambat dan kurangnya riadah, antaranya. Kalori yang terhimpun  menjadi lemak yang menyeliputi badan.
Itulah secara ringkas faktor-faktor kegemukkan rakyat Malaysia menurut pandangan konvensional. Semuanya betul dan berasas.

Falsafah makan yang salah
Di sini, penulis ingin ketengahkan faktor yang sering dilupakan apabila membincangkan masalah kegemukkan, iaitu – falsafah pemakanan.
Tidak seperti generasi terdahulu yang makan sekadar untuk hidup, falsafah makan belia sekarang adalah untuk enjoy dan puas. Hidup untuk makan. Keenakkan makanan amat diutamakan. Jadi, banyaklah minyak dan perisa (gula dan garam) untuk memaksimakan rasa.  Seterusnya, mereka makan dengan bahagian (portion) yang banyak – sampai puas. Jika dahulu, seekor ikan dikongsi sekeluarga, belia kini makan seekor seorang. Sekarang, jika ke KFC, tiga ketul ayam masih tidak cukup. Mesti ada tambahan kentang goreng atau wedges.
Pemikiran ‘makan untuk enjoy dan puas’ ini ada kaitan dengan cara hidup Hedonisme yang pernah penulis tulis dahulu (baca: Hedonisme dan kita).
Nafsu manusia tidak pernah puas. Begitu juga nafsu makan. Bahagian (portion) makanan terus bertambah. Sudahlah bahagian makanan rutin (sarapan, makan tengah hari dan malam) banyak, snek-snek antaranya juga dimakan dengan banyak. Ada sahaja yang ingin dikunyah.  Biskut, roti ban, pau, keropok lekor, sotong salai, coklat, aiskrim dan banyak lagi. Selagi boleh dimakan, pasti akan dimakan.
Jenis makanan terus bertambah variasinya. Setelah bosan dengan sesuatu masakan, mereka akan cuba masakan baru. Justeru, tidak hairanlah jika makanan-makanan dari luar begitu popular. Jika dahulu burger dan pizza, sekarang – Nasi Arab, Nasik Ambon, Sushi, Tokoyaki, Tempayaki, makanan Korea  dan lain-lain juadah yang tidak sihat menjadi trend pemakanan.
Falsafah makan yang salah ini berasal dari pengaruh budaya popular – televisyen dan media. Pelbagai program gaya hidup (seperti Anthony Bourdain dan Jalan-Jalan Cari Makan) dan program-program memasak – meletakkan keutamaan pada kelazatan dan keenakkan makanan. Kesan utama rancangan sebegini adalah penerapan prinsip ‘makanan mestilah sedap’. Mana tidaknya. Setiap kali makan, pengacara-pengacara melagakkan aksi keterujaan (dengan bunyian dan memek muka) yang amat meyakinkan. Ini membuatkan belia yang cenderung pada keseronokkan, mencari makanan yang sedap-sedap.
Manifestasi pemikiran ‘makan mestilah sedap’ dan ‘makan untuk enjoy dan puas’ terlihat di media-media sosial. Status dan post seperti di facebook, merupakan cermin pemikiran empunya diri. Kita lihat betapa banyaknya status mengenai makanan – ‘apa yang hendak dimasak’, ‘restoran mana yang hendak dikunjungi’, ‘menu apa yang hendak dipesan’ dan sebagainya. Gambar-gambar hidangan (untuk tatapan kawan-kawan), banyak juga dimuat naik.
Seterusnya,  makanan segera (fast food) mendapat exposure meluas di media. Sungguh kerap iklan mereka ditayangkan di televisyen – hinggakan iklan yang sama diulang beberapa kali dalam satu rancangan. Kaedah ‘brainwashing’ pengiklanan ini membuatkan rakyat terpegaruh untuk makan. Ditambah lagi dengan papan-papan iklan yang memenuhi jalanraya, iklan radio, internet, majalah dan sebagainya. Ini tidak termasuk pengaruh facebook kawan-kawan. Semua ini mengingatkan orang ramai  supaya makan, dan terus makan.

