blog ni sekadar hobiku, disamping akan memuatkan pelbagai perkara. Dari minatku... melibatkan perkara teknikal, kepada politik, suatu yang memang selalu ku ikuti, perkmbangan semasa, masakan dan lain lagi yang dirasakan boleh dimuatkan. Boleh baca apa saja, disamping itu ada artikel atau bahan yang di salin dari pelbagai sumber untuk dikongsikan. Bagaimanapun, apa jua kesan dari menggunakan domain saya ini adalah DIBAWAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI... wassalam... selamat berkongsi....
Saturday, 12 July 2014
contoh surat pengesahan tidak bekerja
aku copy je ni... thanx to origal writer, kita kontgsikan bersama untuk kemudahan orang lain...
Nama
Alamat Pengirim
________________________________________________________________________
Kepada:
Pihak yang berkenaan. tarikh
Tuan,
PENGESAHAN TIDAK BEKERJA
Segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Saya, penama seperti bermaklumat di bawah dengan ini mengakui bahawa saya adalah seorang _______ dan tidak bekerja :
NAMA : _____________
I/C : _____________
ALAMAT : _____________
STATUS : TIDAK BEKERJA
3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Yang benar,
t/tangan org xbkerja
.............................
(NAMA org xbkerja)
I/C
Saya (nama ketua kampung/pengerusi JKKK/Jaksa Pendamai/Penghulu/YB ADUN/Ahli Parlimen) yang berjawawatan (ketua kampung/pengerusi JKKK/jaksa pendamai/penghulu/ADUN/AHLI PARLIMEN) di (nama penuh tempat) mengesahkan bahawa penama di atas adalah ahli masyakat/penduduk di kawasan pentadbiran saya dan berstatus tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.
Disahkan oleh,
t/tangan pengesah
...........................
(NAMA pengesah) Tarikh : _____________
I/C
COP PENUH JAWATAN DAN TEMPATNYA
*************************CONTOH SURAT*****************************
MAIMUN BT HARUN,
No. 18, Jalan 6A/1,
Bandar baru bangi
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan
__________________________________________________________________________
Kepada:
Pihak yang berkenaan 25 OGOS 2011
Tuan,
PENGESAHAN TIDAK BEKERJA
Segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Saya, penama seperti bermaklumat di bawah dengan ini mengakui bahawa saya adalah seorangsurirumah(ada jer surirumah buat bisnes sendiri) dan tidak bekerja :
NAMA : MAIMUN BT HARUN
I/C : 590809-09-****
ALAMAT :
No. 18, Jalan 6A/1,
Bandar baru bangi
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan
STATUS : TIDAK BEKERJA
3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Yang benar,
t/tangan MAIMUN
.............................
( MAIMUN BT HARUN )
590809-09-****
Saya DATO KHALID JIWE yang berjawatan AHLI PARLIMEN di PARLIMEN HULU LANGAT mengesahkan bahawa penama di atas adalah ahli masyakat/penduduk di kawasan pentadbiran saya dan berstatus tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.
Disahkan oleh,
t/tangan Dato Khalid Jiwe
...........................
(DATO KHALID JIWET) Tarikh : 25 OGOS 2011
760219-14-3456
*Yang Berhormat KHALID JIWE
Ahli Parlimen Hulu Langat
Selangor Darul Ehsan.
*COP RASMI
# NAMA DAN WATAK HANYA REKAAN SEMATA2. TIADA KENA MENGENA ANTARA HIDUP DAN MATI.
Thursday, 10 July 2014
Memanusiakan Sekolah dan Manusia
Saya suka artikel ni...
Memanusiakan Sekolah dan Manusia
Aisyah Anasmosa / 9 July 2014
Merupakan seorang penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Perakaunan Islam. Baru sahaja menyertai tim kolumnis Langit Ilahi sekitar April tahun ini (2014) sebagai penulis. Seorang yang sukakan bahasa, terutamanya bahasa Melayu yang mengakar umbikan jati dirinya, tetapi dalam masa yang sama tidak menolak nilai dan kepentingan bahasa-bahasa lain.
Hari ini, saya mahu berterima kasih kepada Mark Zuckerberg. Hari ini, saya juga mahu berterima kasih kepada ibu saya. Ini kerana, melalui rangkaian sosial Facebook, saya berjumpa dengan begitu ramai cerdik pandai walaupun cuma melalui hubungan atas talian. Ini kerana, melalui saranan ibu saya supaya saya memasuki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sewaktu awal saya menerima keputusan Unit Permohonan Universiti (UPU) selepas tamat SPM hampir 6 tahun lepas, saya turut bertemu dengan begitu ramai cendekiawan dan bijak pandai di sana, baik daripada kalangan pensyarah, sahabat-handai yang berfikir dengan kritis, berbincang dan menulis mahupun para aktivis sosial.
Semua rasa terima kasih ini terbit di dalam diri, sesudah melihat sendiri situasi kehidupan para pelajar, atau suka saya gelarkan mereka sebagai adik-adik di sebuah sekolah menengah. Hari ini, setelah genap tiga hari menjadi seorang guru ganti untuk tempoh dua bulan yang mendatang, saya terimbau kembali akan kenangan sewaktu saya bergelar pelajar sekolah dahulu, sehinggalah ke zaman pengajian tinggi yang bakal ditamatkan dalam masa terdekat dengan izin Tuhan. Apatah lagi bila mana terdapat para pelajar yang tidak kalah kenakalan dan kedegilan mereka dengan saya.
