CBP juga dikenali sebagai VAT (value added tax) atau cukai nilai ditambah di kebanyakan negara adalah cukai pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan.
CBP dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit. Walaupun CBP dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana cukai input boleh ditolak oleh perniagaan di langkah seterusnya dalam rantaian bekalan.
CBP adalah cukai kepenggunaan yang meluas meliputi semua sektor ekonomi iaitu semua barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan diimport kecuali barang dan perkhidmatan tertentu yang dikategorikan di bawah perintah pembekalan berkadar sifar dan perintah pembekalan dikecualikan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disiarkan dalam Warta.
Asas utama CBP adalah ciri-ciri kawalan kendiri (self-policing) yang membolehkan perniagaan untuk menuntut kredit cukai input mereka secara automatik dalam sistem perakaunan mereka. Ini memudahkan prosedur-prosedur pentadbiran bagi pihak Kerajaan dan juga peniaga. Oleh itu, sistem penyampaian Kerajaan dapat dipertingkatkan lagi.
Kita perlu membayar cukai supaya kerajaan boleh membiayai pembangunan sosio ekonomi termasuk menyediakan infrastruktur, pendidikan ,penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara dan lain-lain.
"Sejak beberapa dekad yang lalu, telah menjadi trend di seluruh dunia untuk memperkenalkan sistem CBP berperingkat. Hari ini, hampir 90% penduduk dunia hidup dalam negara dengan CBP, termasuk China, Indonesia, Thailand, Singapura dan India.
Kemaskini : 15/2/2013 23:49
CBP dilevi dikenakan dicaj ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam menjalankan atau meneruskan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.
Pembekalan bercukai adalah pembekalan yang berkadar standard atau berkadar sifar. Manakala pembekalan dikecualikan dan di luar skop bukan pembekalan bercukai. CBP akan dilevi dan dikenakan ke atas nilai pembekalan.
CBP hanya boleh dilevi dan dikenakan jika perniagaan itu berdaftar. Sesuatu perniagaan tidak bertanggungjawab untuk didaftarkan jika nilai pusingan tahunan pembekalan bercukai tidak mencapai nilai ambang yang ditetapkan. Oleh itu, perniagaan itu tidak boleh mengenakan dan memungut CBP atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggan mereka. Bagaimanapun, perniagaan boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.
Hampir semua negara mengenakan cukai pendapatan iaitu peratusan daripada pendapatan individu atau keuntungan perniagaan. Kerajaan juga boleh mendapatkan hasil dengan mengenakan cukai ke atas pengilangan atau jualan barang seperti cukai jualan dan duti eksais. CBP adalah salah satu kaedah memungut cukai yang lebih baik daripada yang lain.
Kemaskini : 15/2/2013 23:08
CBP bukan baru
Konsep di sebalik CBP dicipta oleh pegawai cukai Perancis pada tahun 1950-an. Di beberapa negara, CBP dikenali sebagai VAT, atau Cukai Nilai Ditambah. Hari ini, lebih daripada 150 negara, termasuk Kesatuan Eropah dan negara-negara Asia seperti Sri Lanka, Singapura dan China telah melaksanakan percukaian dalam bentuk ini. Kira-kira 90 peratus daripada penduduk dunia tinggal di negara-negara yang telah melaksanakan VAT atau CBP.
Berikut adalah beberapa kadar cukai negara-negara di seluruh dunia yang telah melaksanakan CBP atau VAT.
Sejarah Percukaian di Malaysia
Di Malaysia, sistem percukaian kita melibatkan beberapa jenis cukai tidak langsung:
Duti Import
- Ke atas barang yang dibawa masuk ke dalam negara
Duti Eksport
- Ke atas barang yang dibawa keluar Negara
Cukai Jualan
- Ke atas sebilangan besar barang pada masa import atau pada peringkat pengilangan dengan 2 kadar cukai iaitu 5% dan 10%.
Cukai Perkhidmatan
- Ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh restoran, hotel, telekomunikasi, perkhidmatan professional oleh arkitek, jurutera, peguam dan lain-lain.
Duti Eksais
- Ke atas barang tertentu seperti kenderaan, minuman keras, beer dan produk tembakau.
