Sunday 13 July 2014

Sistem kawalan minyak karburator dan pelarasan enjin

Sistem kawalan minyak karburator


Hanya dua sistem minyak engine kereta yang terdapat pada masa sekarang iaitu sistem karburator dan sistem injektor yang digunakan dalam pembakaran enjin.

Sistem injektor(fuel injection menggunakan pancitan minyak untuk pembakaran Diantara dua sistem ini sistem karburator adalah sistem terawal dan paling banyak digunakan sejak terhasilnya kereta.
Sistem karburator Sistem ini berfungsi dengan menggunakan sebuah alat yang dipanggil karburator dan didalam karburator teletaknya minyak petrol yang ditakungkan pada dasar kebuk karburator.Minyak petrol di dasar inilah juga yang dibawa nelalui paip-paip kecil didalam kebuk karburator untuk digunakan dalam sistem pembakaran enjin.

 Terdapat beberapa kebaikan penggunaan sistem ini.Diantaranya ia amat mudah digunakan dan tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi,berbanding sistem injektor.Sistem minyak menggunakan karburator ini pula amat mudah untuk diselenggara seperti di servis,ditukar alatan dalam(carb kit) dan juga diservis menggunakan carb cleaner.

 Penggunaan carb cleaner ini amat bersesuaian untuk jangkamasa yang pendek tetapi berbaloi kerana carb cleanaer akan membersihkan kotoran dalaman pada paip dalam karburator.Walaupun carb cleaner baru diperkenalkan dalam industri automotif tetapi penggunaannya semakin meluas sebagai pembesih karburator cara cepat dan ringkas.




Keburukan karburator pula ialah ia mudah sumbat kerana paip-paip dalam karburator yang amat kecil salurannya. Karburator juga mudah tidak stabil jika nisbah minyak dan angin yang disesuaikan tidak tepat pada kedudukan 2:1iaitu 2 minyak dan 1 angin.

Terlalu banyak membuka paip angin akan menyebabkan pembakaran susah dilakukan kerana terlalu cepat minyak yang dikeringkan sebelum pembakaran dan menjadikan enjin susah hidup,begitu juga sebaliknya jika minyak yang disesuaikan dalam karburator terlalu tinggi keadaan yang dipanggil 'overflow' akan berlaku.




Antara 10 keadaan yang terjadi bila nisbah 2:1 yang tidak tepat

1)Asap putih yang sedikit kebiruan
2)Enjin tersedak
3)Ekzos mengeluarkan letupan kecil
4)Mengambil masa lama untuk dihidupkan
5)Api yang sangat kecil kelihatan dalam dalam letupan pada ekzos
6)Bunyi seperti gegaran bila pedal minyak ditekan
7)Kereta susah naik bukit dan meletup sekali sekala
8)Enjin semput bila pedal minyak ditekan
9)Kuantiti petrol digunakan semakin bertambah
10)Spark plug cepat rosak dan hitam



Pelarasan enjin




 Pelarasan enjin ataupun biasa dipanggil (engine tuning) adalah mengenai pelarasan minyak dan api dalam pembakaran supaya ia bertindak mengikut kadar yang betul dan seterusnya menstabilkan RPM.

 Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.

 Tuning engine begini juga memerlukan plug,air filter dan kabel plug yang berfungsi dengan baik supaya apa yang dipanggil IDLE enjin dapat dicapai. Untuk mencapai kelajuan RPM pada sekitar 900-1000 adalah amat sesuai untuk engine berjalan dengan baik walaupun ketika aircond dihidupkan.

Pada kebiasaannya tindakan aircond dan kompressor akan menyebabkan RPM engine menurun sekitar 100 RPM.Pada sistem karburator penurunan RPM tersebut akan disesuaikan dengan suis FICD (fast idling control device)aircond yang bertindak mengekalkan RPM pada kadar yang sesuai bila aircond dihidupkan.

FICD


Manakala dalam sistem injection(pancitan minyak) tuning engine dilakukan dengan menggunakan alat diagnose digital (pembaca kod kerosakan) yang perlu ditetapkan kepada jenis-jenis kereta.Alat ini pula berhubung dengan ECU (engine control unit) yang menyesuaikannya pula dengan sistem enjin. Penggunaan alat diagnose begini adalah lebih mudah dan kebanyakan kereta-kereta model sekarang telah dilengkapi dengan sistem ECU yang bertindak melakukan pelarasan engine kepada IDLE ketahap RPM yang lebih stabil.



pembaca kod kerosakan 



Pada sesetengah kereta yang menggunakan sistem karburator terdapat adjustment screw (skru pelarasan) pada karburator yang boleh dipusingkan untuk menaikkan RPM seperti kebanyakan pada kereta Malaysia seperti Kancil dan Wira.


















Skru pelarasan minyak betul-betul dibelakang karburator boleh dipusingkan sedikit untuk membantu RPM yang terlalu rendah dan boleh dilakukan sendiri oleh pengguna kereta sebelum berjumpa mekanik untuk melakukan keseluruhan engine tuning.



 Terdapat juga skru pelarasan minyak sedemikian pada sistem injector yang boleh dipusingkan sementara supaya RPM adapat ditinggikan sementara.Skru yang terletak diatas throttle body injector Wira boleh dipusingkan sedikit untuk RPM pada 1000 semula.Jika menghadapi kesulitan seperti asap yang hitam dan RPM yang sedikit-sedikit menaik hendaklah merujuk kepada mekanik.

No comments:

Post a Comment