Thursday, 19 June 2014

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!!!.

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!!!. Bodohnya Kita Selama Ini Ditipu, Baca Sampai Habis..

// // 1 comment

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.


Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!!!

Sumber

Wednesday, 18 June 2014

Rabu, 18 Jun 2014

Timbalan Mufti Kedah mengajar Zahid Hamidi makna jihad







































Alor Setar – Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tiada istilah militan mahupun pengganas terhadap orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan saudara Islam yang lain.


Menurutnya, istilah itu hanyalah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam untuk menggambarkan bahawa Islam itu mengajar keganasan.

“Berdasarkan hukum, umat Islam adalah dituntut untuk berjihad. Tetapi erti kata jihad terlalu luas dan dalam konteks situasi sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada jihad dalam negara terlebih dahulu.

“Bahkan Nabi juga berkata, siapa yang tidak ambil tahu berhubung umat Islam atau saudaranya yang lain, dia bukanlah daripada kalangan aku,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, walaupun Islam menuntut untuk berjihad, tetapi kewajipan itu perlu diberikan kepada hal-hal dalam negara terlebih dahulu.

“Sekiranya kewajipan kita dalam negara sudah selesai, barulah dibolehkan untuk berjihad ke negara lain.

“Tetapi berjihad dengan cara memberi sumbangan kewangan dan doa pun sudah mencukupi. Jihad ini tidak bermakna kita perlu berjuang ke negara lain, cukuplah sekadar kemampuan kita,” katanya.


Jelasnya, kewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan sesuatu negara itu juga adalah tanggungjawab negara itu sendiri.

“Tidak salah sekiranya kita nak berjihad mempertahankan umat Islam di negara lain, tetapi kita perlu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan hukum dan akidah.

“Kita perlu tahu punca sesuatu masalah itu lebih mendalam sebelum berjihad,” katanya.

Konsesi UiTM Seremban III Kepada Syarikat Kongsi Milik Adik Dato’ Seri Shahrizat Jalil

Konsesi UiTM Seremban III Kepada Syarikat Kongsi Milik Adik Dato’ Seri Shahrizat Jalil

Konsesi penswastaan kampus UiTM yang kedua yang akan didedahkan adalah pembinaan, operasi dan penyenggaraan UiTM Cawangan Seremban III di Negeri Sembilan.
Jawapan Perdana Menteri pada 10 April 2014 menunjukkan bahawa konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion sepanjang tempoh konsesi ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat bernama Inovatif Mewah Sdn Bhd.
Semakan menunjukkan bahawa pegangan saham di dalam Inovatif Mewah Sdn Bhd adalah seperti berikut (rujuk carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama):
1. Menang Development (M) Sdn Bhd dengan pegangan 51% saham
2. Menang Industries (M) Sdn Bhd dengan pegangan 20% saham
3. Tentu Selesa Sdn Bhd dengan pegangan 29% saham
Menang Development (M) Sdn Bhd dan Menang Industries (M) Sdn Bhd adalah syarikat-syarikat yang dikawal dan/atau dimiliki sepenuhnya oleh Menang Corporation (M) Berhad, iaitu sebuah kumpulan pembangunan hartanah yang dikawal oleh keluarga Dato’ Abdul Mokhtar Ahmad.
Manakala Tentu Selesa Sdn Bhd pula adalah syarikat yang dikuasai oleh dua tokoh yang rapat dengan Umno. Semakan SSM menunjukkan bahawa pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah seperti berikut:
1. Dato’ Shahrir Abdul Jalil
2. Dato’ Aidit Ghazali
Tentu Selesa Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 sahaja dan dipegang oleh dua individu iaitu Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman. Siasatan saya menunjukkan bahawa Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman juga adalah pemegang saham kepada banyak syarikat RM2 yang digunakan di dalam pelbagai urusniaga kontroversi termasuklah cadangan pengambilalihan KFC dan PLUS. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua individu ini menjalankan perniagaan menubuhkan syarikat bermodal RM2 untuk dijual kepada pihak-pihak ketiga yang seterusnya menggunakan syarikat ini bagi tujuan urusniaga yang lain.
Oleh itu, Tentu Selesa Sdn Bhd adalah syarikat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Shahrir Abdul Jalil dan Dato’ Aidit Ghazali.
Semakan lanjut menunjukkan bahawa Dato’ Shahrir Abdul Jalil adalah adik kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno Malaysia. Dato’ Shahrir Abdul Jalil pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai yang kemudiannya digantung selama 3 tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005 kerana didapati bersalah dengan amalan politik wang.
tentuselesa2
Dato’ Shahri Abdul Jalil adalah pengarah kepada pemegang konsesi Inovatif Mewah Sdn Bhd, selain menjadi pengarah kepada Tentu Selesa Sdn Bhd.
Seorang lagi pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah Dato’ Aidit Ghazali, iaitu Timbalan Presiden Jalur Tiga (JATI), sebuah NGO sayap kanan yang ditubuhkan oleh Dato’ Hassan Ali selepas beliau (Hassan Ali) dipecat dari PAS. JATI dilihat begitu kuat mendokong Umno dan banyak menyerang tokoh-tokoh Pakatan Rakyat.
tentuselesa1
Susun atur pemegang konsesi penswastaan UiTM Cawangan Seremban III menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme digunakan di Malaysia untuk mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno. Sebuah syarikat bermodal RM2 sahaja diberi pegangan sehingga 29% di dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh-tokoh Umno atau yang rapat dengan Umno.
Model ini turut digunapakai di dalam beberapa konsesi yang lain, iaitu tokoh-tokoh Umno menjadi pemegang saham minoriti dan syarikat yang membina (selalunya syarikat yang memang terlibat di dalam sektor pembinaan) memegang saham selebihnya. Ia membayangkan seolah-olah syarikat yang dikawal ahli politik mendapat pegangan kerana membuka ruang “kabel politik” untuk dianugerahkan satu konsesi lumayan sedang syarikat pembinaan menjalankan kerja-kerja pembinaan sebenar.
Model ini yang menunjukkan penglibatan ahli politik dalam kroni kapitalisme adalah sarang rasuah yang akhirnya membebankan rakyat dengan konsesi-konsesi penswastaan seperti konsesi UiTM Cawangan Seremban III ini.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
17 Jun 2014

