Tuesday 22 April 2014

SOALAN UJIAN NAK MASUK MAINTENANCE KAT TEMPAT SAYA

SOALAN UJIAN NAK MASUK TEMUDUGA MAINTENANCE KAT TEMPAT SAYA


Inilah soalan mudah yang saya sediakan sebelum saya tanya soalan yang lebih berat. Kadang tu pelik juga, soalan mudah macam ni pun budak yang ada PW2, PW4 pun tak leh jawab... confius katanya. Ada yang kata dah lama tinggal.. ingat-ngat lupa  (patutnya dua kali ingat, 1 kali lupa oklah tu tapi tak jugak!).

Ada gak yang baru keluar dari pusat latihan, dia bawa dia punya modul pembelajaran yang dipelajari, kita pun tanyalah berdasarkan modul yang di ambil, ada pulak yang jawab, modul tu ada aje, tapi cikgu (tenaga pengajar) tak sentuh pun bab tu. pindah pulak ke modul lain... pun sama jawapan... hai macam-macam takkan kat pusat latihan tu belajor yang simple nooo. Saya tengok ada kawan saya tu belajor kat pusat latihan gak, tapi mengong kepala dia.

Ada gak yang katanya kerja air con dah beberapa tahun... saya mintaklah dia terangkan sikit cara air con bekerja(berfunsi) , ataupun paling senang dalam bentuk lukisan. Apa yang dilukis.... gambar meter dua biji, dia kata ini meter gas panas dan ini meter gas sejuk....  lain pada tu dia tak tahu, apa tau cu cakap ikut je... Alahai sabo ajelah...

Setakat saya buat soalan ini, saya pernah tanya seorang budak yang dapat menjawab dengan baik soalan saya ni, "susah ke soalan saya buat ni?" . "taklah... ini soalan asas aje, alah senang aje bang!".. Senang pulak!, tapi kenapa ada tak reti nak jawab? entahlah....

Satu cara saya buat sekarang ni, sebelum saya kemukakan senarai soalan tu, saya tanya dulu tahap pendidikan dalam bidang teknikal (terutama elektrik), kalau dia kata bidang lain (mekanikal misalnya) saya akan tanya hal yang berkaitan dengan apa yang dia tahu. Ada juga nak kencing, bila kita tanya dia terdiam pulak... he he he.. terus teranglah dalam temuduga, orang yang bertanya tu kebanyakkan dah lama kena darah tinggi dah, makan garam banyak sangat, so fahamlah ye... Kalau agakan saya dia boleh menjawab, baru bagi kalau tak... kalau tak dan ada saingan, bye bye ajelah...!






















No comments:

Post a Comment