Saya kira, selama tempoh berbelas-belas tahun saya bergelar seorang pelajar sedari tadika seawal usia 5 tahun membawa ke usia awal 20-an di universiti, proses mencari ilmu itu adalah sesuatu yang memenatkan. Benar. Ada jatuh dan bangunnya. Ada masa main-main dan tidak serius. Bukan sepanjang masa saya sentiasa bersemangat untuk hadir ke sekolah mahupun kelas-kelas untuk mendengar kuliah yang disampaikan. Namun begitu, seperti yang saya sebutkan di awal penulisan, kehidupan di institusi pengajian tinggi ditambah dengan alam maya yang menghubungkan saya dengan ramai pemikir dan penggerak badan-badan tertentu telah menghidupkan proses pembelajaran dan pengajaran di luar kelas buat saya, seterusnya menambah luaskan pengalaman yang dikutip di luar waktu kuliah. Saya jadi terfikir, kalaulah saya cuma menamatkan pengajian saya selepas sekolah menengah, mana mungkin kemanisan ini akan saya kecapi. Maka benarlah kata sesetengah orang-orang tua yang menyuruh anak-anak belajar di universiti itu bukanlah hanya sekadar untuk lulus peperiksaan setelah mengindahkan gred-gred matapelajaran dengan cuma menyalin dan menghafal nota-nota kuliah secara permukaan, kemudian berhempas-pulas bekerja siang dan malam dalam usaha menaikkan tangga gaji, bahkan lebih daripada itu. Iaitu untuk menjadi seorang manusia yang sedar bahawa menjadi pandai itu perlu untuk memperkasakan masyarakat dan bangsa. Bila kesedaran itu ada, pastilah ada juga kemahuan untuk menjadi pandai, lalu kehadiran ke kuliah mahupun kelas-kelas bukanlah sekadar untuk mahu memastikan senarai kehadiran ditandatangani supaya tidak dibuang universiti di kemudian hari, bahkan untuk mengutip ilmu secara langsung daripada para guru. Satu pengajaran buat saya untuk meneruskan pengajian di universiti pada semester yang akan datang dalam erti kata yang sebenarnya.
Mereka Sedang Mencari Diri Sendiri
Agaknya, begitulah yang sedang dirasai oleh sebahagian daripada adik-adik tersebut. Datang ke sekolah bukan kerana cinta, tetapi kerana rutin kehidupan yang membentuk mereka menjadi begitu. Rutin kehidupan sebagai seorang manusia secara amnya; lahir, bermain-main dengan riang gembira sebagai seorang kanak-kanak, bersekolah bertahun-tahun, bekerja untuk mengejar kekayaan, berkeluarga dan beranak-pinak sehinggalah kembali dikambus oleh coklatnya tanah. Lalu apa yang dicapai pada akhirnya? Dan saya menjadi bertambah kasihan bila mana setiap pagi adik-adik ini perlu datang ke tapak perhimpunan selama lebih kurang 10 minit hanya untuk dileteri dalam bab yang berkaitan dengan disiplin dan yang seumpama dengannya. Malah menjadi bertambah kasihan bila mana yang dilaungkan ke telinga mereka itu adalah mereka perlu sedaya upaya untuk menjaga prestasi dan pencapaian sekolah secara keseluruhan dengan mengurangkan jumlah peratusan kegagalan dalam peperiksaan awam yang berkaitan. Benar. Saya faham kepentingan perkara tersebut, tetapi dalam masa yang sama, dari satu sisi, saya juga suka sekiranya kita sedar dan tahu bahawa pelajar-pelajar yang berada di sekolah menengah apatah lagi di universiti, mereka berada di fasa usia yang memerlukan bukan saja para guru, bahkan juga ibu bapa untuk bersahabat dengan mereka, bukannya lagi memarahi, merotan atau menghukum kesalahan ringan mereka. Bukankah di dalam agama itu sendiri dituntut supaya yang namanya anak-anak itu dibesarkan mengikut fasa usia tertentu? Sedari lahir hingga ke usia 7 tahun, kita digalakkan supaya melimpahi mereka dengan kasih-sayang dan kemanjaan yang meruap-ruap, kemudian membawa ke usia 14 tahun, kita diseru supaya bertegas dalam soal mendidik mereka, dan bila mana usia mereka mencapai 14 tahun ke atas, bersahabatlah dengan mereka, kerana sewaktu usia sebeginilah darah muda mereka sedang menggelegak di samping berminat untuk mencuba sesuatu yang baharu, sehingga kadang-kadang tindakan mereka menjadi rebellious. Usah tipu saya, kerana saya juga pernah melalui waktu-waktu tersebut. Agaknya kerana itulah ada sebahagian daripada mereka yang cuma datang ke sekolah untuk bermain-main, kerana mereka masih belum menjumpai apa yang sedang mereka cari, iaitu diri mereka sendiri. Atau juga kerana mereka tidak diajar untuk hadir ke sekolah dengan penuh rasa cinta. Atau juga kerana permasalahan yang sering timbul antara generasi X dan Y, bila mana senioriti sering menidakkan kebolehan anak-anak muda ini dek kerana ego yang tinggi.