Kg Chubadak Tambahan tetap diranapkan

...Copy dan paste untuk menjadi kenangan dimasa depann.... Ingatkan negara asing rupanya kat bumi sendiri...1:44PM - 17 Jun 2014

'Kg Chubadak Tambahan tetap diranapkan' 

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kesemua "rumah haram" penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan dirobohkan walau penduduk memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi.

Katanya, tindakan itu diteruskan kerana penduduk di kawasan itu sudah menetap "secara haram” sejak lebih 20 tahun lalu.

“Ya, kerja-kerja perobohan akan diteruskan kerana mahkamah sudah tetapkan (sebelum ini).

Penduduk berkenaan memohon injuksi tersebut pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah seterusnya membenarkan injunksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.

“Itu mereka yang failkan, (tapi) kita tetap teruskan perobohan,” katanya lagi.

Ahmad Phesal ditemui pemberita ketika lawatannya bersama media sempena pameran Greater KL dengan Invest KL di ibu negara hari ini.

Ahmad Phesal turut menepis dakwaan bahawa pampasan berjumlah RM7,000 terlalu sedikit manakala penempatan baru di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Jalil pula terlalu kecil.

'Apa yang tak munasabah?'

“Apa yang tidak munasabah? Mereka tinggal di sana secara haram. Kita pindahkan mereka di rumah PPRT daripada mereka terus tinggal secara haram di situ," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa pemasangan bekalan elektrik dan air akan ditanggung oleh penduduk yang dipindahkan, Ahmad Phesal menganggap hal itu bukan satu masalah.

“Perkara itu bukan satu masalah, kita berikan wang pindah rumah sebanyak RM 1,000 setiap keluarga. Tetapi soal pampasan saya RM7,000 itu saya tak tahu. Itu (urusan) pemaju,” katanya.

Ditanya mengenai rundingan antara DBKL, pemaju dan penduduk mengenai pampasan, beliau menegaskan bahawa DBKL tidak terlibat dengan rundingan mengenainya kerana melibatkan antara pihak pemaju dan penduduk sahaja.

Minggu lalu, DBKL merobohkan dua buah rumah penduduk sementara enam lagi telah dikenalpasti tetapi gagal dirobohkan kerana bantahan keras penduduk setempat. Sementara kes bagi 58 penduduk kampung lagi kini dalam prosiding di Mahkamah Rayuan.

Penduduk diminta untuk memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd.

Pembangunan yang akan dijalankan di kampung itu berkait dengan rancangan tahun 2006 untuk membangunkan bekas tanah rezab Melayu itu kepada satu kawasan perbandaran.

Monday, 16 June 2014

Jangan ikut budaya dan sikap orang Jepun

tergelak gak baca...


Jangan ikut budaya dan sikap orang Jepun

Satu masalah orang2 Jepun ni adalah mereka terlalu mementingkan kualiti, menjaga mutu perkhidmatan pelanggan dan rajin tak bertempat. Budaya mereka ni nampak macam bagus, tapi sebenarnya tak sesuai dengan budaya kita sebagai orang Malaysia ni. Kita sudah ada budaya dan identiti kita sendiri, buat apa mahu ikut2 cara mereka.


Lihat sahaja bagaimana khidmat pelanggan di Jepun bila seorang pelancong memerlukan bantuan untuk membeli tiket tren. Tekan sahaja butang bantuan, tiba2 orang ntah dari mana muncul dari belakang kiosk mesin tu. Gila apa? Khidmat pelanggan ni terlalu laju dan pantas! Mana boleh kita tiru cara mereka, takkan kita nak letak orang duduk belakang mesin kaunter tu.


