penindasan anak yatim semasa berlangsungnya satu majlis
makan
malam melibatkan orang kenamaan.
Siapa sangka sampai macam begitu sekali orang kenamaan
mengherdik anak yatim ini. Jika tak mampu nak prihatin atau
jaga
diorang, janganlah menyusahkan diorang. Berdosa. Apa pun
bacalah
perkongsian yang amat menyedihkan di bawah ini:
Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan
Majlis
Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di
hotel
Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak
kami
dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun
semuanya
berakhir tidak seperti yang dijanjikan. Bermula sekitar 3
minggu
sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke
rumah kami.
Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan
melalui
wakil kami En. Pitry Datuk Bahrim yang beliau sangat sibuk
jadualnya
dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang
sahaja. Di situ
saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan
bersangka
baik, beliau mungkin ada banyak urusan. Maka, kami kompromi
untuk
menyesuaikan diri kami mengikut masa Datuk ini.
Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam
majlis yang
bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan
yang mana
mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan
majlis
malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir.
Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga
pertemuan lain
yang diaturkan juga ditangguh dan dan dibatalkan tanpa notis
atau
dengan notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat
persiapan sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progress
latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan.
Lebih dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata
ON pun
tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali
anak-anak
menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam kerana Si
Datuk
janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem cuti
sekolah
gara-gara acara ini.
Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Datuk yang
memetik
nama Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak
memainkan lagu “Minta Sedeqah” yang bertajuk “Tolong Kami”
dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Anak-anak kami
sudah
kami didik untuk tidak meminta-minta. Furqan mereka
mengatakan,
adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk
mereka
mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang
mahu mengutip derma, bukan kita.
Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka sedang pada
ketika
ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena. Bukanlah
kami ini
sombong kerana tidak meminta derma. Tetapi kami lebih suka
berbuat
sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh
memberi
dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan
kerana kami
meminta-minta.
Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk
pemeriksaan
latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama
composer,
mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah
apa-apa,
kesemuanya dibatalkan tanpa notis.
Kehadiran terakhir Dato’ ini beberapa hari sebelum majlis
membawa
titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu Yayasan terkini
oleh Dato’ Siti
Nurhaliza yang bernada tinggi kerana beliau tidak dapat
hadir. Hancur
suara anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam
termasuk vokalis utama. Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin
tahunan
kami kepada anak-anak kami tergendala sepanjang 3 minggu
untuk
latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak ditepati oleh
munafik ini.
PADA PETANG MAJLIS Program rehearsal protokol adat istiadat
dan
latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi
ditunda jam
1 ptg. Itupun tertangguh lagi. Lagu “Ampuni kami” yang
diminta telah
dibatalkan. Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan
majlis
kerana mereka belum bersedia untuk beristighfar lagi
agaknya.
Lagu “Tema Yayasan” yang membuatkan anak-anak demam dan
pecah suara turut dibatalkan. Yang diminta ialah lagu “Minta
sedekah”. Itu pun di’trimmed’ menjadi 3 ++ minit dengan
versi mereka,
bukan versi yang kami latih anak-anak. Segalanya harus
dirombak
semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji untuk latihan
secara
live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi
rakaman
minus-one yang entah apa-apa.
Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan
seorang
penyanyi India. Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri
memerhati
penyanyi Diva berlatih.
Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak
perlu
berlatih dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi? Lagu
diubah
senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih
dibatalkan
semuanya. Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama
okestra.
Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak bagi. Datuk
menjanjikan
3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan
persiapan anak-
anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan.
Makan pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia
juga telah
disediakan. Datuk juga dengan yakin menjanjikan meja anak
yatim di
barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan. Anak-anak
ini akan
diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu. Nama majlis itu
sendiri adalah
untuk meraikan anak-anak yatim kononnya.
Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12
tengahari
untuk mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan
mesyuarat protokol pada jam 1 petang. Kami diingatkan untuk
tidak
lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol
Istana
sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL
janji
untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..!
Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana. Pada
ketika ini,
kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Datuk yang
menjadi
individu pengatur kami di sana gagal dihubungi. Telefon
tidak
berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga
beliau
sendiri muncul pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu
anak-anak sudah
kelaparan dan bergelimpangan atas lantai tepi tandas.
Anak-anak diberikan satu rakaman dan memaksa mereka ikut
rentak
baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua kena
ubah
semula. Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat
protokol dan
juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja.
