Peralatan Kerja
a) ‘Shearing machine -untuk memotong logam yang nipis
b) ‘Goggle’ -untuk melindungi mata
c) ‘Spark lighter’ -untuk menyalakan api
d) Logam -sebagai bahan kerja
e) ‘Welding rod’ -sebagai bahan kerja
f) ‘Tee screw’ -untuk membuka gas
g) A’cetylene cylinder’/’Oxygen cylinder;
i - regulator -untuk mengagihkan gas
ii - ‘tank pressure gage’ -untuk menunjukkan bacaan tekanan pada balang
iii - ‘line pressure gage’ -untuk menunjukkan bacaan tekanan yang
akan digunakan
iv - ‘welding torch’ -untuk mengimpal
v - ‘cutting torch’ -untuk memotong
vi - ‘torch tip’ -sebagai muncung untuk mengimpal atau memotong
vii - ‘hose’ -untuk menyambungkan regulator kepada ‘torch’
viii - ‘cylinder cap’ -untuk mengeluarkan gas oksigen dan acetylene
g) Troli -untuk meletakkan balang ooksigen dan acetylene
h) Rantai -untuk mengikat balang agar tidak jatuh
i) Pembaris -untuk mengukur
j) Sesiku L’ -untuk membuat garisan lurus bersudut 900
k) Penanda -untuk menandakan garisan
l) Perengguh(playar) -untuk mengepit besi panas
Aktiviti-aktiviti yang di jalankan
- Memotong besi
1) Bagi memulakan aktiviti mengimpal, logam kerja perlu disediakan.
2) Kepingan logam diukur pada saiz 100mm x 100mm
3) Dengan menggunakan ‘shearing machine’, kepingan di potong
4) Antara peralatan yang digunakan semasa aktiviti ini ialah sesiku L, penanda, dan pembaris.
II) Asas kimpalan gas oxyacetylene tanpa rod besi
1) Ambil kepingan logam yang telah dipotong tadi dan pastikan ia bebas daripada kotoran, minyak, gris dan sebagainya.2) Dengan menggunakan penanda dan pembaris, beberapa garisan di tandakan di atas kepingan logam tadi3) Dalam aktiviti ini kami perlu memastikan bahawa ‘welding torch’ berada pada sudut 450 daripada permukaan logam
4) Proses pengimpalan perlu di lakukan dengan mengggunakan api neutral
5) Cara untuk mengimpal ialah dengan memanaskan kepingan logam tadi sehingga merah dan kelihatan cecair pada permukaan logam6) Tolakkan cecair itu tadi ke kanan atau ke kiri di sepanjang logam mengikut pegangan anda pada ‘welding torch’, sama ada menggunakan tangan kanan atau kiri.7) Lakukan sehingga ke hujung permukaan logam.8) Setelah habis, acetylene di tutup dahulu dan di ikuti oleh oksigen9) Sebagai tambahan air sabun perlu di gunakan untuk menguji semua sambungan. Jika terdapat sebarang kebocoran, ketatkan dengan menggunakan spanarIII) Asas kimpalan gas oxyacetylene dengan menggunakan rod besi /batang pengisi1) Ulangi langkah 1-52) Celupkan batang besi tadi kedalam cecair putih tadi dan gerakkan ‘torch’ kehadapan sesudah mencelupkan logam tadi3) Biasanya batang pengisi yang digunakan adalah dari jenis yang sama dengan kepingan logam yang telah digunakan. Ini adalah kerana takat lebur antara satu bahan dengan bahan yang lain adalah berbeza4) Ulangi langkah 2 sehingga selesai5) Ulangi langkah 8-9
IV) Mengendalikan stesen kimpalan gas oxyacetylene
a) Cara memasang alat-alat kimpalan gas 1) Balang-balang oksigen dan acetylene diletakkan diatas troli, dan perlu diikat dengan kemas dengan menggunakan rantai besi2) Sedikit gas dikeluarkan bagi membersihkan injap. Injap di buka dan di tutup dengan menggunakan ‘Spidle key’3) Gunakan kunci ‘spidle’ untuk membuka gas dan laraskan ‘Tee screw’ sehingga gas keluar. ‘Tee Screw’ di longgarkan bagi menutup gas. Dengan ini injap regulator dapat di bersihkan
4) Ulangi langkah 2 dan 3 bagi balang acetylene
5) Getah oksigen mempunyai kod warna biru atau hitam dan getah acetylene berwarna merah
6) Pasangkan kedua-dua getah pada alator masing-masing
7) Sedikit gas dikeluarkan bagi membersihkan kekotoran yang terdapat didalam getah8) Ambil ‘blow pipe’ dan pasang getah oksigen pada bahagian berbenang kanan (right hand thread) dan getah acetylene pada bebenang kiri (left hand thread). Dengan cara ini kemalangan dapat di elakkan kerana apabila oksigen dan acetylene berpadu dan di tambah dengan kehadiran api, maka letupan akan berlaku.