CBP akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Cukai kepenggunaan Semasa
a) Cukai jualan
Cukai jualan diperkenalkan pada 29 Februari 1972 sebagai cukai kepenggunaan seperingkat yang dilevi dan dikenakan ke atas barang yang dikilang di Malaysia dan barang yang diimport.
Kadar cukai jualan semasa adalah seperti berikut:
- Kadar dikurangkan iaitu 5% ke atas barang makanan dan bahan binaan.
- Kadar am 10%.
- Kadar spesifik ke atas produk petroleum.
Pelesenan cukai jualan
Pengilang barang yang jumlah jualan tahunan RM 100,000.00 dan ke atas dikehendaki dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan. Pengilang yang jumlah jualan tahunan kurang RM 100,000.00 perlu memohon sijil pengecualian daripada perlesenan.
Skop cukai
Cukai jualan dilevi ke atas barang pengilangan tempatan semasa barang dijual atau dilupus oleh pengilang. Ia dipanggil cukai seperingkat kerana ia dikenakan sekali sahaja sama ada di peringkat input atau output.

b) Cukai Perkhidmatan
Cukai perkhidmatan diperkenalkan pada 1 Mac 1975 sebagai cukai kepengunaan seperingkat yang dilevi dan dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu oleh orang kena cukai di Malaysia. Pada masa ini kadar cukai perkhidmatan adalah seperti berikut:
- Kadar sama rata 6%
- Kadar spesifik untuk kredit kad ( RM 50.00 mulai Januari 2010)
Pelesenan
Mana-mana orang dalam perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bercukai di tempat/establismen yang ditetapkan dikehendaki dilesenkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan berdasarkan nilai ambang berikut:
Nilai ambang | Perkhidmatan bercukai |
Tiada nilai ambang | a. Hotel yang mempunyai lebih 25 bilik (Kumpulan A)
b. Restoran, bar, snek bar, rumah kopi yang terletak di dalam hotel yang mempunyai lebih 25 bilik (kumpulan B1)
c. Kelab malam, dewan tari, kabarate, pusat kesihatan, rumah urut yang diluluskan dan rumah beer (kumpulan D)
d. Semua jenis polisi insurans untuk perniagaan
e. Perkhidmatan telekomunikasi
f. Perkhidmatan pelepasan barang dari kawalan kastam
g. Perkhidmatan perakaunan, pengauditan oleh akauntan swasta
h. Perkidmatan perundangan oleh firma guaman
i. Perkhidmatan kejuruteraan oleh jurutera bertauliah
j. Perkhidmatan arkitek oleh firma arkitek
k. Perkhidmatan mengukur oleh juru ukur berlesen
l. Perkhidmatan khidmat nasihat oleh konsultan
m. Perkhidmatan pengurusan oleh syarikat pengurusan
n. Kad kredit/caj pengeluaran kad kredit |
Perolehan jualan tahunan RM 150,000.00 dan ke atas | Perkhidmatan yang diberikan oleh kumpulan professional di bawah kumpulan G
a. Penyediaan tempat letak kereta
b. Penyediaan perkhidmatan kiriman cepat
c. Penyediaan pusat servis dan pusat membaiki kenderaan bermotor
d. Penyediaan pengawal keselamatan atau security orang lain oleh agensi persendirian
e. Penyediaan perkhidmatan pekerjaan oleh agensi persendirian |
Perolehan jualan tahunan RM 300,000.00 dan ke atas | a. Restoran, bar snek bar, rumah kopi yang terletak di dalam hotel yang mempunyai 25 bilik/kurang (kumpulan B2)
b. Perkhidmatan yang disedikan oleh kelab golf (kumpulan E)
c. Perkhidmatan yang disedikan oleh hospital swasta (kumpulan F)
d. Perkhidmatan kereta sewa dan pandu/kereta dengan/tanpa pemandu ( kumpulan G)
e. Perkhidmatan pengiklanan oleh agensi pengiklanan ( kumpulan G) |
Perolehan jualan tahunan RM 3,000,000.00 dan ke atas | Restoran, bar, snek bar, rumah kopi yang terletak di luar hotel termasuk food court (kumpulan C) |
Skop cukai
Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan seperti di dalam jadual kedua Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.
Bagaimana cukai perkhidmatan dikenakan

Negara yang Melaksanakan CBP atau VAT
Kemaskini : 28/10/2013 14:06
Senarai Negara yang melaksanakan GST
- Sehingga kini, terdapat 160 negara di serata dunia yang telah melaksanakan VAT/GST.