Dengan
Datuk masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang
DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini menjadi gelandangan di tepi tandas
lobi
bawah berhadapan dengan ballroom yang mewah.
Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel
kesemuanya
terlampau mahal untuk kami beli. Bilik yang dijanjikan juga
tiada,
menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi
gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6
petang
untuk waktu rehearsal yang BARU.
Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set
sofa untuk
kami 35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi
sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua
sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain.
Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di
lobi itu dan
mencemar pandangan ‘orang-orang tertentu’. Tambahan pula
lobi itu
menjadi persiapan satu parti sosial yang macam “sial”
lucahnya.
Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara
dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat
yang
bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya?
Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas
lantai.
Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah
Pengasih Warga Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang
dahulu
adalah usahawan yang berjaya. Sekadar Shangri-La bukanlah
sebuah
hotel yang asing pada beliau.
Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta
yang
ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk
pembangunan
Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi
“co-founder”
yang lainnya. Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di
lantai dek
kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh
3
minggu.
Salah seorang dari co-founder mencadangkan kepada beliau
untuk
balik dan tidak beserta dalam program makan malam yayasan
itu. Dr.
Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah juga. Tetapi kerana
hormat
akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem Beraja,
beliau
telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu.
Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada
siapa yang
kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin
ini
menjadi gelandangan di situ. Tiada yang prihatin untuk tanya
sudah
makan ataupun belum. Perut anak-anak sudah berkeroncong.
Setelah
pasti tiada lunch dari Dato’ penganjur yang tidak nampak
muka, kami
terpaksa menghantar wakil untuk mencari makanan luar.
Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk
mencari
makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak. Dalam
menunggu makanan itu sampai, Datuk dari Yayasan itu
tiba-tiba
muncul. Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus
meluru
kepada anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak
tanya
dah makan ke belum? Dah dapat bilik ke belum?.
Beliau hanya memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk
persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh
sekali
meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang
jelas
dilihat terbaring di lantai penjuru dinding itu. Jam 5
petang kami
diberikan 2 bilik kecil. Sebaik saja kami anak beranak mula
makan
makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30
petang
baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan
bermula
jam 6 petang.
Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil keputusan
hanya
anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain
cukup alas
perut makanan yang telah dibeli. Jelaslah satu pembuktian
dari
sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang
‘perutnya’
sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain.
Minta
maaf diberikan lebih kurang sahaja. Mungkin malu YANG AMAT
BESAR
lalu mereka berdua tidak berani berhadapan dengan
co-founder,
sampai kami pulang.
KONFLIK REHEARSAL Sebelum makan malam, sesi rehearsal
bersama
combo DBKL hampir dibatalkan kerana kesuntukan masa. Mereka
dahulukan latihan seorang anak India, Jamal dan Jaclin
Victor sampai
lancar. Dengan tegas kami katakan kami dipanggil untuk
rehersal dan
tidak diberi peluang langsung.
Kami akan tinggalkan majlis kerana tidak mahu mengorbankan
maruah
anak-anak kami untuk membuat persembahan tanpa latihan.
Akhirnya
anak-anak diberi peluang untuk mencuba. Alhamdulillah
latihan agak
lancar biarpun Cuma sekali. Padahal anak-anak ramai yang
DEMAM
dan KEPENATAN, terutama sekali anak perempuan kami yang
tidak
boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan secara tak
langsung
membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh mereka
yang sedang tidur itu.
Mereka sudah diajar tentang aurat itu bukan sekadar BALUT
tetapi
menutupi dan juga postur yang nampak dan menggamit aura.
Apapun,
prinsip kami adalah untuk melakukan apa sahaja dengan
bersungguh
sungguh. Memang kami didik anak anak kami untuk mendaulatkan
Raja. Atas alasan itu juga kami teruskan persembahan dengan
bersungguh sungguh walaupun tidak dilayan seperti yang
dijanjikan
sejak menjejak kaki di hotel pagi itu.
Jika ini jemputan komersial biasa, pasti kami sudah
tinggalkan sahaja
majlis itu. MALAM MAJLIS Kami jenuh menenangkan anak-anak
kami
yang terkurung awal dalam dewan, asyik bertanya kenapa
maghrib itu
tidak solat berjemaah macam biasa? Mereka juga pelik kerana
dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi dinding
HUJUNG dewan.
Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2 sekolah
tahfiz di
sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan “VVIP” kami di
sebelah
dapur. Hiasan bunga di atas meja juga tidak sama. Menu makanan
yang sepatutnya menu masakan Cina pada malam itu tetapi yang
sampai ke meja anak-anak “VVIP” majlis hanyalah “makanan
gorengan
mudah” dan tidak ditambah apabila habis.
Mujur kami didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam
menjamah.
Seorang sudah terbiasa ambil satu dan tidak lebih. Tetapi
kami sempat
jeling meja anak-anak tahfiz dan yatim yang lain di sebelah
kami yang
licin tak berbaki. Ada anak tahfiz yang baru 9 tahun umurnya
mengatakan masih lapar. Sebak kami mendengarnya kerana
mereka
juga senasib dengan kami dan kami juga rasa ia tidak
mengenyangkan
anak-anak kami. Malang bagi mereka kerana murobbi mereka
tidak
ada bersama untuk membela.
Majlis yang dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu
menyaksikan
seolah-olah satu pertunjukan fesyen pula. Anak-anak kami
yang
diletak di belakang asyik bertanya..> “Ayah, ayah… boleh
ke makcik tu
pakai tudung baju ketat begitu?” pakai tudung tapi dada
terbelah
begitu? “Boleh ke pakai sopan tapi kain terbelah sehingga ke
pangkal
paha?” “Kenapa pakaian Makcik itu terbelah di belakang”… Dan
macam-macam lagi soalan yang terpaksa kami jawab kepada
anak-
anak kami. Baik juga kerana boleh kami tunjukkan mana baik
dan
mana yang buruk.
Pada kami, ia seperti satu penghinaan kepada seorang ketua
Agama
Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis berpakaian
secara
jahilliyah. Duduk sahaja Sultan dan Sultanah, seorang MC
wanita
membuka tirai program dengan mempersilakan sebuah tarian
kebudayaan persembahan JKKN. Hati kami terdetik, di manakah
daulat
Ketua Agama Islam apabila disambut dengan tarian kebudayaan
dan
sepanjang aturcara sehingga pulang tiada langsung doa
dibacakan.
Kami berbaik sangka lagi, mungkin kerana berkompromi dengan
kira-
kira 10-20% tetamu beragama lain. Di dalam ucapan Datuk Wira
yang
juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah
Haminah,
beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun
yang
lalu. Kami mendengar dengan khusyuk. Pastinya dalam program
yang
singkat, beliau memberikan highlight kepada program yang
paling
besar sahaja.
Antara program yang dinyatakan ialah seperti;
1. Lawatan ke rumah anak yatim
2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak
yatim
3. Sunat beramai-ramai (50 orang) Dengan kutipan derma
berjumlah
RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir
Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani
katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan
belanja lebih dari RM100,000. Jika di”lajak”kan sekalipun
mungkin
boleh cecah RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang
diperolehi.
Kami tak mahu menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami
tinggalkan satu persoalan di sini. Dalam ucapan Datuk Wira,
beliau
membacakan banyak hadith tentang anak-anak yatim. Antaranya
adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak yatim. Namun bagi
kami,
mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada meninggikan
suara
kepada anak-anak yatim. Apabila hak asas mereka mendapat
makanan
itu juga dinafikan, kami kira itu lebih dari satu herdikan
halal seorang
guru kepada muridnya. Kedudukan meja VVIP yatim, Jenis
makanan
berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan tengahari
yang
dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat.
Yang paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi
anak-
anak yatim semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami
tidak
pasti untuk apa. Sejak 8 tahun dengan residen seramai 109
orang,
kami di RPWP jalankan usaha dengan cara berpuasa. Semua co-
founder mengeluarkan dana dan tenaga sendiri mentadbir rumah
ini.
Mungkin pada malam itu, sebahagian pegawai Yayasan memandang
kami yang MENGIRING ini sama seperti mereka yang mendapat
faedah
dari kutipan tetapi di sebalik itu mereka mungkin tidak
Nampak, Dr
Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah menubuhkan RPWP
sebaliknya terus menjadi fakir. Begitu juga co-founder yang
lain.
Semuanya korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak
mengharap derma untuk menjalankan program harian kami. Kami
sedar, mereka rupanya tidak cukup atau mungkin tiada anak
yatim di
bawah naungan mereka.