Kita ada budaya dan identiti kita sendiri dalam bidang khidmat pelanggan ni iaitu sikap layback dengan moto "Biar pelanggan bersusah payah, janji aku senang". Contohnya bila aku pergi ke shopping mall, letak kereta di aras 2 bawah tanah. Bila nak balik aku pergi ke autopay machine kat aras B2 ni untuk bayar tiket parking. Masuk tiket, mesin tak terima tiket aku dan tendang balik. Aku tekan butang kat mesin tu yang bertulis "Sila tekan untuk bantuan". Aku tekan, ada suara seorang perempuan keluar, "Ya, ada apa encik?". Aku cakap dengan dia, mesin tak terima tiket dia tendang balik.

Perempuan tu jawab, "Encik naik atas balik bayar kat kaunter di aras G". Ohhh itu memang sangat membantu. Aku ingatkan akan ada orang turun tolong baiki mesin ke apa, rupanya aku kena naik balik. Baiklah tak payah letak butang bantuan tu, tampal je notis kat situ, "Jika tiket tidak diterima atau mesin rosak, sila bayar di mesin lain atau di kaunter", habis cerita. Aku pun takde rasa sakit hati berharap sangat bantuan.

Sebab tu bila aku tulis pengalaman ni kat Facebook, ada ramai orang yang Like, mungkin orang2 yang Like tu semua dah terkena pengalaman yang sama.


Mutu perkhidmatan tu satu hal lah, ni satu lagi pasal perangai orang Jepun ni. Gambar peminat2 bola sepak Jepun mengutip sampah selepas perlawanan Piala Dunia pasukan Jepun menentang Ivory Coast jadi viral pula. Serius, apahal la diorang ni rajin sangat. Dahlah pasukan kalah, nak kutip2 sampah pulak. Diorang ni takde emosi dan perasaan ke? Pasukan dah kalah boleh pulak buat cool kutip2 sampah. Bukannya ada Anugerah Peminat Paling Cemerlang pun.


Budaya sukan bola sepak kita bukan macam ini. Budaya peminat bola sepak kita terutama bila pasukan kita dah kalah adalah tinggalkan sampah sarap merata2, baling botol ke dalam padang, bakar mercun dan suar, bakar kerusi stadium, pecahkan pagar, calarkan kereta, tahan bas pasukan lawan, baling batu, bergaduh bertumbukdan pelbagai lagi budaya kita yang mulia. Kita kenalah beremosi dan tunjukkan perasaan marah dan sedih kita itu.

Samalah juga dengan budaya2 seperti berbahas dan berdebat seperti di parlimen. Bukan budaya kita untukberdebat secara gentleman seperti negara2 maju yang lain. Kita sudah ada budaya kita sendiri seperti kutuk mengutuk, koyak kertas cadangan, buat kapal terbang kertas, tidur sewaktu perbahasan, jerit terpekik terlolong, potong orang cakap, hina orang lain, rendah martabat orang lain, cari kesalahan orang lain, tuduh orang lain dan tunjuk diri siapa paling hebat. Ya itu adalah budaya kita, lagipun itulah yang memang dibawa dan diterapkan oleh para pemimpin kita, maka kita sebagai rakyat bawahan haruslah mencontohi sikap pemimpin2 kita, bukan?



So buat apa kita nak kena ikut budaya orang lain? Kita seharusnya berbangga dengan budaya dan identiti kita sendiri. Lagipun kita kan memang dah selesa sangat untuk kekal sebagai negara membangun sampai kiamat, buat apalah nak berubah jadi negara maju ni.

Gadis Di Potong Tangannya

Gadis Di Potong Tangannya

on 18 APRIL 2010 


Dikisahkan bahawa semasa berlaku kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israil, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T”
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.Sebaik sahaja anak gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil it uterus memotong tangan kanan gadisnya sehingga putus.
Setelah dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah hidup orang kaya itu dengan menarik kembali segala harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang fakir miskin dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke satu rumah.
Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.
Ibu itu sangat tertarik dengan anak gadis itu dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut.
Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila telah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya, oleh kerana anak gadis itu telah kudung dan suaminya tidak tahu bahawa dia itu kudung, ibunya juga telah merahsiakan tentang gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.
Apabila suaminya melihat akan kelakuan isterinya itu maka dia pun berkata “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak bergitu pandai dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukannya dengan tangan kiri”
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.

Dengan tiba-tiba maka terdengar suara berkata dari sebelah pintu “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana kami, maka tidak ada halangan kami memberikan kamu kembali akan tangan kanan kamu itu”
Setelah anak gadis mendengar suara tersebut maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapat tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.
Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud “Sesiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormati aku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T dan sesiapa telah menjadi kemarahan tetamu, maka sesungguhnya dia telah menjadi kemarahan aku, dan sesiapa menjadikak kemarahan aku, sesunguhnya dia telah menjadi murka Allah S.W.T”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat”. 
- See more at: http://hakaluka.blogspot.com/2010/04/gadis-di-potong-tangannya-kisah-benar.html#sthash.80CKacvm.dpuf