Berikut adalah bilangan negara mengikut rantau.
No. | Region | No. of Country |
1 | ASEAN | 7 |
2 | Asia | 19 |
3 | Europe | 53 |
4 | Oceania | 7 |
5 | Africa | 44 |
6 | South America | 11 |
7 | Caribbean, Central & North America | 19 |
- Daripada 160 negara, lapan negara adalah bukan Negara Anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB):
1. Azores 2. Taiwan 3. Faroe Islands 4. Isle of Man 5. Jersey 6. Kosovo 7. Madeira; and 8. Niue
- Bilangan Negara Anggota PBB adalah 193 dan daripada 193, hanya 41 Negara Anggota tidak melaksanakan VAT/GST, seperti berikut:

- Negara yang baru melaksanakan VAT/GST (sejak 5 tahun yang lepas) adalah:

- Negara yang menuju ke arah sistem VAT/GST:
→ Afghanistan, Bahamas, Bhutan, Kiribati, Kepulauan Marshall, Micronesia, Palau, Sao Tome dan Principe, Syria → Majlis Kerjasama Negara-Negara Arab Teluk (Bahrain, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Oman dan Emiriah Arab Bersatu) → China & India – untuk mewujudkan sistem GST yang seragam
- Senarai terperinci adalah dilampirkan.







-
Kemaskini : 15/2/2013 23:56
CBP dicadang untuk menggantikan cukai penggunaan semasa iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST). Pengenalan CBP adalah sebahagian daripada pembaharuan cukai Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem percukaian sedia ada.
CBP telah dibuktikan satu sistem cukai yang lebih baik kerana ia lebih berkesan, cekap, telus dan mesra perniagaan dan boleh merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya saing dalam pasaran global.
CBP berkebolehan menjana sumber hasil yang lebih stabil kepada negara kerana ia kurang dipengaruhi turun naik ekonomi.
Adalah penting untuk menggantikan SST sedia ada dalam usaha untuk mengatasi kelemahan yang wujud seperti cukai berperingkat, bertindih, pemindahan harga dan nilai pindah, tiada pelepasan lengkap barang dieksport, menggalakkan integrasi menegak, kerenah birokrasi pentadbiran, isu-isu klasifikasi dan lain-lain.
Pelbagai manfaat bahawa CBP boleh menawarkan kepada pengguna perniagaan dan Malaysia adalah:
Meningkatkan taraf hidup
Hasil daripada CBP boleh digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan dan institusi kesihatan, infrastruktur pendidikan dan kemudahan awam untuk meningkatkan lagi taraf hidup.
Mengurangkan kos perniagaan
Di bawah sistem semasa, sesetengah perniagaan membayar cukai berganda dan kadar cukai di tahap yang lebih tinggi kerana berlakunya cukai atas cukai (cukai bertindih). Dengan CBP, perniagaan bermanfaat kerana boleh mendapatkan balik cukai input atas bahan mentah dan perbelanjaan yang ditanggung, dan seterusnya mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
Pembangunan negara
CBP adalah satu kaedah yang lebih baik dan cekap. Lebih banyak dana boleh disalurkan ke dalam projek-projek pembangunan negara untuk kemajuan ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.
Keadilan dan kesaksamaan
CBP dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.
Meningkatkan sistem penyampaian
CBP akan ditadbir dalam persekitaran sistem elektronik dan boleh mempercepatkan sistem penyampaian, terutamanya bagi tuntutan bayaran balik. Ini menjadikan ia lebih cepat, cekap dan boleh dipercayai.
Meningkatkan daya saing global
Harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada global kerana tidak dikenakan CBP dan CBP yang ditanggung ke atas input boleh didapatkan semula di sepanjang rantaian pembekalan. Ini akan memperkukuhkan industri eksport negara dan membantu negara untuk lebih maju.
Meningkatkan pematuhan
SST mempunyai banyak kelemahan yang menyukarkan pentadbiran. Sistem CBP mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri (self-policing) dan dengan ini akan mempertingkatkan pematuhan.