Benar. Saya juga faham, sistem pendidikan masa kini, terutamanya pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) memerlukan guru-guru untuk menjadi sibuk lebih daripada biasa. Sudahlah perlu diberi perhatian terhadap matapelajaran yang diajarkan kepada anak murid, bahkan juga perlu melakukan tugasan sampingan lain, dalam pada mereka juga cuba untuk menjaga periuk nasi mereka, kerana mereka cuma ‘makan gaji dengan kerajaan’ bagi yang mengajar di sekolah kerajaan. Saya tidak katakan semua guru begini sikapnya, tetapi tidak keterlaluan juga untuk saya katakan bahawa sekolah pada masa kini seakan-akan telah menghilangkan fungsi sebenar seorang guru, ataupun lebih tepat lagi pendidik. Pendidik yang bukan cuma mengajarkan kepada anak-anak muridnya akan subjek-subjek tertentu, akan tetapi lebih daripada itu, memperkenalkan mereka kepada kehidupan ini. Syed Naquib Al-Attas dalam kesarjanaannya telah mengungkap dengan panjang lebar kepentingan untuk menggunakan istilah yang tepat dalam hal-hal tertentu terutamanya pendidikan, sehinggalah beliau membawakan tiga makna kepada pendidikan, iaitu ta’lim, tarbiyyah dan ta’dib. Secara ringkasnya, ta’lim bermaksud cuma mengajarkan tanpa membentuk keperibadian yang mana proses ini disokong oleh makna tarbiyyah sebagai mendidik, manakala peringkat yang paling tinggi sudah tentulah ta’dib, iaitu untuk membina sebuah peradaban. Erti pendidikan pada beliau adalah untuk meresapkan dan menanamkan adab pada manusia.
Apatah lagi dalam dunia serba moden yang penuh dengan persaingan ini (dan inilah yang sering ditanamkan di dalam minda anak-anak bahawa mereka perlu bersaing, bukannya membantu sesama lain untuk sama-sama berjaya), anak-anak ini terbentuk oleh stigma untuk terkehadapan dalam pada mengalahkan rakan-rakan sebaya mereka. Secara mudahnya, lihat sahaja pada konsep pengasingan kedudukan kelas darjah di sekolah-sekolah yang mengangkat nilai strata ataupun perbezaan kelas sosial. Anak-anak yang pandai dikumpulkan dalam kelas terhadapan dan terpandai, dan mereka akan menjadi lebih pandai lantaran tumpuan guru-guru diberikan secara lebih terhadap mereka berbanding anak-anak di kelas tercorot. Lalu anak-anak yang keciciran dan ketinggalan ini bergaul sesama mereka yang mempunyai permasalahan yang sama, maka mereka bukan sahaja menjadi bertambah corot bahkan juga lebih bermasalah dalam soal disiplin. Apalah salahnya pemikiran seperti ini dihapuskan, bahawa tidak ada bezanya antara kelas pertama dan kelas terhujung, dan anak-anak ini diajarkan untuk saling membantu dalam memandaikan diri mereka. Janganlah guru-guru menolak untuk mendekati mereka, tetapi hampirilah mereka dengan memberi harapan dan peluang yang sama. Selamilah apakah perkara sebenar di sebalik kenakalan mereka itu. Dan saya tahu, ini memerlukan keberanian dan kejituan yang cukup tinggi!
Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang
Benarlah seperti yang telah diulas dengan panjang lebar oleh cikgu Zul Fikri Zamir, bukan saja pengasas Teach For The Needs (TFTN) yang memberi peluang pendidikan yang sama rata terhadap anak-anak yatim dan juga anak-anak yang ketinggalan, bahkan juga seorang pemikir yang memandang secara jauh akan masa hadapan negara ini melalui penegasan yang ditekankan olehnya tentang sistem pendidikan semasa. Dalam bukunya yang bertajuk ‘Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang,’ kompilasi artikelnya banyak menyentuh kepentingan untuk tidak menjadikan anak-anak bangsa sebagai hanya sekadar sebuah produk, bahkan lebih daripada itu, iaitu menjadi manusia dalam erti kata yang sebenarnya.
Memetik artikel khusus yang telah beliau karang bersama-sama dengan seorang lagi pengasas bersama sebuah badan penggerak ekonomi, BLINDSPOT iaitu saudara Anas Alam Faizli dalam tulisan mereka yang mengulas tentang isu Trends in Mathematics andScience Study (TIMSS) dan juga Programme for International Student Assessment (PISA) yang dijalankan pada tahun 2011, Malaysia dikatakan muncul corot di dalam tangga kajian yang dilakukan oleh indeks-indeks antarabangsa ini. Hal ini berikutan soal pengasingan kelas seperti yang telah saya sebutkan di atas, bahawa kaedah persampelan kedua-dua penilaian tersebut adalah secara rawak, maka keputusannya mewakili kedua-dua pelajar yang pandai dan juga corot.