Ubah falsafah makan
Sekiranya falsafah ‘makan untuk enjoy dan puas’ itu boleh diubah, pokok kepada masalah makan berlebihan boleh diselesaikan. Persoalannya, bagaimana hendak mengubah pemikiran ini?
Mengubah pemikiran bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan keazaman yang kuat di peringkat individu, masyarakat dan penggerak perubahan itu sendiri. Keberkesanan kaedah yang diguna-pakai pula bergantung kepada kehendak (motivasi) dan kebolehan setiap peringkat tersebut (individu, masyarakat dan penggerak).
Falsafah ‘makan untuk enjoy dan puas’  mesti digantikan. Itu objektifnya. Kaedah pemakanan sunnah iaitu ‘makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang’ boleh ditekankan sebagai prinsip pemakanan yang baru. Penulis percaya bahawa belia bukan Islam boleh menerima falsafah ini kerana prinsipnya universial dan bukannya berkaitan dengan kepercayaan ataupun akidah. Jika tidak,tagline yang lebih ‘neutral’ seperti ‘makan untuk hidup’ boleh diketengahkan.
Motivasi untuk berubah menjadi lebih kuat apabila seseorang mengalami sendiri kesan buruknya. Contohnya, setelah seseorang mendapat serangan jantung (dan survive), falsafah pemakanannya secara automatik berubah. Kerana bimbang terjadi lagi serangan jantung, dijaga rapi pemakanan selepas itu. Namun, mengharapkan belia kita menghadapai serangan jantung adalah sesuatu yang tidak beretika. Maka, kempen yang meluas dan berterusan hendaklah dirancang dan dilaksanakan bagi mengubah falsafah pemakanan.
Kempen yang dimaksudkan bukanlah seperti kempen penerangan konvensional.  Objektif mengubah falsafah pemakanan hendaklah jelas dan spesifik. Liputan hendaklah meluas dan berpanjangan. Ia mestilah meluas, seluas kempen 1Malaysia. Jentera kerajaan dan media massa perlu digerakkan. Slogan ‘makan untuk hidup’ perlu sepopular slogan segalanya 1Malaysia. Jika peruntukkan dana boleh diberikan untuk membuka kedai kain 1Malaysia, outlet dan restoran ‘makan untuk hidup’ yang menyajikan makanan seimbang pasti boleh direalisasikan.
Usaha merubah falsafah pemakanan haruslah disokong di peringkat struktur dan penguatkuasaan. Agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mestilah bekerjasama. Sebuah jawatankuasa yang efektif dan bersungguh-sungguh perlu ditubuhkan. Jawatankuasa ini bukan sahaja bertindak sebagai penggerak kempen merubah falsafah pemakanan, ia juga berkuasa dalam menentukan arah tuju polisi-polisi nasional yang berkaitan. Contohnya, ia mempunyai kuasa untuk menyekat pengiklanan makanan segera (fast food) – seperti pengharaman iklan rokok dan alkohol. Ia juga mampu menaikkan cukai kepada makanan-makanan yang tidak sihat.

Penutup
Idea ini dilontarkan penulis kerana pendekatan konvensional sedia ada tidak menampakkan impak yang berkesan. Jika pemikiran belia terhadap makan dapat diubah, masalah makan berlebihan boleh diselesaikan. Jadual makan seharian, iaitu sarapan, makan tengah hari dan malam, serta snek diantaranya boleh diteruskan. Apabila falsafah  makan adalah kelansungan hidup, bahagian (portion)yang dimakan adalah cocok, manakala jenis makanan yang dipilih tidak mengandungi gula dan lemak berlebihan.
Ini, serta dorongan agar  hidup secara aktif – pastinya mampu mengubati epidemik kegemukkan belia Malaysia.
Wallahu a’lam

Wednesday 14 May 2014

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR

AKUN COPY DARI TEMPAT LAIN NI...

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR
Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :
1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)
SubhanAllah..
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin

11 CIRI2 ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.

AKU COPY DARI TEMPAT LAIN NI...

11 CIRI2 ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.

Berikut ini adalah ciri-cirinya :
1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.
2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.
3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).
4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.
5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).
6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)
7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.
8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.
10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.
11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain

Sunday 11 May 2014

Two-Tone Siren Using One IC

Two-Tone Siren Using One IC


Double-tone Police sound Single-tone old ambulance sound



This circuit is intended for children fun, and can be installed on bicycles, battery powered cars and motorcycles, but also on models and various games and toys. With SW1 positioned as shown in the circuit diagram, the typical dual-tone sound of Police or Fire-brigade cars is generated, by the oscillation of IC1A and IC1B gates. With SW1 set to the other position, the old siren sound increasing in frequency and then slowly decreasing is reproduced, by pushing on P1 that starts oscillation in IC1C and IC1D.

The loudspeaker, driven by Q1, should be of reasonable dimensions and well encased, in order to obtain a more realistic and louder output. Tone and period of the sound oscillations can be varied by changing the values of C1, C2, C5, C6 and/or associated resistors. No power switch is required: leave SW1 in the low position (old-type siren) and the circuit consumption will be negligible.



Circuit diagram:
 One IC Two Tone Siren Schematic Circuit Diagram


Parts:

R1 = 470K - 1/4W Resistors
R2 = 680K - 1/4W Resistor
R3 = 470K - 1/4W Resistors
R4 = 82K - 1/4W Resistor
R5 = 330K - 1/4W Resistor
R6 = 10K - 1/4W Resistor
R7 = 33K - 1/4W Resistor
R8 = 3.3M - 1/4W Resistor

C1 = 10µF - 25V Electrolytic Capacitors
C2 = 10nF - 63V Polyester Capacitors
C3 = 100nF - 63V Polyester Capacitor
C4 = 100µF - 25V Electrolytic Capacitor
C5 = 10µF - 25V Electrolytic Capacitors
C6 = 10nF - 63V Polyester Capacitors

D1 = 1N4148 - 75V 150mA Diodes
D2 = 1N4148 - 75V 150mA Diodes
D3 = 1N4148 - 75V 150mA Diodes

Q1 = BC337 - 45V 800mA NPN Transistor
P1 = SPST Pushbutton
B1 = 6V Battery (4 AA 1.5V Cells in series)
IC1 = 4093 - Quad 2 input Schmitt NAND Gate IC
SW1 = DPDT Switch
SPKR= 8 Ohm Loudspeaker