Mengurangkan kerenah birokrasi
SST berkehendakkan peniaga memohon kelulusan bahan bebas cukai dan pengecualian khas untuk harta alih. Kehendak ini tidak perlu di bawah CBP dan perniagaan boleh offset CBP ke atas input dalam penyata mereka.
Harga adil kepada pengguna
CBP menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding SST.
Lebih telus
CBP adalah lebih telus kerana pengguna akan tahu sama ada barang atau perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.
Bagaimana CBP Dilaksanakan
Kemaskini : 18/2/2013 8:55
Perniagaan yang membuat pembekalan bercukai perlu berdaftar di bawah CBP jika nilai pusing tahunan mereka telah melebihi nilai ambang yang ditetapkan. Hanya orang berdaftar boleh mengena dan memungut CBP ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan bercukai yang dibuat olehnya. CBP dikenakan ke atas nilai atau harga jualan produk. Jumlah CBP yang ditanggung ke atas input (cukai input) boleh ditolak daripada jumlah CBP yang dikenakan (cukai output) oleh orang berdaftar.
Jika jumlah cukai output adalah lebih daripada cukai input dalam tempoh bercukai yang berkaitan, perbezaan itu hendaklah diremitkan kepada Kerajaan. Bagaimanapun, jika cukai input adalah lebih daripada cukai output, perbezaan akan dipulangkan oleh Kerajaan.
Apa yang anda perlu buat
CBP menghendaki perniagaan-perniagaan yang telah melebihi nilai ambang yang ditetapkan untuk berdaftar dan menyimpan rekod cukai input dan output. Perniagaan ini melaporkan tanggungan mereka di dalam tempoh tertentu yang dipanggil tempoh bercukai.
Kaji bahagian-bahagian berikut untuk memahami tanggungjawab dan kewajipan sebagai orang berdaftar CBP.
- Pendaftaran perniagaan
- Mengeluarkan invois cukai
- Perakaunan untuk CBP
- Mengemukakan penyata CBP
- Mekanisma kredit cukai input
- Tuntutan bayar balik CBP
- Pembayaran CBP
- Kesalahan-kesalahan
- Semakan semula dan rayuan
1. Mendaftar perniagaan
Langkah pertama untuk bersiap sedia untuk CBP adalah mendaftar untuk nombor pendaftaran CBP. Anda perlu pastikan samada anda dikehendaki untuk berdaftar atau memilih untuk berdaftar secara sukarela. Seseorang yang perniagaannya mempunyai nilai pusingan tahunan melebihi RM500,000 bertanggungan untuk berdaftar CBP. Seseorang itu termasuk individu, pemilik tunggal, pengkongsian, syarikat, pemegang amanah, pertubuhan, estet, kesatuan, kelab persatuan atau mana-mana pertubuhan termasuk jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan yang terlibat di dalam perniagaan yang membuat pembekalan bercukai di Malaysia.
Nilai pusingan bercukai tahunan boleh ditentukan berdasarkan salah satu daripada berikut:
- Jumlah pembekalan bercukai bulan semasa dan sebelas (11) bulan sebelumnya, atau
- Jumlah pembekalan bercukai bulan semasa dan jangkaan sebelas (11) bulan seterusnya.
Adalah perlu untuk menentukan jenis pendaftaran yang terbaik untuk perniagaan anda:
- Pendaftaran secara sukarela
- Pendaftaran kumpulan
- Pendaftaran cawangan/bahagian
Pembatalan Pendaftaran
Permohonan bagi pembatalan pendaftaran perniagaan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh berlakunya keadaan-keadaan berikut:
- Perniagaan telah ditamatkan
- Tidak lagi memenuhi syarat-syarat pendaftaran
Pendaftaran Secara Sukarela
- Seseorang yang membuat pembekalan bercukai dan nilai pusingan bercukai tahunannya RM 500,000 dan ke bawah tidak dikehendaki berdaftar. Bagaimanapun anda boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela. Pendaftaran secara sukarela di benarkan tetapi hendaklah kekal berdaftar sekurang-kurangnya bagi tempoh dua (2) tahun.
- Setelah berdaftar, mereka perlu mengena dan memungut CBP ke atas pembekalan bercukai dan pada masa yang sama berhak untuk mendapat tuntutan kredit cukai input dan layak untuk mendapat kemudahan-kemudahan yang disediakan di bawah perundangan CBP.