Penutup: Melahirkan Lebih Ramai ‘Ranchoddas Shamaldas Chanchad’ dan Juga ‘Sophie Amundsen’ dengan Bantuan ‘Ram Shankar Nikumbh’
Belajarlah daripada filem Bollywood bertajuk ‘Three Idiots’ yang mengisahkan tentang perlunya ke sekolah dengan rasa cinta. Watak utamanya, Rancho yang dijayakan oleh pelakon terkenal Aamir Khan telah membuktikan bahawa kecintaan terhadap ilmu yang ingin digali menjadikan bukan sahaja beliau sebagai seorang yang benar-benar berjaya dan berguna kepada masyarakat selepas tamat belajar, bahkan juga dua orang sahabat baik beliau yang mana pada asalnya mereka sering dikatakan bodoh oleh guru mereka. Ini kerana, kata kunci yang telah mereka jumpai adalah rasa cinta akan senantiasa menghadirkan minat untuk mereka lebih mendalami sesuatu perkara itu, biar sesusah mana pun ia.
Selain itu, telusurilah juga novel sejarah falsafah popular yang bertajuk ‘Dunia Sophie’ dalam bahasa Melayunya, yang mana novel ini secara kasarnya banyak menekankan tentang kepentingan falsafah dalam perjalanan mencari makna kehidupan. Sophie Amundsen, seorang anak gadis yang berusia 14 tahun telah berhenti daripada rutin kebiasaannya yang cuma belajar dan membuat kerja rumah sehari-hari bila mana pada satu hari setelah pulang dari sekolah beliau menerima sepucuk surat misteri yang hanya bertanyakan dua soalan; “Siapakah kamu?” dan “Dari manakah asalnya dunia ini?” Bermula dari situ, beliau lebih berminat untuk mengkaji falsafah di sebalik kewujudannya sebagai seorang manusia di dunia ini, yang mana akhirnya membawa beliau kepada pencarian Tuhan. Perjalanan itulah yang telah memanusiakan seorang Sophie Amundsen.
Dan jadilah juga seperti seorang Ram Shankar Nikumbh, seorang guru yang tidak putus asa dalam usaha mendidik seorang pelajarnya yang menderitai simptom Disleksia dalam filem Bollywood lain yang bertajuk ‘Taare Zameen Par.’ Oleh kerana beliau juga merupakan seorang penghidap Disleksia, yang menyebabkan beliau mengalami gangguan pembelajaran seperti menulis huruf secara terbalik sewaktu zaman kanak-kanaknya, beliau mampu menyelami perasaan watak utama dalam filem tersebut, iaitu seorang pelajar sekolah yang juga mengalami masalah yang sama seperti yang telah disebutkan.
Malah, ramai lagi tokoh-tokoh sebenar yang boleh kita pelajari daripada mereka berkaitan dengan soal ini. Untuk akhirnya, saya juga menyeru kepada diri saya untuk memperbaiki cara saya dalam mendekati para pelajar, kerana jauh di dalam hati, saya cukup benci untuk menjadi garang dan marah-marah sebenarnya. Semoga para guru di luar sana juga sama-sama berusaha untuk lebih memanusiakan sekolah dan manusia di dalamnya, iaitu guru itu sendiri dan juga murid-murid, kerana hakikatnya kita ini perlu belajar daripada satu sama lain. Tidaklah guru itu hanya bertindak superior sebagai seorang yang mengajar, tetapi dalam masa yang sama juga guru-guru boleh belajar daripada anak murid berkenaan apa-apa saja pelajaran yang berkaitan dengan kehidupan. Jadi, kata kuncinya, berusahalah untuk merendah hati mengakui kesilapan biarpun terhadap anak-anak yang lebih muda usianya. Dan yang paling penting, tulisan ini sama sekali tidak menidakkan kepentingan ibu bapa dalam perihal mencorakkan keperibadian anak-anak. Hanya saja kepentingan guru dan sekolah yang lebih ditekankan pada kali ini. Juga suka untuk saya ingatkan, semoga para ibu bapa di luar sana tidak tergolong dalam golongan ibu bapa moden yang mudah-mudah menyaman guru hanya kerana mendenda anak-anak mereka yang tidak menyiapkan kerja rumah misalnya!
“Jiwa umpama lampu kaca, dan pengetahuan ialah cahaya (yang memberi api), dan hikmah Tuhan ialah minyaknya. Sekiranya ia menyala, kamu hidup. Sekiranya ia padam, kamu mati.” (Ibnu Sina)
kebab daging cincang
kebab daging simple
arbiah aziz@myresipi.com
mudah dan sedap.. sesuai untuk kanak2.. untuk lebih sedap letak mayonis di atasnyer..
Created on : 03-02-2010
Bahan-bahan ( 4 orang )
- daging cincang 200gm
- lobak merah (dihiris halus) 2 batang
- telur (goreng cincang) 4 biji
- bawang besar (potong dadu)2 biji
- bawang putih (potong dadu) 4 ulas
- lada hitam (ditumbuk halus) 1 sudu kecil
- roti pitta 2 keping
- sos cili dan tomato (banyak mana ikut citarasa masing2)
- garam secukup rasa
Cara-cara
Wednesday, 9 July 2014
Brazil kalah kerana doa orang ini?
copy ni...
Brazil kalah kerana doa orang ini?
MUSLEH SAKIR | .
