Monday, 21 July 2014

#MH17: Ada Pihak Cuba Sembunyikan Sesuatu?

#MH17: Ada Pihak Cuba Sembunyikan Sesuatu?

DONETSK, Ukraine: Puak pemisah Pro-Rusia di timur Ukraine menemui objek yang didakwa kotak hitam milik pesawat Malaysian Airline MH17 yang terhempas dan kumpulan tersebut bersedia untuk menyerahkannya kepada pasukan penyiasat antarabangsa.
Borodai berkata mayat yang dialihkan daripada tapak nahas akan disimpan di dalam peti sejuk dalam gerabak kereta api yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian sehinggalah pasukan yang terdiri daripada pakar tiba.
200 mayat (exact figure 183) telah dipindahkan ke bandar Torez, dalam 9 kilometer dari tempat kejadian. Puak pemisah simpan dalam gerabak sejuk beku di stesen kereta api bandar berkenaan. Ada 113 mayat lagi masih dicari.
Pemantau dari OSCE
“Kami tidak boleh menunggu lebih lama, kerana cuaca panas dan terlalu banyak anjing dan binatang buas di kawasan tersebut,” katanya.*
Borodai mengesahkan sudah menghubungi 12 pakar dari Malaysia untuk pengurusan mayat mangsa nahas MH17. Borodai juga mengesahkan mayat-mayat yang berjaya dikumpul tidak akan di bawa ke Kiev.
Beliau mengesahkan kotak hitam berada dalam simpanan kumpulannya dan hanya akan menyerahkannya kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO.
JIKA dilihat dari tindak tanduk puak pemisah ini, nampak seperti Ukraine yang sebenarnya cuba sembunyikan sesuatu. Ini kerana Kerajaan Ukraine selalu mengeluarkan kenyataan yang menuduh puak pemisah dan Russia yang menembak MH17. 
Besar kemungkinan puak pemisah menyimpan bukti untuk menunjukkan yang mereka tidak bersalah. Maksudnya disini mereka hanya memberikan bahan bukti kepada mereka yang berhak sahaja.
95% firasat mengatakan puak pemisah ada strategi untuk menyelamatkan diri dan kenakan balik Kerajaan Ukraine. Maka tersepit lagilah nampaknya Malaysia.
Andaikata puak pemisah mampu membuktikan ini semua kerja terancang yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu seperti Ukraine/US, mampukah Malaysia nak bercakap benar dan terbuka? 
Terdapat laporan yang mengatakan foto-foto yang menunjukkan bekas asap peluru berpandu SA-11 telah diambil berdekatan bandar Snizhne, timur Ukraine sebelum pesawat MH17 jatuh terhempas.
Itulah sebab ada kesan geseran peluru berpandu pada serpihan bangkai pesawat MH17
Dalam catatan sejarah, Ukraine pernah tembak jatuh pesawat milik Siberia ketika pesawat Siberia Airlines 1812 tersebut melintasi ruang udara Ukraine.
Ukraine pada awalnya tidak mengaku dan mahu Russia menuduh pejuang pembebasan Chechen. Namun, setelah disiasat, rupa-rupanya Ukraine yang menembak jatuh pesawat tersebut menggunakan Buk Missile Launcher S-200 milik mereka. Ketika itu, Ukraine telah menembak jatuh Flight Siberia 1812 tersebut pada ketinggian 36000 altitud. Jauh lebih tinggi berbanding altitud MH17 yang hanya berada pada paras 33000.
Tidak terfikirkah anda apabila pesawat MH17 jatuh terhempas, Ukraine dengan sepantas kilat keluarkan kenyataan menuduh Pro-Russian Separatist (PRS) yang menembak jatuh pesawat tersebut dan menyatakan kononnya Ukraine tidak memiliki Buk Missile dan tidak mampu menembak setinggi 33000 altitud.
Sumber : my-media-hub

No comments:

Post a Comment