Saturday 20 February 2016

1.5 juta Bangla , 6.7juta pendatang dan ekonomi negara..

1.5 juta Bangla , 6.7juta pendatang dan ekonomi negara..

berapa peududuk Malaysia terkini? Anggaran penduduk malaysia pada 2015 adalah sebanyak 30juta.


Masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
 
 Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan. Kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Orang Asli adalah pribumi di Semenanjung Malaysia dan secara umumnya terbahagi kepada tiga suku terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi dan etnik majoritinya ialah etnik Kadazan-Dusun. Manakala penduduk Sarawak terdiri daripada 27 kumpulan etnik dan etnik Iban adalah etnik majoriti. Populasi penduduk Malaysia bagi tahun 2014 adalah 30,097,900 orang dan pecahan mengikut kumpulan etnik adalah: Melayu – 15,239,300; Cina – 6,601,000; India – 1,995,000; Bumiputera – 18,846,500; Bumiputera lain – 3,607,200 dan Lain-lain 260,000.    Anggaran Perangkaan Demografi Terpilih Malaysia






berapa pula anggaran pendatang sedia  ada di Malaysia? Pernah ada kajian yang dijalankan, sekitar 6.7 juta pendatang sedia ada di malaysia (sama ada ada permit atau pun tidak). Apabila ditambah 1.5juta lagi, jumlahnya akan menjadi 8.2 juta.

Perlu diingat kemasukan mereka ini adalah sebagai tenaga kerja.Apa yang dikesalkan kedatangan mereka ini lebih kepada penutup peluang pekerjaan penduduk setempat .Kita lihat sahaja bidang manakah mereka tiada? Perkilangan, pembuatan, perkhidmatan, semuanya ada. Kita pergi kemana-mana pasaraya, disitu kita akan lihat muka bangla, vietnam, nepal yang tentunya bukan sebagai pembeli tetapi memakai pakaian seragam pusat membeli belah tersebut. Lihat pula pada perkilangan, kalau kilang elektronik, kebanyakkannya dimonopoli indonesia, vietnam. Kilang perabot atau kilang yang memerlukan tenaga kerja lelaki pula tetunya muka bangla nepal sudah tidak asing lagi. Itu belum kira pembinaan dan pertanian.Malah ada yang lebih mengejutkan, mereka ini pula menjadi supervsor kepada penduduk tempatan.

Taburan pekerjaan oleh pekerja asing ini bukan asing lagi, malah seolah-olah tanpa sekatan. Berdasarkan pengalaman sendiri, itulah yang saya tulus.

petikan utusan online .....

Kebanjiran pekerja asing 
di Malaysia sangat serius

  1672  8 Google +2
PUTRAJAYA 11 Nov. - Kebanjiran pekerja asing di Malaysia kini berada pada tahap yang sangat serius apabila dianggarkan sebanyak 6.7 juta golongan terbabit mencari rezeki di negara ini dalam pelbagai sektor.
Richard Riot
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, daripada jumlah tersebut, didapati ha­nya sebanyak 2.1 juta pekerja asing mempunyai permit dan selebihnya memasuki negara ini secara haram.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kebanjiran-pekerja-asing-8232-di-malaysia-sangat-serius-1.23718#sthash.WhdiJMM9.dpuf

















Apa untungya kepada negara? 

Secara kasarnya negara untung kerana memungut levi dari mereka. berdasarkan rekod pekerja asing sebanyak 2.1juta (perlu ingat anggaran keseluruhan pekerja asing sediada adalah 6.7juta) katakanlah levi sebanyak RM2500 dikenakan setiap pekerja asing (berdaftar... tak berdaftar tak bayarpun), maka jumlah kutipan levi (secara kasar) adalah RM2.5k x 2.1j = RM62.5j. Itu kutipan maksimum.

