Tuesday 12 August 2014

Siri 2 – Pemecatan TSKI
Jauh perbezaan antara Tun M memecat Anwar Ibrahim dari umno dan PKR memecat TSKI dari PKR
1. TUN Mahahthir pecat anwar Ibrahim adalah Tindakan beliau seorang diri
2. Anwar Ibrahim pecat TSKI melalui mesyuarat
Alasan Memecat
1. Tun Mahathir menuduh Anwar Ibrahim berkelakuan salah-laku, buruk akhlak bersumberkan tuduhan dalam buku 51 dalil kenapa Anwar Ibrahim tidak boleh jadi Perdana Menteri
2. PKR pecat TSKI kerana laporan hutang berpuluh juta tetapi telah dilangsaikan sekelip mata.
Kemunasabahan memecat
1. TIDAK MUNASABAH Anwar Ibrahim dipecat hanya alasan bersumberkan dari buku
2. MUNASABAH PECAT TSKI dipecat bersumberkan dokumen Bank
Membantah pemecatan
1. Anwar Ibrahim bantah pemecatan beliau kerana semua cerita dalam buku tersebut adalah fitnah. Dan mempertahankan maruah dirinya, sebagai pemimpin Islam, keluarga,BUKAN JAWATAN. Setelah beliau diseretkan ke Makamah saksi, bukti pula amat meragukan
2. Amat jelas TSKI membantah kerana mempertahankan Jawatan Menteri Besar yang ada kuasa, wang dan mungkin ada tawaran atau ugutan sebab BERHUTANG
Kehairanan
1. Anwar Ibrahim dipecat, tiada rakan parti umno dari kalangan Menteri AMT atau ahli umno berjawatan tinggi yang ada pangkat, kuasa dan mempunyai perniagaan.membela beliau. TV dan akhbar mengutuk beliu habis-habisan
2. TSKI dipecat juga tidak ada pembelaan dari rakan parti yang berjawatan tinggi yang ada pangkat, kuasa TETAPI TSKI dibela oleh musuh politik, iaitu UMNO dan TV dan Akhbar membela dan memuji beliau. Sebelumnya TV dan Akhbar mengutuk beliau.
LATAR BELAKANG SEBELUM DIPECAT
1. Anwar Ibrahim tiada hutang yg tidak mampu dibayar
2. TSKI mempunyai hutang yang besar dan dikhuatiri tidak mampu bayar
1. Tiada tanda-tanda membelot kepada parti Umno
2. TSKI telah memperlihatkan tanda-tanda orang yang yang akan membelot pada Partinya PKR
Sebab-sebab tersirat pemecatan
1. Anwar Ibrahim dipecat kerana wujud golongan yang irihati kemaraan Anwar Ibrahim akan Jadi Perdana Menteri
2. TSKI dipecat kerana bahaya kepada market politik PKR dan Pakatan Rakyat. Dibimbangi TSKI akan belot atau jika beliau dibiarkan kekal jawatan MB musuh politik akan mainkan Isu utk melemahkan PKR dan Pakatan Rakyat.
KESIMPULAN
HUTANG mengonkong Kemerdekaan Berfikir dan berjiwa sensitive pada hukum syarak kepada golongan pejuang . Bila mereka diugut atau ditawarkan tentang hutangnya mereka berrisiko menggadaikan prinsip perjuangan atau melanggar hukum-hakam syarak.

No comments:

Post a Comment