Anak-anak kami diwajibkan memakai badge Yayasan dan dengan
itu
ucapan Datuk Wira boleh memberikan highlight kepada Sultanah
yang
di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak
yatim.
Pengacara Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan
penempatan untuk anak-anak kami kerana lencana Yayasan itu,
atau
mungkin diminta berkata begitu. Jelas kami dah faham. Sebuah
yayasan yang sebenarnya tidak / kurang memiliki atau menjaga
anak-
anak yatim secara sistematik, juga tiada laman web yang
aktif dengan
facebook yang baru 300 likes membuat makan malam dengan
menggunakan Nama Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi
mengutip derma korporat dan persendirian dengan jumlah yang
banyak.
Kami tak mahu melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang
pasti,
tetapi yang nyata kami hanya di bawa untuk menyanyikan lagu
“minta
sedekah” dan langsung diletak di hujung dewan TANPA ADA
SEORANG
PUN pegawai Yayasan yang sudi menjengah meja-meja yang
“Kononnya VVIP” itu.
Kehadiran anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen
bagi
penganjur mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka
simpati penderma untuk menderma lagi. Operasi kami
memelihara 109
orang anak yatim dan asnaf yang menjadi residen berbeza
sekali. Di
atas tanah seluas setengah ekar dengan kos pembinaan,
makanan
berkhasiat, pendidikan dari pakar pendidik.
Prasarana asas yang memadai yang kami bina sendiri secara
gotong
royong lebih dari 8 tahun lalu. Belanja bulanan kami hanya
sekitar
RM35,000-45,000 sebulan. Bukan mewah tetapi mencukup. Jika
dihitung selama 1 tahun, kos operasi kami adalah sekitar
RM500,000
sahaja. Semuanya berkat infaq dan hasil perniagaan kecil
kecilan yang
kami tabungkan kesemuanya. Kuncinya ialah PUASA. Kami pihak
co-
founder MELABUR harta dan diri kami, BUKANNYA mengambil
sebahagian untung dari pendapatan derma.
INILAH JULUNG KALI kami izinkan anak-anak kami turut serta
dalam
program malam amal setelah bertahun-tahun kami menolak
permintaan banyak pihak lain untuk menggunakan Nama kami
untuk
tujuan ini. Dan apa saja penyelewengan yang kami bimbangkan
jelas
terjadi pada kali pertama ini juga.
Kami kecewa dengan apa yang berlaku. Kami pasti Tuanku
Permaisuri
Agong juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di
belakang
tabir. Kami pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami
menyuarakan perkara ini bagi pihak Yayasan mengambil
pelajaran
seperti tertutup.
Maka, artikel ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran
kepada yang
lain-lain. Jika ada laluan yang lebih baik untuk kami
memaklumkan
perkara ini kepada Kebawah Duli Tuanku, pasti kami juga
tidak gemar
menyampaikannya dalam rencana terbuka sebegini. Sebelum ini
kita
dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia yang
anak-
anaknya dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya
mereka
daif. Tetapi dilihat, pengasasnya berkereta mewah dan
akhirnya ia
diharamkan.
Rupanya, kita mungkin akan saksikan apa yang terjadi ini
adalah satu
scam berprofil tinggi. Pengutipan derma untuk anak yatim
tanpa ada
anak yatimnya. Sebagai hamba rakyat, kami tidak rela jika
nama raja
yang menyayangi anak-anak yatim dan asnaf digunakan untuk
kepentingan segolongan manusia.
Ramai yang meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan
kerja kami. Banyak lagi urusan kami yang lain untuk
anak-anak ini.
Cukuplah kisah ini diambil pelajarannya oleh masyarakat.
Para
pengasas tidak hairan dengan makanan dan bilik hotel. Tapi
apa yg
dilakukan terhadap anak-anak kami SANGAT KAMI TIDAK RELA…
Kerana kami sayang mereka, kami tatang mereka macam minyak
yang
SANGAT penuh.
artikel via WARGA PRIHATIN fan page
_ _ _ _ _ _
P/s: Saya pun pernah jadi anak yatim. Siapalah yang tak
terasa bila
terbaca artikel ini. Mungkin vvip dan orang yang terlibat tu
perlu jadi
anak yatim dulu baru nak faham perasaan mereka.
sumber
-tranungkite-
ARTIKEL NI SAYA 'COPY & PASTE", BUKAN SAYA YANG TULIS. KONGSIKAN BERSAMA...
No comments:
Post a Comment