Kita lihat pula kehilangan duit kita keluar. Sila rujuk kepada petikan dibawah:-

Pekerja Bangladesh banyak hantar wang negara keluar, kata menteri

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata pekerja asing warga Bangladesh paling banyak menghantar wang keluar dari negara ini pada 2012.
Ahmad berkata, sejak 2009 hingga 2012, aliran keluar wang negara meningkat secara berganda daripada RM10 bilion kepada RM20 bilion.
"Jumlah wang yang dihantar keluar negara oleh pekerja asing melalui saluran kiriman wang yang sah untuk 2010 ialah RM13.4 bilion, 2011 ialah EM15.6 bilion manakala pada 2012 pula ialah RM19.7 bilion.
"Lima negara utama wang remittance pada 2012 ialah Banglandesh RM3 bilion, India RM2.9 bilion, Nepal RM1.9 bilion, Indonesia RM625.1 juta dan Filipina RM561.3 juta," katanya di Dewan Rakyat pagi ini.
Katanya, peningkatan tersebut disumbang oleh kepelbagaian dalam penawaran pengiriman wang oleh pemberi perkhidmatan bukan bank yang sah.
Ahmad berkata, kehilangan modal ke negara-negara lain itu tidak akan menjejaskan ekonomi negara.
"Memandangkan turun naik dalam pasaran kewangan global baru-baru ini, Malaysia mengalami aliran keluar modal secara sederhana, mencerminkan pembalikan (reversal) sebahagian daripada aliran masuk sebelumnya.
“Setakat ini, aliran keluar modal daripada pasaran kewangan domestik berlaku secara teratur dan tidak menjejaskan ekonomi," katanya.
Beliau berkata, aliran modal masuk dan keluar adalah ciri kekal dalam ekonomi Malaysia serta penting dalam menyeimbangkan ekonomi negara.
"Oleh itu, adalah penting untuk memastikan aliran modal tidak menyebabkan sebarang ketidakseimbangan yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan keadaan ekonomi dan kewangan negara," katanya.
Sementara itu, katanya, laporan Integriti Kewangan Global (GFI) pada Januari lalu tidak tepat kerana terlebih anggaran apabila ia mendedahkan Malaysia antara negara yang mencatatkan aliran keluar kewangan haram tertinggi dari tempoh 2001 hingga 2010.
"Laporan tersebut terlebih anggaran dan kurang tepat," kata Ahmad dalam jawapannya selepas disoal Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen.
Dalam laporan GFI yang berpengkalan di Washington, dari 2001 hingga 2010, sejumlah besar USD285.24 bilion (RM860 bilion) mengalir keluar secara haram dari Malaysia. - 11 November, 2013.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pekerja-bangladesh-banyak-hantar-wang-negara-keluar-kata-menteri#sthash.i9PDPrqv.dpuf

saya suka juga merujuk kepada data dibawah:-


dari data diatas pada tahun 2014 sahaja sebanyak 32b dihantar keluar berbanding diterima masuk sebanyak 10b. Secara langsungnya kita melihat setiap tahun berbillion duit kita tak dapat dipusingkan didalam negara sebaliknya terus keluar dan tak kembali. Adakah ini untung kepada negara. Perlu diingat juga, data itu adalah penghantaran secara sah. Ada, malah banyak penghantaran secara tak sah yang telah dibuat. Modus oprerandi amat mudah dan murah. Syarikat diluar negara melantik agen di Malaysia, penghantaran dibuat dengan hanya membayar kepada wakil disini, dan wakil disana membayar terus kepada penerima. Adakah kerajaan dapat mengesan atau merekod pemindahan wang sebegini. Ada diantara mereka mendakwa cara ini lebih jimat dan murah... yang untung siapa.? Apakah kerajaan gah dengan hanya mengutip 62.5K tetapi dalam masa saya kehiolangan 20b (pada tahun 2014). Jumkah ini tak mungkin menurun selagi warga bertapak dalam jumlah yang terlalu ramai. 

SIAPA PENGGERAK EKONOMI KITA

Kita lihat pula darisegi perjalanan duit kita. Pekerja asing, mereka datang kesini, cari duit, simpan duit dan hantar balik 30b setahun (tahun 2014). Berapa mereka belanja disini, hanya sekadar untuk makan, pakai dan handphone. Tempat tinggal? majikan dah sedia, Transport? tak perlu pakai, kalau pakai pun Bas atau teksi, Api/Air? Bos tanggung, Makan? sekadar ada. 

Apa pusingan kewangan yang mereka buat. Apabila kerajaan mengambil pendekatan kapitalis, tak mustahil ekonomi takkan berkembang secara menyeluruh. Yang kaut untung adalah golongan pemodal, mereka tekan pekerja luar dan tempatan secara dilindungi undang-undang. Tiada yang dapat mengatakan mereka salah.Mereka menekan pekerja asing dengan memberi upah rendah malah ada yang langsung tak diberi upah sepatutnya.Perkerja tempatan pula di tawarkan gaji yang sememangnya tidak setimpal dengan keadaan kerja. Bila ini berlaku, alasan mereka untuk mengambil perkerja asing terbuka luas. Selepas itu dilemparkan kononnya pekerja tempatan tidak mahu mahu melakukan Apabila upah tidak setimpal, apakah dorongan yang ada?