TAHNIAH Jerman, takziah Brazil! Itulah hakikat pahit yang terpaksa diterima Brazil apabila kalah 1 – 7 kepada Jerman dalam perlawan separuh akhir Piala Dunia Fifa.
Sebagai peminat setia Jerman, tentulah saya gembira pasukan kesukaan saya menang. Namun jumlah gol yang diperoleh itu amat memeranjatkan apatah lagi berdepan dengan pasukan hebat seperti Brazil. Saya percaya seluruh dunia juga terkejut dengan kemenangan besar Jerman ini!
Dari suatu sudut yang lain, ingin saya sentuh isu besar yang cuba disorokkan di bawah “karpet” iaitu isu gelandangan dan golongan miskin di Brazil.
Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa hampir setiap hari sepanjang berlangsungnya Piala Dunia Fifa ini ada tunjuk perasaan. Penganjuran ini mendapat tentangan sebahagian rakyat Brazil khususnya golongan gelandangan dan miskin. Maklumlah, untuk menjayakan kejohanan ini berapa banyak rumah rakyat miskin dirobohkan dan dihalau ke kawasan lain, dengan alasan tidak mahu mencemarkan imej tuan rumah.
Mereka bukan tidak menyukai pasukan Brazil dan tidak cintakan sukan nombor satu dunia ini, tetapi mahu kerajaan lebih mengutamakan mereka berbanding berhabis dunia menganjurkan kejohanan besar ini.
Benar, kerajaan Brazil mungkin memberi alasan bahawa penganjuran ini akan membawa hasil berbilion ringgit dan duit itu boleh digunakan kembali untuk rakyat. Namun, realiti tidak begitu!
Seperti biasa, akhirnya golongan gelandangan dan miskin ini tetap dengan kemiskinan mereka dan hasil daripada keuntungan kejohanan ini entah ke mana.
Ingatlah, kejohanan Piala Dunia Fifa kali ini berlangsung atas kesedihan, kesusahan dan air mata rakyat yang susah dan miskin. Kemenangan dan keuntungan berbilion ringgit tidak ada maknanya bagi mereka! Adakah akibat doa orang miskin yang teraniaya ini Brazil kalah?
Sebagai peminat setia Jerman, tentulah saya gembira pasukan kesukaan saya menang. Namun jumlah gol yang diperoleh itu amat memeranjatkan apatah lagi berdepan dengan pasukan hebat seperti Brazil. Saya percaya seluruh dunia juga terkejut dengan kemenangan besar Jerman ini!
Dari suatu sudut yang lain, ingin saya sentuh isu besar yang cuba disorokkan di bawah “karpet” iaitu isu gelandangan dan golongan miskin di Brazil.
Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa hampir setiap hari sepanjang berlangsungnya Piala Dunia Fifa ini ada tunjuk perasaan. Penganjuran ini mendapat tentangan sebahagian rakyat Brazil khususnya golongan gelandangan dan miskin. Maklumlah, untuk menjayakan kejohanan ini berapa banyak rumah rakyat miskin dirobohkan dan dihalau ke kawasan lain, dengan alasan tidak mahu mencemarkan imej tuan rumah.
Mereka bukan tidak menyukai pasukan Brazil dan tidak cintakan sukan nombor satu dunia ini, tetapi mahu kerajaan lebih mengutamakan mereka berbanding berhabis dunia menganjurkan kejohanan besar ini.
Benar, kerajaan Brazil mungkin memberi alasan bahawa penganjuran ini akan membawa hasil berbilion ringgit dan duit itu boleh digunakan kembali untuk rakyat. Namun, realiti tidak begitu!
Seperti biasa, akhirnya golongan gelandangan dan miskin ini tetap dengan kemiskinan mereka dan hasil daripada keuntungan kejohanan ini entah ke mana.
Ingatlah, kejohanan Piala Dunia Fifa kali ini berlangsung atas kesedihan, kesusahan dan air mata rakyat yang susah dan miskin. Kemenangan dan keuntungan berbilion ringgit tidak ada maknanya bagi mereka! Adakah akibat doa orang miskin yang teraniaya ini Brazil kalah?
Jadi jutawan cara Zhang Jian?
Jadi jutawan cara Zhang Jian?
Dikemaskini 07:35PM Jul 08 2014
06:30PM Jul 08 2014
06:30PM Jul 08 2014
ShareThis
V Shuman
KOMEN: Dua puluh enam tahun adalah usia apabila ramai daripada kita mula membina kehidupan – suatu masa di mana kita memiliki kerjaya yang stabil dan mula membina rumah, dan keluarga.
Walaubagaimana pun, ada beberapa golongan "istimewa" yang menjadi jutawan pada usia 20-an.
Di antaranya adalah mereka yang menjadi anak hartawan, kroni parti pemerintah, atau warga China yang melarikan diri dari negara sendiri untuk menubuhkan sebuah perniagaan pemasaran pelbagai aras di Malaysia.
Zhang Jian bercita-cita mengambil alih tampuk lelaki terkaya di dunia dari Bill Gates dalam tempoh lima tahun. Berdasarkan keadaan semasa, dia berkemungkinan besar dapat memenuhi matlamatnya ini, disebabkan rakyat Malaysia yang mudah tertipu.
Kita tertanya-tanya bagaimana dia dapat ditangkap.