Pendaftaran Kumpulan
Pendaftaran kumpulan adalah satu kemudahan yang membenarkan beberapa syarikat untuk berdaftar sebagai satu kumpulan dan memusatkan pentadbiran mereka untuk tujuan pengakaunan CBP. Setiap syarikat hendaklah didaftarkan secara berasingan sebelum mereka boleh berdaftar dan setiap syarikat hendaklah membuat pembekalan bercukai sepenuhnya.
Syarat-syarat untuk pendaftaran kumpulan
- Syarikat-syarikat adalah layak untuk pendaftaran kumpulan jika satu syarikat mengawal satu syarikat lain. Satu syarikat dianggap mengawal syarikat lain jika syarikat yang pertama itu memegang secara langsung, atau tidak secara langsung melalui subsidiari atau bersama-sama secara langsung atau tidak langsung melalui subsidiari, lebih dari 50% modal saham yang dikeluarkan oleh syarikat kedua.
- Seorang anggota hendaklah dicalonkan oleh kumpulan untuk menjadi anggota wakil kumpulan.
- Pembekalan bercukai yang dibuat oleh atau kepada anggota kumpulan hendaklah dikira sebagai pembekalan oleh atau kepada anggota wakil kumpulan.
- Pembekalan di antara anggota kumpulan tidak diambilkira sebagai pembekalan.
- Setiap anggota kumpulan adalah perlu menyimpan rekod dengan sempurna kerana mereka bertanggungan secara bersesama dan berasingan.
Pendaftaran Cawangan/Bahagian
Orang kena cukai yang menjalankan perniagaannya di dalam beberapa cawangan atau bahagian atas permohonan dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan, boleh berdaftar di atas nama cawangan atau bahagian tersebut. Kemudahan ini disediakan untuk orang kena cukai yang mempunyai beberapa unit pengakaunan kendiri untuk mendaftar setiap unit secara berasingan untuk CBP.Setiap cawangan/bahagian akan diberikan nombor pendaftaran CBP secara berasingan dan mengemukakan penyatanya sendiri. Bagaimanapun orang kena cukai kekal bertanggungan ke atas semua tanggungan CBP untuk semua cawangan/bahagian.
2. Mengeluarkan invois cukai
Apabila anda mengenakan CBP, adalah perlu untuk mengeluarkan invois cukai yang mengandungi amaun CBP dan harga pembekalan secara berasingan. Invois cukai mesti dikeluarkan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari setelah masa pembekalan. Maklumat yang mesti ditunjukkan di dalam invois cukai:
- Perkataan ‘invois cukai’ di tempat yang ketara;
- Nombor siri invois cukai;
- Tarikh pengeluaran invois cukai;
- Nama (atau nama perdagangan), alamat dan nombor pengenalan CBP pembekal;
- Nama dan alamat orang yang menerima pembekalan barang atau perkhidmatan;
- Diskripsi barang atau perkhidmatan yang dibekalkan;
- Kuantiti atau jumlah barang atau perkhidmatan yang dibekalkan contohnya berapa liter petrol, berapa kilo daging atau berapa jam buruh;
- Apa-apa diskaun yang ditawarkan;
- Jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk cukai, kadar cukai dan jumlah cukai dikenakan ditunjukkan secara berasingan;
- Jumlah amaun kena dibayar termasuk jumlah cukai dikenakan.
Ketua Pengarah Kastam boleh, atas permohonan, membenarkan invois cukai berbeza dari di atas sama ada dari segi maklumat di dalam invois cukai atau jenis invois cukai yang berbeza iaitu invois cukai dipermudah.
Invois Cukai Dipermudah
Invois cukai dipermudah tidak mengandungi semua butiran seperti dalam invois cukai standard dan tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Kastam. Invois cukai dipermudah boleh digunakan oleh orang berdaftar untuk menuntut ITC dengan syarat nilai invois (termasuk CBP) tidak melebihi RM500.00. Ketua Pengarah Kastam boleh membenarkan invois cukai dipermudah dikeluarkan mengandungi maklumat seperti berikut:
- Nama (atau nama perdagangan), alamat dan nombor pengenalan CBP pembekal;
- Tarikh invois dikeluarkan;
- Nombor siri invois;
- Diskripsi barang atau perkhidmatan yang dibekalkan;
- Jumlah amaun kena dibayar termasuk jumlah cukai yang dikenakan; dan
- Untuk setiap kadar cukai yang dikenakan, amaun kena dibayar, termasuk cukai dan kadar cukai dikenakan.