9) Gunakan ‘tip’ yang sesuai untuk di pasang pada ‘blow pipe’
b) Jenis-jenis api dan cara melaraskannya
i) Api neutral
ii) Api oksidisinga) Semasa keadaan ini gas-gas bercampur dengan kadar yang sama.b) Digunakan untuk menyambung berbagai-bagai jenis logam.c) Mula-mula acetylene dibuka sedikit dan pasangkan api dengan menggunakan ‘spark lighter’. Setelah api menyala, oksigen di buka dan campurkan ia pada kadar yang sama sehingga 2 kon terbentuk.
a) Digunakan untuk memotong logam dan mengimpal sebahagian besar logamb) Kadar oksigen adalah lebih berbanding acetylenec) Cara untuk menghidupkan api adalah sama seperti api neutral, cuma apa yang perlu di lakukan ialah meniggikan kadar acetylene, dan kemudian melaraskan oksigen sehingga kelihatan 2 kon terbentuk dengan kon di dalam adalah lebih tajam.d) Api oksidising biasanya berwarna biru.
iii) Api carburising
a) Digunakan untuk memanaskan logam.b) Kadar acetylene adalah lebih berbanding oksigen.c) Cara membukanya adalah sama, dan kemudian acetylene di berasap. Oksigen pula di buka dan dilaraskan sehingga kelihatan 3 jenis kon.d) Api amat mudah di kenali kerana 3 konnya.
- Dalam melakukan aktiviti ini kita dapat mempelajari mempelajari teknik-teknik yang betul dalam mengendalikan mesin-mesin kimpalan di bengkel.
- Pendedahan meluas oleh instrutor berpengalaman seperti En.Aziz adalah sangat terperinci memudahkan bagi kami melakukan aktiviti ini sendiri dengan mudah.
- Walaubagaimanapun, kekurangan peralatan menyebabkan pelajar terpaksa bergilir-gilir mengunakan alat kimpalan, menyebabkan tidak banyak aktiviti dapat dijalankan.
- Pendedahan yang di berikan dapat membantu pelajar dalam memahami mata pelajaran ini.
- Aktiviti ini boleh dimajukan lagi dengan menyediakan modul atau buku khas sebagai panduan kepada pelajar-pelajar tentang aktiviti yang dijalankan kerana bagi kimpalan gas ia adalah sangat banyak peralatan yang perlu diketahui, ini menyebabkan kami susah untuk mengingati apa yang hendak disampaikan oleh instruktor.
- Dengan itu maka pelajar akan lebih serius dan bersedia untuk melakukan aktiviti yang dijalankan.
Kimpalan adalah salah satu cara untuk menyambungkan 2 keping logam dan biasanya melalui proses pemanasan. ‘Manufactures’ menggunakan kaedah ini untuk membuat berbagai-bagai jenis bahan antaranya kereta, peralatan rumah, dan perabot. Sektor pembinaan pula menggunakannya dalam membuat bangunan, menyambungkan komponen-komponen, jambatan dan sebagainya. Walaupun terdapat lebih daripada 60 ‘welding’ proses, namun ‘welding’ boleh di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu;
- ‘fusion welding’contohnya ‘arc welding’, ‘resistance welding’ dan ‘gas welding’.
- ‘solid-state bonding’ contohnya ‘deformation bonding dan ‘diffusion bonding’.
- ‘brazing and soldering digunakan dalam industri elektronik.
‘Gas weld’ menggunakan tenaga haba yang tinggi daripada ‘gas torch’ untuk menyambungkan dua logam. ‘Gas weld’ yang sering di gunakan ialah acetylene dicampurkan dengan oksigen.Acetylene adalah gas yang tak berwarna yang di gunakan dalam proses ‘ welding’ dan untuk membuat bahan kimia yang lain. Formula kiminya adalah C2H2. Acetylene akan menyebabkan letupan apabila bercampur dengan udara. Jadi oleh sebab itu bebenang yang mengikat oksogen dan bebenang yang mengikat acetylene adalah berbeza. Ini adalah sebagai salah satu dari langkah kselamatan dan dalam hal ini kita tidak akan tersilap dalam memasang getah pada alator. Disamping itu oksigen dan juga acetylene mempunyai kod warna yang berlainan di mana kod warna bagi oksigen ialah hitam dan biru dan acetylene pula ialah warna merah ataupun meronAcetylene yang bercampur dengan oksigen akan menghasilkan api di mana suhunya boleh mencapai 33160C. api yang terhasil di kenali sebagai ‘oxyacetylene ‘ dan ia di gunakan untuk mengimpal dan memotong logam. Di dalam memotong nisbah yang di perlukan bagi acetylene berbanding oksigen ialah 1:4, manakala dalam mengimpal pula ialah 1:2.Acetylene di simpan di dalam silinder di bawah tekanan yang tinggi. Jika tidak di simpan dengan baik ia akan menyebabkan acetylene meletup. Acetylene tidak akan dapat di simpan dengan selamat pada tekanan 15 psi (0.1 MPa). Oleh itu acetylene akan dicairkan dengan ‘acetone’ dalam silinder khas. Silinder ini mengandungi 300 ft3 (9 m3) gas pada tekanan 250 psi (1.7 MPa).
No comments:
Post a Comment