Saturday 10 May 2014

KISAH NAZAR MAKAN MUNTAH ANJING

KISAH NAZAR MAKAN MUNTAH ANJING
KISAH MUNTAH ANJING

kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah (SAW) di mana terdapat seorang hamba Allah ini di uji dengan satu penyakit yang amat berat dan kritikal, Pelbagai usaha dan iktiar yang dilakukan oleh Hamba Allah ini untuk merawat penyakit yang dihidapinya, namun hasilnya tetap sia-sia.

Suatu hari, Hamba Allah ini telah bernazar kepada Allah Swt dengan berkata , "sekiranya penyakit aku ini dapat Engkau sembuhkan Ya Allah, Aku bernazar kepadamu, akan aku telan muntah anjing sebagai nazarku".

Dipendekkan cerita, Allah itu maha kaya, hajat dan permintaan hamba Allah ini telah tuhan makbulkan, dan sebagai mana janjinya pada Allah sebelum dia sembuh dahulu, maka dia harus mencari muntah anjing untuk dimakan dan ditelan sebagai bayarannya kepada janji yang pernah dia lafazkan sebelum ini. tibalah masanya Hamba Allah ini pergi mencari anjing untuk mencari muntahnya, terlihat sahaja anjing dihadapan matanya, belum sempat anjing itu muntah, hamba Allah ini telah termuntah terlebih dahulu.

Hamba Allah ini kebingunggan, lalu dia mengadap Rasulullah SAW untuk memberitahu akan masalahnya, Lalau baginda bertanya kepada dia, "apakah hajatmu itu sudah terlaksana??", jawab lelaki itu sudah terlaksana, maka mudah sahaja jawapan dari Baginda SAW, "laksanakanlah nazarmu".

Akhirnya Rasulullah SAW telah menasihatkan lelaki itu supaya pergi mencari rumah orang yang tidak bersolat, dan minumlah air dari lelehan bumbung rumahnya ketika hujan turun sebagai pengganti kepada Nazar yang telah engkau lafazkan iaitu memakan muntah anjing.

Gambaran yang jelas dari cerita ini adalah, Rasulullah SAW menggambarkan kepada kita,sekiranya seseorang itu tidak melakukan solat sepertimana yang telah disyariatkan oleh agama, maka perumpamaan air lelehan dari bumbung rumah orang yang tidak menunaikan solat ini, sama tarafnya dengan muntah yang keluar dari mulut seekor anjing.

Manusia sekarang agak janggal dan berasa malu bila hendak melakukan amal kebaikan, namun tidak pula merasa malu dan pelik pula untuk melakukan kejahatan dan maksiat

No comments:

Post a Comment