3. Pengakaunan untuk CBP
Umumnya, setiap orang kena cukai hendaklah mengakaun CBP berdasarkan pengakaunan pada asas terakru (invois) iaitu setiap cukai output dan cukai input perlu diakaun dan dituntut berdasarkan pada masa invois dikeluarkan atau diterima.
Bagaimanapun terdapat kategori orang kena cukai dibenarkan mengguna pengakaunan pada asas bayaran (tunai). Kemudahan ini boleh diberi kepada perniagaan yang menjalankan aktiviti mereka hanya dengan asas bayaran tunai.
Setiap rekod perniagaan dan pengakaunan yang berkaitan dengan transaksi CBP perlu disimpan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam tempoh tujuh (7) tahun.
4. Mengemukakan Penyata CBP
Penyata CBP hendaklah dikemukakan ke pejabat CBP tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai.
Tempoh bercukai adalah jurang masa yang tetap yang mana orang kena cukai adalah bertanggungan untuk mengakaun dan membayar CBP kepada Kerajaan. Tempoh bercukai standard adalah berasaskan suku tahun. Bagaimanapun orang berdaftar boleh memohon untuk diberikan tempoh bercukai yang lain (bulanan atau setiap enam (6) bulan) tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Kategori | Tempoh | Syarat-syarat |
Tempoh bercukai standard | Tiga bulan |
- Perolehan bercukai tidak melebihi RM5 juta
|
Tempoh bercukai tidak standard | Satu bulan |
- Perolehan bercukai melebihi RM5 juta
- Atas permintaan dan tertakluk kepada kelulusan
|
Enam bulan |
|
5. Mekanisma kredit cukai input
Perniagaan perlu mengena dan memungut CBP atas setiap pembekalan barang dan perkhidmatan kepada pengguna. Hanya perniagaan yang berdaftar CBP boleh mengena dan memungut CBP. Perniagaan ini dibenarkan untuk menuntut apa-apa amaun CBP yang telah dibayar untuk input perniagaan secara offset terhadap cukai output.
- Lebihan cukai output hendaklah dibayar kepada kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Di dalam keadaan jumlah cukai input tidak boleh diperolehi secara keseluruhan, perniagaan tersebut boleh membuat tuntutan bayar balik dari kerajaan.
Nota:
- Tempoh masa maksima cukai input itu boleh dituntut adalah enam tahun dari tarikh pembekalan.
- Kredit cukai input tidak boleh dituntut ke atas input disekat seperti CBP dibayar ke atas motokar penumpang, yuran kelab, premium insuran perubatan dan kemalangan peribadi, perbelanjaan perubatan, faedah keluarga, perbelanjaan hiburan kepada seseorang selain daripada pekerja.
- Kaedah pengagihan perlu digunakan apabila orang kena cukai yang membuat pembekalan bercampur.
6. Tuntutan bayar balik CBP
Tuntutan bayar balik cukai input boleh dibuat secara offset dengan CBP, duti kastam dan eksais yang belum dibayar. Bayaran balik akan dibuat kepada penuntut dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja untuk tuntutan yang dikemukakan secara eletronik atau dua puluh lapan (28) hari jika tuntutan dikemukakan secara manual.
7. Pembayaran CBP
Jika cukai output melebihi cukai input, perbezaan tersebut perlu dibayar kepada Kerajaan bersama-sama penyata CBP tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai. Pembayaran di atas talian adalah melalui:
- Bank (akan dilantik).
- Kemudahan internet.
Pembayaran secara manual
- Pembayaran melalui cek/ deraf bank/ kiriman wang perlu dibuat atas nama Ketua Pengarah Kastam dan dihantar ke::
Ketua Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kompleks Kastam Kelana Jaya No.22 Jalan SS6/3 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor
- Bayar di mana-mana kaunter pejabat CBP dari 8.00am – 5.00pm atau dengan menggunakan perkhidmatan bank yang dilantik.
8. Kesalahan
Penalti boleh dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan seperti berikut:
- Apa-apa kekurangan pada cukai bersih yang perlu dibayar .
- Tidak mengemukakan penyata CBP.