Anak muda berkaca mata ini adalah lelaki sama yang menjadi tajuk utama dalam media tempatan baru-baru ini, selepas papan iklan gergasinya muncul di beberapa lokasi di Pulau Pinang.
Resume beliau berbunyi seperti sebuah kisah dongeng – dia memecahkan rekod dengan membuat jualan tahunan bernilai RM16.8 bilion, perniagaannya mempunyai keahlian 140 juta orang (di China dan Malaysia), dan telah memberikan beratus-ratus buah BMW, Porsche dan Ferrari, selain motosikal kepada ahli-ahli yang menyertai perniagaannya.
Apa yang diperlukan untuk memiliki sebuah kereta mewah dalam tempoh beberapa bulan hanyalah menjadi ahli perniagaannya – CDTup International Sdn Bhd, yang menjalankan program pemasaran pelbagai aras Yun Shu Mao (YSLM), yang lebih menyerupai skim piramid, atau skim cepat kaya.
Produk yang dijual adalah pelbagai, daripada komputer riba tidak berjenama kepada kasut dan telefon bimbit – kesemuanya dengan stiker Zhang Jian.
Model perniagaannya menyatakan bahawa sekali seseorang itu menjadi ahli, dia boleh mendapatkan keuntungan besar tanpa perlu bekerja. Harga untuk hidup mewah tanpa perlu mengangkat jari – hanya RM300!
Ahli-ahlinya dijamin pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan, dengan hanya merekrut lebih ramai orang untuk menjadi ahli bawahan mereka. Itu baru untuk permulaan. Terdapat pakej lain dengan bayaran yang lebih lumayan – lebih besar pelaburannya, lebih lumayan pulangannya.
Usaha merekrut ahli-ahli pergi terus ke bawah, sehingga ia mencecah paras tepu atau sehingga perniagaan ini diserbu oleh pihak berkuasa, di mana pihak yang memulakannya akan hilang bersama wang berjuta-juta dolar hasil penipuan. Sejarah telah membuktikannya.
Zhang Jian nampaknya mempunyai jumlah pengikut yang agak besar di sini, berdasarkan jumlah blog dan laman Facebook yang didedikasikan terhadap perniagaannya. Sebuah halaman Facebook seperti ini, kumpulan sokongan YSLM, mempunyai pelbagai gambarnya bersama-sama dengan tokoh tempatan yang terkenal, termasuk menteri-menteri.
Dilaporkan bahawa perniagaannya telah mengutip kira-kira RM300 juta sejak ia mula beroperasi di Malaysia pada akhir tahun lalu.
Zhang Jian juga disenaraikan oleh Forbes sebagai salah seorang tokoh terkaya China – dengan nilai USD650 juta (RM2.06 bilion).
Masalahnya, perniagaan YSLM Zhang Jian ini telah pun diharamkan di China dan dia telah dihadapkan ke pihak berkuasa China sebanyak lima kali.
Menurut laporan, program Yun Shu Mao sedang disiasat oleh Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negaranya disebabkan model yang meragukan ini.
Mengetahui bahawa dia tidak boleh berterusan menipu di China, jutawan muda itu telah menjadikan Malaysia sebagai sasaran barunya, di mana warganya mungkin adalah antara yang paling mudah ditipu.
Di sini, kita benar-benar percaya bahawa adanya diktator di negara lain yang menunggu untuk berkongsi kemewahan mereka dengan kita, atau peragawati di Internet yang mendapati kita adalah pasangan hidup mereka, dan mahu hidup bersama, asal kena harganya.
Peringatan berulang kali oleh pihak berkuasa dan berpuluh-puluh laporan dalam media mengenai mereka yang ditipu, tidak berjaya menghalang rakyat Malaysia dari menjadi mangsa skim sebegini.
Apa lagi sebabnya seorang lelaki dengan kekayaan yang begitu besar, yang boleh menetap di mana sahaja di dunia, memilih untuk tinggal di sebuah negara yang kecil seperti Malaysia?
Wahai semua orang, jika anda menerima apa-apa yang kedengaran terlalu baik untuk menjadi kenyataan, ia pastinya tidak baik.
Selagi orang tunduk kepada rasa tamak dan sikap mudah percaya mereka, akan ada orang-orang seperti Zhang Jian yang tumbuh bagaikan cendawan.
Tuesday, 8 July 2014
kedudukan dua tanduk syaitan
New World Order mengelirukan kedudukan Dua Tanduk Syaitan...di mana lokasi sebenar?
Untuk mengetahui dengan lanjut makna/ maksud sebenar hadis ini adalah dengan melihat hadis lain yang menerangkan dengan lebih jelas akan maksud hadis tersebut. Hadisnya adalah seperti berikut:
أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: اللهم بارك لنا في مدينتنا وبارك لنا في مكتنا وبارك لنا في شامنا وبارك لنا في يمننا وبارك لنا في صاعنا ومدنا، فقال رجل: يا رسول الله! وفي عراقنا، فأعرض عنه فقال: فيها الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.
