Nota : projek ni saya buat ditempat kerja, mudah dan senang. Tapi amat praktikal. Lampu menyala bila pintu dibuka dan mati sendiri setelah ditutup mengikut masa yang disetkan.
LITAR LAMPU PINTU AUTOMATIK
DO IT YOUR SELF….
Nak cuba buat litar lampu pintu automatik…
mudah aje..
Barang yang diperlukan
1. Tiga(3) tapak relay 8 pin 240VAC
2. 1 unit timer relay yang boleh disetkan masa selama 1 minit, atau bergantung keperluan pengguna.
3. 1 unit limit switch.
4. Kabel dan lain-lain untuk pendawaian.
Gambar komponen yang diperlukan :-
RELAY (8 PIN BULAT) – 2 PCS
|
LIMIT SWITCH – 1 PCS
|
TIMER RELAY (8 PIN BULAT) - 1 PCS
|
TAPAK 8 PIN BULAT - 3 PCS
|
Litar yang diperlukan.
Penerangan litar
1 – Punca kuasa adalah 240VAC. Untuk keselamatan, MCB 10A atau lebih kecil digunakan sebaga pemutus litar.
2 – Limit switch diletakkan supaya sentiasa ditekan oleh pintu semasa pintu ditutup. Litar yang digunakan dalam limit swith adalah sambungan NC (normally closed). Dalam keadaan ini, apabila pintu ditutup, R1 dalam keadaan OFF kerana litar dalam limit switch adalah dalam keadaan OFF (terbuka).
gambar : limit switch yang dipasangkan kepada jenang pintu.
gambar : limit switch yang dipasangkan kepada jenang pintu.
3 – Apabila pintu dibuka, litar dalam limit switch akan tertutup (ON) dan ini akan menyebabkan R1 hidup (energized).
4 – Apabila R1 hidup, arus akan melalui 1R1 (NO) dan seterusnya akan menghidupkan lampu dan R2. ApabilaR2 hidup, bekalan kuasa (alternatif) kepada lampu danR2 akan juga diperolehi melalui 1T1(NC) dan juga2R2(NO). Di peringkat ini bekalan kuasa kepada lampu dan R2 “dikunci” selama masa yang disetkan pada T1.
5 – Apabila pintu ditutup kembali, R1 akan “OFF”, dan ini akan menyebabkan T1 dihidupkan melalui 1R1(NC) dan1R2(NO).
6 – Apabila masa T1 sampai, 1T1(NC) akan memutuskan litar bekalan kuasa (alternative) kepada lampu dan T2. Pada masa yang sama, T1 akan direset (OFF) melalui 1R2.Sekiranya, sebelum masa T1 sampai, dan pintu dibuka, T1akan diOFFkan oleh 1R1(NC). Oleh itu, masa T1 akan dikira berdasarkan masa terakhir pintu ditutup.
# Litar ini juga boleh diubahsuai dengan menggunakan PIR dan juga punca kuasa 12VDC.
Nantikan sambungannya…..
KOS PROJEK ADALAH SEKITAR RM200.00
SELAMAT MENCUBA
penerangan ini adalah sebagai tambahan untuk yang tidak biasa dengan komponen yang digunakan.
PENERANGAN TAMBAHAN
Nota
Gambarajah 1
1 Sila rujuk gambar diatas, penandaan dan simbol menggambarkan cara sambungan litar dalam relay (geganti) yang digunakan. Simbol NC (Normally close) adalah seperti diatas. Begitu juga symbol NO (normally open).
2 Penandaan 1R1 dan 2R2 adalah merujuk kepada litar dalam relay dan kedudukan relay. Dalam relay 8 pin, terdapat 2 point untuk litar kuasa (2 dan 7) dan 2 set point untuk suis iaitu 1/3/4 dan 8/5/6. Cara sambungan adalah seperti gambarajah dibawah.
gambarajah 2 : tapak relay pandangan dari bawah
3 Dalam gambarajah 1 diatas, 1R1(NC) boleh merujuk kepada relay no. 1, sambungan 8 dan 5. Sementara bagi 2R2(NC) merujuk kepada sambungan relay no. 2, sambungan 1 dan 4.
litar sambungan tapak relay dan timer adalah seperti dibawah: -
Litar 1 : litar lengkap projek pintu
(untuk gambar yang lebih besar, lihat litar dibawah)
Litar 2 : litar lengkap projek pintu (lanskap)
No comments:
Post a Comment