- Penyata CBP dikemukakan dengan tiada atau kurang bayaran;
- Apa-apa bayaran balik yang dituntut secara tidak benar
- Kegagalan untuk berdaftar.
9. Semakan semula dan rayuan
Mana-mana individu yang terkilan dengan keputusan pegawai CBP boleh memohon untuk semakan semula kepada Ketua Pengarah Kastam dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pemberitahuan keputusan. Selain dari itu dia juga boleh membuat rayuan terus kepada Tribunal Rayuan CBP dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan yang dipertikaikan. Orang kena cukai boleh membentangkan kes rayuannya sendiri atau melantik mana-mana pihak membentangkan kes rayuan bagi pihaknya. Prosiding perbicaraan akan dijalankan secara tertutup melainkan kedua-dua pihak bersetuju untuk perbicaraan secara terbuka.
Bagaimana CBP dikenakan dan dipungut di peringkat pemborong untuk pembekalan berkadar standard:
Pembekalan Berkadar Standard
Pengiraan CBP di semua peringkat rantaian untuk pembekalan berkadar sifar:
Tingkat Pembekalan | Harga Jualan (termasuk CBP 4%) | Bayaran pada Kerajaan |
Pemborong | Harga Jualan = RM100.00
CBP = RM0.00
Jumlah Harga Jualan = RM100.00 | CBP dipungut = RM0.00
Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM0.00 |
Peruncit | Harga Jualan = RM125.00
CBP = RM0.00
Jumlah Harga Jualan = RM125.00 | CBP dipungut = RM0.00
Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM0.00 |
Nota:
- Dalam contoh di atas, pembekalan oleh pemborong adalah pembekalan berkadar sifar. Tiada CBP dikutip oleh pemborong pada jualan kepada pengguna tetapi dia berhak untuk menuntut semua CBP input ke atas overhead, jentera dan pembungkusan.
- Bagaimanapun, bagi ilustrasi di atas, input lain diabaikan. Harga akhir pengguna perlu membayar RM125.00 (tiada CBP).
Kemaskini : 11/11/2013 12:48
Pembekalan berkadar standard adalah barang dan perkhidmatan yang dikenakan CBP pada kadar standard. CBP dipungut oleh perniagaan dan dibayar kepada Kerajaan. Mereka boleh menuntut kembali kredit pada input mereka. Jika cukai input mereka adalah lebih besar daripada cukai output, mereka boleh menuntut kembali perbezaan tersebut.
Bagaimana CBP dikenakan dan dipungut di peringkat pemborong untuk pembekalan berkadar standard:

Pengiraan CBP di semua tingkat rantaian untuk pembekalan berkadar standard:
Tingkat Pembekalan | Harga Jualan (termasuk CBP 6%) | Bayaran pada Kerajaan |
Pembekal bahan mentah | Harga Jualan = RM50.00
CBP = RM3.00
Jumlah Harga Jualan = RM53.00 | CBP dipungut = RM3.00
Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM3.00 |
Pengilang | Harga Jualan = RM100.00
CBP = RM6.00
Jumlah Harga Jualan = RM106.00 | CBP dipungut = RM6.00
Tolak: CBP dibayar =RM3.00
CBP dibayar = RM3.00 |
Pemborong | Harga Jualan = RM125.00
CBP = RM7.50
Jumlah Harga Jualan = RM132.50 | CBP dipungut = RM7.50
Tolak: CBP dibayar =RM6.00
CBP dibayar = RM1.50 |
Peruncit | Harga Jualan = RM156.00
CBP = RM9.36
Jumlah Harga Jualan = RM165.36 | CBP dipungut = RM9.36
Tolak: CBP dibayar =RM7.50
CBP dibayar = RM1.86 |
Pembekalan Berkadar Sifar
Kemaskini : 15/2/2013 23:12
Ini adalah bekalan yang dikenakan cukai yang tertakluk kepada kadar sifar. Perniagaan adalah layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperolehi bekalan ini, dan mengenakan CBP pada sifar kadar kepada pengguna
Bagaimana CBP berfungsi pada bekalan berkadar sifar:

Bagaimana CBP berfungsi di peringkat pemborong pada pembekalan berkadar sifar:
Pengiraan CBP di semua peringkat rantaian untuk pembekalan berkadar sifar:
Tingkat Pembekalan | Harga Jualan (termasuk CBP 4%) | Bayaran pada Kerajaan |
Pemborong | Harga Jualan = RM100.00
CBP = RM0.00
Jumlah Harga Jualan = RM100.00 | CBP dipungut = RM0.00
Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM0.00 |
Peruncit | Harga Jualan = RM125.00
CBP = RM0.00
Jumlah Harga Jualan = RM125.00 | CBP dipungut = RM0.00
Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM0.00 |
Nota:
- Dalam contoh di atas, pembekalan oleh pemborong adalah pembekalan berkadar sifar. Tiada CBP dikutip oleh pemborong pada jualan kepada pengguna tetapi dia berhak untuk menuntut semua CBP input ke atas overhead, jentera dan pembungkusan.