Berbalik kepada pusingan kewangan tadi, siapakahn yang membeli kereta, buku, rumah, membayar cukai pintu, cukai harta, duit sekolah, makanan dan pakaian, peralatan elektrik? Cukuplah dinamakan sebahagian. Apabila berlaku pusingan wang untuk membuat pembelian akan berlaku rantaian perniagaan yang besar. Saya yakin 90%, rantaian ini tidak dimasukki oleh pekerja asing. Mereka tiada kereta untuk dibeli, tiada minyak untuk dituang, tiada pakaian anak untuk dibeli setiap tahun, tiada cukai pintu, cukai tanah untuk difikir, tiada berfikir untuk menjengah Kfc atau seumpanya. Apabila berlakunya kekurangan pekerjaan (akibat diambil oleh mereka), secara tak langsung berlaku kekosongan dalam rantaian.Apa akan jadi sekiranya ianya semakin melebar. Bayangkan sebanyak RM32b di pusingkan didalam putaran ekonomi negara!!! Siapa yang untung??? pemodal juga untung... 

MASALAH SOSIAL/ JENAYAH

Isu Jenayah Warga Asing Di Malaysia

Saya tertarik dengan penulisan rencana saudara M Jasni Majid, seorang kolumnis Utusan Malaysia bertajuk 'Iktibar pandangan seorang hakim' bertarikh 27 April 2015. Ia berkenaan isu jenayah yang membabitkan warga asing di Malaysia. Lantas terpanggil untuk saya panjangkan maklumat tersebut secara ringkas pada artikel kali ini. Ia sebenarnya memberi kesedaran terhadap keselamatan serta kesejahteraan kita sebagai warganegara Malaysia. Mudah-mudahan menjadi renungan dan peringatan untuk kebaikan bersama.   

Warga Asing Di Malaysia

Warga Asing Dan Indeks Kesalahan Jenayah


Seorang hakim di mahkamah tinggi Shah Alam baru-baru ini menjelaskan bahawakemasukan pendatang asing ke negara ini telah meningkatkan indeks jenayah sekaligus mendatangkan kesan negatif kepada nama baik negara. Disamping ada yang datang mencari rezeki, ada juga yang mengambil kesempatan melakukan jenayah terutamanya jenayah berat. Agak malang kerana sudah berlaku kes-kes penculikan sesama pendatang asing, pembunuhan dan pergaduhan yang terpaksa kita tangani kerana berlaku di negara kita, apatah lagi jika membabitkan warga tempatan.

Saya sendiri akui pernah mengetahui kes pergaduhan akibat dendam yang sebenarnya bermula sewaktu di negara asal mereka. Apabila warga asing ini bertemu di Malaysia, mereka menyambung dendam tersebut dan melepaskannya sehingga tercetus pergaduhan. Ada juga pergaduhan yang menyebabkan kematian. Sememangnya ada dikalangan mereka yang sanggup bertetak berparang sesama mereka kerana dengki, cemburu dan dendam. Berdasarkan penulisan tersebut juga menyatakan ada kejadian dimana mayat dipotong dan diletakkan di tepi jalan dengan keadaan yang menakutkan serta mengerikan.     

Pergaduhan antara mereka bukan sesuatu yang asing. Malah mereka semakin berani menganggu pendudk tempatan. Saban hari kita disuapkan berita sebegini.


KUALA LUMPUR : Seramai 184 wanita warga asing ditahan awal pagi tadi selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran di sebuah pusat hiburan di Jalan P Ramlee, di sini. Serbuan bersepadu membabitkan Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu menahan 136 warga Vietnam; Indonesia (4); Filipina (17); Thailand (4); Russia (2); Armania (4) serta 17 dari Uzbekistan. Turut ditahan dalam serbuan itu, dua lelaki dipercayai 'bounzer' premis berkenaan dengan seorang daripadanya didapati positif dadah jenis urine. Dua lelaki yang juga pengurus kepada premis hiburan itu juga ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pemerdagangan manusia. Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Bahrain Che Rose yang dihubungi mengesahkan serbuan itu dan kesemua mereka ditahan itu dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/26889


PETIKAN SINAR 04/10/2012

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa wujudnya pihak tidak bertanggungjawab membekalkan MyKad dan pasport palsu kepada warga asing khususnya golongan peniaga dan penjaja.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, hasil maklumat yang dikumpul pihaknya, didapati kira-kira 50 peratus peniaga dan penjaja warga asing di negara ini terutamanya warga Pakistan dan Bangladesh memiliki MyKad biru.

