tengok...camana kita
terpedaya...
~ copy paste ~
Selama ni sy igt lambang A sopan. rupanya bukan.
SUNNAH YANG DITINGGALKAN!!
Selama ni sy igt lambang A sopan. rupanya bukan.
SUNNAH YANG DITINGGALKAN!!
Assalamualaikum wbt.
Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz
saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap
saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada
ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz
belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di
situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah
yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya
ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus
ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang
alim.
Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung
pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis
pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz
mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar
tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang.
Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini?
(sambil membuat lambang A)”
Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf
Al-Qaradawi terkejut.
“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding
tangan kepada ustaz saya.
“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang
Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”
Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau,
itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi
tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini
adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar
syeikh.
“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada
menggunakan lambang A itu?”
“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan
seperti lambang . Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”
Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.
Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang
lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar
nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak
sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.
Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan
daripada Allah
No comments:
Post a Comment