tergelak gak baca...
Jangan ikut budaya dan sikap orang Jepun
Lihat sahaja bagaimana khidmat pelanggan di Jepun bila seorang pelancong memerlukan bantuan untuk membeli tiket tren. Tekan sahaja butang bantuan, tiba2 orang ntah dari mana muncul dari belakang kiosk mesin tu. Gila apa? Khidmat pelanggan ni terlalu laju dan pantas! Mana boleh kita tiru cara mereka, takkan kita nak letak orang duduk belakang mesin kaunter tu.
Kita ada budaya dan identiti kita sendiri dalam bidang khidmat pelanggan ni iaitu sikap layback dengan moto "Biar pelanggan bersusah payah, janji aku senang". Contohnya bila aku pergi ke shopping mall, letak kereta di aras 2 bawah tanah. Bila nak balik aku pergi ke autopay machine kat aras B2 ni untuk bayar tiket parking. Masuk tiket, mesin tak terima tiket aku dan tendang balik. Aku tekan butang kat mesin tu yang bertulis "Sila tekan untuk bantuan". Aku tekan, ada suara seorang perempuan keluar, "Ya, ada apa encik?". Aku cakap dengan dia, mesin tak terima tiket dia tendang balik.
Perempuan tu jawab, "Encik naik atas balik bayar kat kaunter di aras G". Ohhh itu memang sangat membantu. Aku ingatkan akan ada orang turun tolong baiki mesin ke apa, rupanya aku kena naik balik. Baiklah tak payah letak butang bantuan tu, tampal je notis kat situ, "Jika tiket tidak diterima atau mesin rosak, sila bayar di mesin lain atau di kaunter", habis cerita. Aku pun takde rasa sakit hati berharap sangat bantuan.
Sebab tu bila aku tulis pengalaman ni kat Facebook, ada ramai orang yang Like, mungkin orang2 yang Like tu semua dah terkena pengalaman yang sama.
Mutu perkhidmatan tu satu hal lah, ni satu lagi pasal perangai orang Jepun ni. Gambar peminat2 bola sepak Jepun mengutip sampah selepas perlawanan Piala Dunia pasukan Jepun menentang Ivory Coast jadi viral pula. Serius, apahal la diorang ni rajin sangat. Dahlah pasukan kalah, nak kutip2 sampah pulak. Diorang ni takde emosi dan perasaan ke? Pasukan dah kalah boleh pulak buat cool kutip2 sampah. Bukannya ada Anugerah Peminat Paling Cemerlang pun.
Budaya sukan bola sepak kita bukan macam ini. Budaya peminat bola sepak kita terutama bila pasukan kita dah kalah adalah tinggalkan sampah sarap merata2, baling botol ke dalam padang, bakar mercun dan suar, bakar kerusi stadium, pecahkan pagar, calarkan kereta, tahan bas pasukan lawan, baling batu, bergaduh bertumbukdan pelbagai lagi budaya kita yang mulia. Kita kenalah beremosi dan tunjukkan perasaan marah dan sedih kita itu.
Samalah juga dengan budaya2 seperti berbahas dan berdebat seperti di parlimen. Bukan budaya kita untukberdebat secara gentleman seperti negara2 maju yang lain. Kita sudah ada budaya kita sendiri seperti kutuk mengutuk, koyak kertas cadangan, buat kapal terbang kertas, tidur sewaktu perbahasan, jerit terpekik terlolong, potong orang cakap, hina orang lain, rendah martabat orang lain, cari kesalahan orang lain, tuduh orang lain dan tunjuk diri siapa paling hebat. Ya itu adalah budaya kita, lagipun itulah yang memang dibawa dan diterapkan oleh para pemimpin kita, maka kita sebagai rakyat bawahan haruslah mencontohi sikap pemimpin2 kita, bukan?
So buat apa kita nak kena ikut budaya orang lain? Kita seharusnya berbangga dengan budaya dan identiti kita sendiri. Lagipun kita kan memang dah selesa sangat untuk kekal sebagai negara membangun sampai kiamat, buat apalah nak berubah jadi negara maju ni.
No comments:
Post a Comment