- Bagaimanapun, bagi ilustrasi di atas, input lain diabaikan. Harga akhir pengguna perlu membayar RM125.00 (tiada CBP).
Kemaskini : 15/2/2013 23:13
Ini adalah pembekalan tanpa cukai yang tidak tertakluk kepada CBP. Perniagaan tidak layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperolehi bekalan ini, dan tidak boleh mengenakan cukai output kepada pengguna.
Bagaimana CBP berfungsi pada pembekalan dikecualikan:

Bagaimana CBP berfungsi pada pembekalan dikecualikan oleh penyedia perkhidmatan:
Pengiraan CBP pada pembekalan yang dikecualikan:
Tingkat Pembekalan | Harga Jualan (termasuk CBP 6%) | Bayaran pada Kerajaan |
Pembekal bahan mentah | Harga Jualan = RM50.00
CBP = RM3.00
Jumlah Harga Jualan = RM53.00 | CBP dipungut = RM3.00
Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM3.00 |
Pengilang | Harga Jualan = RM100.00
CBP = RM6.00
Jumlah Harga Jualan = RM106.00 | CBP dipungut = RM6.00
Tolak: CBP dibayar =RM3.00
CBP dibayar = RM3.00 |
Penyedia Perkhidmatan | Harga Jualan = RM129.00
CBP = RM0.00
Jumlah Harga Jualan = RM129.00 | CBP dipungut = RM0.00
Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM0.00
|
|
|
Kemaskini : 15/2/2013 23:14
CBP hendaklah dilevi dan dikenakan ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam menjalankan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.
Pembekalan bercukai adalah pembekalan yang berkadar standard atau berkadar sifar. Pembekalan dikecualikan dan di luar skop bukanlah pembekalan bercukai.
CBP akan dilevi dan dikenakan pada nilai pembekalan.
CBP hanya boleh untuk dilevi dan dikenakan jika perniagaan itu didaftarkan di bawah CBP. Sebuah perniagaan tidak perlu didaftarkan jika nilai pusingan untuk pembekalan pembekalan bercukai tidak mencapai nilai ambang yang ditetapkan. Oleh itu, perniagaan itu tidak boleh mengena dan memungut CBP ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggan mereka.
Layanan CBP ke atas Perkhidmatan Kerajaan
Kemaskini : 15/2/2013 23:59
Pembekalan yang dibuat oleh Kerajaan secara umumnya dianggap sebagai pembekalan di luar skop. Tiada CBP akan dikenakan ke atas pembekalan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan oleh hospital dan klinik, perkhidmatan pendidikan untuk sekolah rendah dan menengah termasuk pendidikan tinggi, pengeluaran pasport oleh Jabatan Imigresen, pengeluaran lesen dan permit oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain.
Rasional:
- Untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan objektif ekonomi Kerajaan.
- Untuk mengekalkan status quo pada penyediaan perkhidmatan Kerajaan.
Pembekalan kerajaan tertakluk kepada CBP
Pembekalan tertentu seperti bekalan air oleh Kerajaan Negeri dan perkhidmatan pengiklanan oleh RTM akan tertakluk kepada CBP kerana sifat komersial perkhidmatan ini.
Pembekalan oleh badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan
Pembekalan yang dibuat oleh Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan akan tertakluk kepada CBP kecuali pembekalan berkenaan berbentuk pengawalseliaan dan penguatkuasaan seperti mengeluarkan lesen dan permit dan sebagainya.
|
|
Bagaimanapun, perniagaan boleh memohon untuk didaftarkan secara sukarela.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment