Wednesday 23 April 2014

PROJECT : AUTOMATIK WATER PUMP


AUTOMATIC WATER PUMP


Projek ini adalah atas inisiatif kami sendiri untuk memudahkan kerja. Biasalah, kami akan bagi cadangan kepada asst. manager yang jaga, so soalan yang biasa dia tanya adalah "agak2 berapa kos". Bagi taulah anggaran dibawah RM2,000.00.

Anggaran kasar komponen :

Water pump 1 unit@RM500.00 (Hitachi) = RM500.00
Float switch 3 unit @rm40.00                  = RM120.00
Flow switch 3/4" 2 unit @RM185.00        = RM370.00
paip poly (sirim) 150m @RM2.00            = RM300.00
24H Timer (Hager) 2 unit @rm100.00      = RM200.00

TOTAL                                                 = RM1490.00

Itu komponen wajib aje, yang lain tu ada stok, so tak kisah sangat. So anggaran RM2,000.00 berbaloilah, bila semua kerja dah jadi auto, cuma apa yang sedang berlaku dipaparkan pada pilot lamp aje. Nak buat troubleshoot pun senang....


Melihat kepada gambrajah diatas, terdapat dua(2) tangki yang perlu di pamkan air dari tangki utama yang terletak ditingkat 1. Dua tangki tersebut terletak diatas ceiling iaitu kira-kira 15 kaki dari tangki utama. Masalah yang timbul adalah kedua-dua tangki diatas selalu selalu kekeringan air, aliran air dari pembekal air adalah lambat disebabkan kedudukannya agak tinggi dan paip yang sudah bermasalah. 

Tiada pilihan, pengisian perlu dibuat dengan menggunakan paip bomba. Ianya perlu dibuat secara manual. Air akan ditutup apabila parasnya telah melimpah, dapat dikesan melalui air yang keluar dari paip 'overflow'. Setelah aduan ketiadaan air dibuat, masa untuk air boleh digunakan apabila parasnya sesuai adalah menjangkau hingga 30 minit. Ketiadaan staff yang bertugas juga melambatkan lagi pemulihan bekalan air. 

Amat diharapkan, dengan berjayanya projek ini, air tangki sentiasa diisi apabila parasnya turun, tiada lagi pembaziran air akibat dari overflow dan juga bekalan air yang berterusan dapat dipastikan. Yang pentingnya ianya automatik.


INILAH GAMBARAJAH TANGGANYA



INILAH KOTAKNYA



INILAH KOMPONENNYA
(dalam kotak diatas)


Komponen lain... dah lekat pada paip. 

No comments:

Post a Comment