Maksudnya: Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Madinah kami, berkatilah negeri Makkah kami, berkatilah negeri Syam kami, berkatilah negeri Yaman kami dan berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami”. Tiba-tiba seorang lelaki mencelah: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya bersabda: “Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” [Hadis riwayat Thabrani dalam Mu'jam al-Ausath (1/246 & 1/4256), Ibn 'Asakir dalam Tarikh Damsyik (1/120), Abu 'Ali al-Qusyairy al-Harany dalam Tarikh al-Raqah (2/20/1-2), Abu Nu'aim dalam al-Haliyyah (6/133), dan lain-lain; Rujuk Silsilah al-Sahihah, no: 2246]
Dalam hadis ini lebih jelas yang dimaksudkan dengan "Najd" pada hadis pertama adalah negeri Iraq. Kedua-dua hadis ini sanadnya melalui sahabat nabi iaitu Abdullah Ibn Umar Radhiallahu'anhuma. Hadis yang pertama (riwayat Bukhari) jalan sanad Nafi' daripada Ibn 'Umar Radhiallahu'anhuma, manakala hadis yang kedua (riwayat Ibn 'Asakir dan Abu Nu'aim) melalui jalan sanad Salim daripada Umar Radhiallahuanhuma. Menurut kaedah Ilmu Hadis kedua-dua Nafi' dan Salim menyokong antara satu sama lain secara mutaba'ah. Maka jelaslah kedua-dua riwayat di atas hakikatnya riwayatnya adalah sama dan menjadi penjelas antara satu sama lain. [Rujuk: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar? Dr. Azwira Abdul Aziz, ms 135]
Ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis lagi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dimana Salim Ibn Abdullah Ibn Umar Radhiallahu'anhuma pernah berkata:
يا أهل العراق! ما أسألكم عن الصغيرة وأركبكم للكبيرة! سمعت أبي، عبدالله بن عمر يقول:
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الفتنة تجئ من ههنا وأومأ بيده نحو المشرق من حيث يطلع قرنا الشيطان...
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الفتنة تجئ من ههنا وأومأ بيده نحو المشرق من حيث يطلع قرنا الشيطان...
Maksudnya: “Wahai penduduk Iraq! Alangkah banyaknya persoalan kamu tentang perkara kecil dan alangkah banyaknya pula dosa besar yang telah kamu lakukan, aku mendengar ayahku (yakni) ‘Abd Allah Ibn ‘Umar berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Baginda mengisyaratkan tangannya ke sebelah Timur, (arah) di mana terbitnya dua tanduk Syaitan…” [Hadis riwayat Muslim, dalam Sahih Muslim, no: 2905]
HURAIAN IBN HAJAR AL-'ASQALANI
Al-Hafiz Ibn Hajar Al-’Asqalani rahimahullah memetik kata-kata Al-Khattabi rahimahullah :
نجد من جهة المشرق، ومن كان بالمدينة كان نجده بادية العراق ونواحيها وهي مشرق أهل المدينة، وأصل نجد ما ارتفع من الأرض وهو خلاف الغور فإنه ما انخفض منها، وتهامة كلها من الغور ومكة من تهامة.
Maksudnya: “Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah. Ini kerana asal (perkataan) najd (dari segi bahasa) ialah kawasan tanah tinggi yang menjadi lawan kepada ghaur yang bermaksud kawasan tanah rendah (lembah), sedangkan Tihamah keseluruhannya adalah lembah dan Makkah pula termasuk sebahagian dari Tihamah” [Lihat Fathul Bari, Syarah Sahih bukhari, 13/47]
Kemudian, Al-Hafiz Ibn Hajar mengomentari kata-kata Al-Khattabi dengan katanya:
وعرف بهذا وهاء ما قاله الداودي إن نجدا من ناحية العراق فإنه توهم أن نجدا موضع مخصوص وليس كذلك بل كل شيء ارتفع بالنسبة إلى ما يليه يسمى المرتفع نجدا والمنخفض غورا.
Maksudnya: “Dan dengan ini dapat diketahui kelemahan pendapat Ad-Dawudi yang waham (menyangka) bahawa najd itu suatu tempat khusus di sebelah Iraq, sedangkan ia bukan sedemikian, bahkan setiap (tempat) yang tinggi berbanding sekelilingnya, (maka) dinamakan yang tinggi itu najd manakala yang rendah pula ghaur” [Ibid]
MAKSUD NAJD BERDASARKAN FAKTA SEJARAH
Dalam hadith berkenaan, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menggambarkan negeri Najd sebagai tempat yang banyak berlaku gempa bumi dan fitnah. Realiti sejarah telah membuktikan bahawa tempat yang banyak berlaku gempa bumi ialah kawasan sekitar negeri Iraq dan Iran.
Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhuma yang menjadi punca tercetusnya fitnah perselisihaan di kalangan umat Islam bermula di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin, Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain cucunda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yang mendakwa kenabian dan serangan tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah, semuanya berlaku di Iraq.
Dalam konteks sejarah perkembangan hadith, Kufah terkenal sebagai pusat penyebaran hadith palsu sehingga para perawi yang pergi dan datang dari sana di ‘kuarantinkan’ riwayat mereka oleh para ulama sebagai langkah berwaspada.
Manakala dalam konteks sejarah moden pula, dapat disaksikan bagaimana dahsyatnya peperangan antara Iraq dan Iran, diikuti oleh krisis perang Teluk pada tahun 1992 dan seterusnya penaklukan oleh Amerika yang berterusan hingga ke hari ini. Ini berlanjutan dengan peristiwa pembunuhan dan pengeboman di Iraq yang berlaku saban hari dan ketika, manakala kesan dari segala fitnah itu pula dirasai dan diratapi oleh umat Islam di seluruh dunia.