Menurutnya, MyKad dan pasport antarabangsa palsu itu boleh diperoleh dengan harga RM18,000 hingga ke RM50,000.

“Dokumen tersebut akan menggunakan maklumat warga tempatan, tetapi menggunakan gambar warga asing tersebut. Contohnya seperti nama saya, saya dapati ada tiga orang guna maklumat sama.

“Terdapat satu kes di Seremban, warga Bangladesh menggunakan pasport antarabangsa palsu dan bekerja sebagai kontraktor yang mengambil kontrak di balai polis selama tempoh lima ke enam tahun, termasuk melakukan jenayah.

"Warga asing ini ditahan dan dihantar pulang ke Bangladesh, namun kini kembali ke Malaysia membuat kerja sama,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Balai Polis Travers, Bangsar, di sini, semalam.

Ridzuan berkata, beliau bersama ahli Ikhlas yang lain mengumpul maklumat berhubung perkara tersebut dalam tempoh setahun ini.

“Saya sendiri turun padang, menyamar dan bergaul dengan peniaga warga asing ini untuk memperoleh maklumat. Kami ada bukti berhubung perkara ini untuk diserahkan bersama memorandum yang akan dihantar kepada Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya, perkara tersebut menjadi ancaman kepada negara berikutan lambakan warga asing tidak terkawal.

“Sekarang ini, Melayu merupakan yang paling ramai di Malaysia, diikuti dengan Cina, dan warga asing. Kaum India lebih sedikit berbanding warga asing. Jika keadaan ini berterusan, warga asing mampu mengatasi jumlah Melayu.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu tegas kerana isu ini melibatkan menjual keselamatan negara. Ikhlas mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat habis-habisan berhubung perkara ini,” katanya.

Ikhlas membuat laporan polis dengan menyenaraikan beberapa isu menjual keselamatan negara disebabkan wujudnya keadaan di mana warga asing yang dengan mudah memiliki MyKad biru, juga berkaitan dengan tender Mykad yang diberi kepada syarikat swasta, termasuk rasuah dalam kakitangan kerajaan.

Apa dibimbangkan ujudnya pihak tertentu yang mengambil kesempatan kepada kemasukan warga asing ini.

Pakatan Rakyat Shah Alam Tangkap Pengundi Warga Asing

5 MAY 2013
SHAH ALAM 5 MEI : Beberapa warga asing Myanmar dan Indonesia berjaya ditahan di pusat pembuangan undi di sini hari ini dipercayai pengundi hantu.
Petugas Pakatan Rakyat berjaya mengesan mereka berdasarkan perwatakan mereka yang meragukan.
Calon PR DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail melahirkan rasa bimbang berhubung perkara itu dan berharap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mengabaikan isu berkenaan.
"Di Padang Jawa, kita telah menangkap dua tiga pengundi hantu warga Myanmar dan Indonesia pagi ini di pusat mengundi.
"Kerisauan kita selama ini berasas. Saya sebagai calon berharap SPR jangan defensif, dia kena jawab secara benar.
"Kenapa masih ada daftar yang tidak bersih," katanya kepada TVSelangor hari ini.
Calon PR Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad berkata penangkapan hari ini membuktikan bahawa apa yang didakwa Pakatan selama ini adalah benar.
"Pengundi hantu dikesan dan ditahan di Seksyen 7 dan 24. Tahniah kepada petugas yang menahan mereka," katanya.
Isu pengundi hantu menjadi hangat di Selangor dengan laporan mengatakan terdapat usaha membawa sekumpulan warga asing dengan penerbangan dari Kota Kinabalu ke KLIA menjelang hari mengundi.

kedaulatan negara jadi permainan andanya pihak tertentu bersikap AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI....

Pada pandangan peribadi kedatangan mereka ini lebih kepada menguntungkan satu pihak sahaj tetapi kesan jangka panjang tiada yang boleh memberikan impact yang besar. Kalau tak dibendung dibimbangkan akan menjadi umpama kudis buta, semakin garu semakin sedap, tetapi kudisnya tetap merebak.