Semua fenomena yang berlaku di Iraq sejak dari dahulu sampai sekarang adalah suatu fitnah yang benar-benar menepati apa yang digambarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya itu. Bahkan banyak riwayat hadith sahih yang menunjukkan bahawa kemunculan Dajjal di akhir zaman juga berlaku di sebelah Iraq, iaitu di kawasan Asbahan dan Khurasan yang sekarang ini termasuk dalam sempadan negara Iran. [Rujuk: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar? Dr. Azwira Abdul Aziz, ms 139-140]
Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab) secara tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan. Dengan mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith, penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka sahlah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith itu ialah negeri Iraq dan kawasan persekitarannya yang turut merangkumi negeri Iran pada masa kini. [Ibid, ms 140-141]
MAKSUD NAJD DARI SUDUT UMUM ATAU KHUSUS
Walaupun hadis menunjukkan kedudukan negara Iraq sebagai tempat yang banyak menimbulkan fitnah termasuk Iran, namun ia sebenarnya tidak menggambarkan kejahatan tempat tersebut secara umum. Ini kerana penentuan sesuatu tempat sebagai punca fitnah bukan bererti kecaman tempat tersebut secara mutlak. Akan tetapi ia bermaksud kecaman pada suasana yang berlaku di tempat itu pada suatu masa yang tertentu.
Sesuatu tempat yang dianggap sebagai tidak baik tidak semestinya menggambarkan kejahatan seluruh penduduknya sepanjang masa, sebagaimana sesuatu tempat yang dianggap sebagai baik juga tidak semestinya menggambarkan kebaikan seluruh penduduknya sepanjang masa.
Justeru di samping fitnah yang banyak berlaku, negeri Iraq juga melahirkan ramai tokoh ulama Islam yang terbilang, bahkan Kota Baghdad pernah menjadi pusat pemerintahan dan perkembangan ilmu yang terbesar dalam sejarah tamadun manusia.
Demikian juga di samping kebaikan yang ada pada negeri Yaman, Syam, Makkah dan Madinah, fitnah masih tetap berlaku di negeri-negeri berkenaan pada masa-masa yang tertentu. Sebagai contoh, dari negeri Yaman puak Yahudi datang ke Madinah, dari negeri Yaman juga tentera bergajah Abrahah datang menyerang Makkah dan di negeri Yaman juga muncul Al-Aswad Al-’Anasi sebagai nabi palsu. Di negeri Syam pula muncul Luqait Al-Azdi sebagai nabi palsu dan di situlah tempatnya medan pertumpahan darah antara umat Islam, Yahudi dan Kristian kerana perebutan tempat suci. Negeri Makkah dan Madinah juga menyaksikan pertumpahan darah kerana menegakkan kalimah tauhid pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, bahkan ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam meninjau-ninjau di atas sebuah tembok Kota Madinah Baginda bersabda:
إني لأرى الفتن تقع من خلال بيوتكم كوقع المطر
Maksudnya: “Sesungguhnya aku melihat fitnah menimpa rumah-rumah kamu seperti titisan air hujan” [Hadis riwayat Bukhari, no: 6651]
Semua ini menggambarkan betapa kesucian sesuatu tempat bukan jaminan bagi terhindarnya fitnah. Demikian juga dengan kawasan-kawasan yang tidak disebut oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai lokasi fitnah, seperti Amerika, Eropah, Afrika dan Asia Tenggara, bukanlah bermakna ia bebas daripada fitnah. Bahkan fitnah yang berlaku di India misalnya mungkin lebih banyak daripada yang berlaku di Iraq itu sendiri.
Kesimpulan lain yang dapat juga diambil daripada perbincangan ini adalah, jika diandaikan perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi merujuk kepada negara Arab Saudi yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (yakni tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab), maka yang demikian itu langsung tidak menggambarkan kecaman terhadap individu tertentu yang tinggal di sana. [Rujuk: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar? Dr. Azwira Abdul Aziz, ms 141-143]
MAKSUD "TANDUK SYAITAN"
Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah menjelaskan maksud ungkapan tanduk syaitan itu dalam Fathul Bari (13/ 46-47) ialah seperti berikut:
1) Sebagai kiasan bagi menggambarkan kekuatan Syaitan dan apa saja yang memohon pertolongan kepadanya (Syaitan) dalam penyesatan (manusia).
2) Bahawa Syaitan menyelaraskan tanduknya dengan (arah) Matahari ketika terbitnya, supaya penyembahan golongan penyembah Matahari akan terarah kepadanya.
3) Bahawa bagi Matahari itu ada Syaitan yang mana ia terbit antara dua tanduknya.
4) Bahawa pada hari itu penduduk sebelah timur Madinah terdiri daripada golongan kafir, manakala fitnah yang pertama (fitnah pembunuhan ‘Uthman radhiallahu ‘anhum) datangnya dari sebelah Timur, dan ia menjadi sebab berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam, sedangkan perpecahan itu disukai dan digembirai oleh Syaitan
Subscribe to:
Posts (Atom)